Kerana Seorang Ustaz

” Di mana ada ustaz, di situlah ada masalah”

Kenyataan di atas semacam kasar bunyinya.

Saya membaca kenyataan di atas dengan dua cara bacaan. Pertama tugasan seorang ustaz ialah menyelesaikan masalah yang menyelebungi masyarakat. Semua permasalahan berkaitan dengan hukum hakam agama akan dirujuk kepada mereka.

Pemahaman kedua saya ialah ustazlah punca perbalahan dan persengketaan yang berlaku dalam masyarakat. Dari masyarakat yang tenang setenang air mengalir kepada masyarakat bercambah kekeliruan mereka terhadap Islam.

Ustaz Sebagai Sumber Penenang Masyarakat

” Ustaz, tolonglah kami. Kawan bilik kami ini macam kena rasuk je. Sekejap dia meracau, sekejap dia menangis, sekejap dia ketawa. Tolong la ustaz.” rayu seorang pelajar kepada saya, bunyinya macam baru lepas menangis.

” Sekejap ye. Ustaz masih dalam perjalanan ni” jawab saya. Kemudian saya meletak telefon. Saya melihat jam di tangan. Jarum pendeknya berada di garisan dua, dan jarum panjangnya berada pada nombor 10.

” Adus,dah hampir pukul dua ni” getus hati saya. Mata ini mengantuknya semacam dah digam, nasib baik bukan dengan gam gajah,gam 20sen tu je. Boleh la buka mata lagi.

“Insyaallah, aku akan pergi juga” azam hati saya walaupun mengantuknya bukan main. Hadith nabi yang berpesan dengan mengatakan bahawa sesungguhnya pertolongan allah akan sentiasa bersama kita selagi kita bertolong bantu rakan kita.

Sesampai sahaja saya di tempat kejadian, jam menunjukan pukul 2.30 pagi. Melihat keadaan pesakit meremang bulu roma saya, hilang mengantuk saya, lemah kaki saya melihat keadaan yang sebegitu. Saya pasti, orang di sekeliling saya tidak tahu keadaan saya ketika itu. Kalau diikut hati, nak je saya lari. Hehehehe

Kenapa?

Kerana saya bukan bomoh, saya juga tidak pandai tentang perubatan Islam…..tapi saya seorang USTAZ. Kerana ustazlah saya dipanggil.

Apa-apa ayat yang datang di minda saya, semuanya alhamdulillah keluar. Kerana saya seorang ustaz. Sebelum saya masuk berubat, pesakit tidak menutup aurat, saya minta rakan-rakannya tutupkan auratnya kerana saya seorang ustaz.

Realiti sesetengah masyarakat masih lagi menghormati seorang yang bernama ustaz. Padanyalah mereka menjadi tempat rujukan masyarakat.

Ada Apa Dengan Ustaz

Semalam saya melihat salah satu laman web yang agak liberal penulisannya, memberikan pandangan berkenaan ustaz dan ustazah.

” Kepada orang yang bergelar ustaz dan ustazah, janganlah sesuka hati mengharamkan sesuatu produk atau barang. You bukan saintis, you bukan researcher, you duduk di masjid sudah la. Jangan pandai-pandai buat hukuman”

Tersenyum saya dalam kegusaran membaca kenyataan seperti itu.

” Hmm aku kena gandakan lagi usaha aku untuk memperbetulkan pemahaman masyarakat tentang isu ini. Ya Allah, engkau berikanlah keberkatan pada ilmuku, masaku dan hidupku untuk aku dapat berbuat sesuatu untuk agamamu.ameen” Doa saya.

Saya tahu kesibukan yang saya hadapi sekarang ini kalau nak dihitung dengan ni’mat yang Dia bagi, belum pun sampai 0.1%. Ya Allah, Engkau bantulah aku.

Hmm….pelik bukan dunia sekarang ini, apabila seorang engineer nak interfere urusan management syarikat, semua orang akan sependapat bahawasanya urusan pengurusan syarikat bukan kepakaran jurutera. Tak perlu masuk campur.

” Kalau dah tahu bukan bidang, tak payah la nak masuk campur urusan pengurusan syarikat” suara pengarah tempat amir, seorang jurutera semakin meninggi.

Seorang kerani syarikat tidak wajar untuk mengganggu urusan akauntan kerana ia bukan bidangnya. Seorang yang specialize dalam bidang undang-undang tidak wajar untuk masuk campur urusan teknikal bagaimana untuk design sebuah kereta baru. Rasanya semua orang akan bersetuju bukan. Setiap orang akan berperanan dalam bidang masing-masing.

Tapi apabila seorang ustaz memberikan pandangan, ramai sahaja yang ingin membangkang, dan itu semakin menular di kalangan orang yang terlalu ingin liberal dalam beragama. Ustaz tak tahu apa-apalah, bukan bidang la dan sebagainya

” Kalau tuan tanya saya, saya mengatakan STARBUCKS haram dengan dalil-dalil yang telah saya berikan dahulu” (sila lihat https://ridhauddin.wordpress.com/2008/04/)

” Ewah ewah sedap-sedap je ustaz kata haram. Apa dalil ustaz. JAKIM dah sahkan yang semua produk dia takde unsur-unsur babi” satu cetusan pandangan masuk ke kotak mesej saya.

Ustaz Pencetus Masalah?

” Sebenarnya siapa yang lebih bersetuju dengan pandangan JAKIM itu, dipersilakan untuk mengamalkan dengannya, siapa yang sependapat dengan saya, maka ia terserah padanya. Tetapi yang pasti, saya dan orang yang mengeluarkan ‘fatwa’ dari JAKIM itu akan berada dalam kandang Allah nanti, dan Allah pasti tanya kami.” Jawab saya di dalam hati.

Ustaz, kami keliru la. Tanya ustaz ni dia kata, wajib bagi orang yang solat untuk meletakkan sutrah ( meletakkan sesuatu di hadapan kita untuk menghalang orang lalu dihadapan kita semasa kita solat). Selepas itu, ustaz ni pula kata tak wajib. Aduss, pening-pening. Saya nak ikut yang mana satu ni ustaz. Kata rujukan al-Quran dan sunnah, tapi kenapa ada banyak sangat perbezaan pandangan” Tanya salah seorang ahli jemaah masjid di Gombak.

Cuba kita tengok dalam sistem perundangan di Malaysia, kita ada perlembagaan, akta-akta, common law, dan lain-lain. Untuk kes yang berkaitan dengan tanah, peguam dan hakim akan menggunakan undang-undang tanah (Land Law) sebagai sumber rujukan. Tapi kenapa mesti ada peguambela dan pendakwaraya ye?Kalau undang-undang yang digunakan itu satu sahaja, kenapa mesti ada peguambela dan pendakwaraya. Sepatutnya hanya ada peguambela sahaja kerana undang-undangnya satu je.

Sebenarnya,mereka berbeza dari segi pemahaman terhadap sumber undang-undang dan situasi anak guam yang mereka wakili. Begitu juga dalam Islam. Sesetengah ustaz mempunyai mempunyai pemahaman yang berbeza dalam dalil ini,maka beliau akan memebrikan pandangan dengan ustaz yang lain.Ini sebenarnya merupakan rahmat bagi orang awam. Pilihnya mana-mana hukum yang baginya lebih kuat untuk diamalkan dalam kehidupan sehariannya.

izzah

Yang pastinya ia tidak ada kaitan dengan Nurul ‘Izzah binti Anwar.Hehehe

Apabila semua orang ingin mengeluarkan hukum, semua orang ingin mengeluarkan fatwa, tanpa mempunyai prasyarat yang sepatutnya untuk mengeluarkan hukum,maka hilanglah nilai hukum dalam agama. Dan inilah situasi yang akan meresahkan masyarakat, bukan menenangkan mereka.

Apabila semua orang ingin dipanggil ustaz tanpa mempunyai nilai agama dan tidak beramal dengan ilmunya, hilanglah nilai mutiara seorang ustaz.

Apabila seorang ustaz yang tinggi taqarrub (hubungannya) dengan Allah tanpa mempunyai sandaran quran dan sunnah dalam amalannya, hilanglah ganjarannya amalan seorang ustaz.

Seorang ustaz ialah apabila Allah menjadi matlamatnya, Islam boleh dilihat dalam dirinya, setiap gerak gerinya bersandarkan kepada al-Quran dan Sunnah. Semoga kita salah seorang daripadanya.

Kepada semua masyakat, izinkanlah kami berperanan kerana kami seorang ustaz.

® Ridha (ridharster@gmail.com)

5 Respons so far »

  1. 1

    RinG said,

    sedih dgn masyarakat sebab tidak faham peranan ustaz. diorang faham ustaz tu untuk tok imam, jadi kadi. yang mengajar agama kat sekolah. kadang2 cikgu ajar fizik pakai kopiah pun boleh panggil ustaz. yang ustazah pula mereka anggap sebab jadi bini ustaz. orang panggil bini ustaz dengan nama ustazah. tp jarang pulak dgr org panggil ustaz kat suami ustazah. ni jelah yang mereka mengerti tentang ustaz. tu pasai elaun ustaz rendah. sebab yang memimpin xfaham fungsi ustaz. mereka igt ustaz ni sekadar duk dlm masjid. (duk dlm ofis bnyk plak gajinye eh)

    jadi, saya harap ustaz boleh la cerita sikit apakah perana ustaz sebenarnya sebab saya sendiri pun xtau. please!!!! terima kasih

  2. 2

    Amin Idris said,

    USTAZ Ridha sudah ada blog rupanya. Sudah lama tidak ketemu? Apa khabar Ridha dan isteri? 🙂

  3. 3

    silent1412 said,

    salam alaik~
    tahniah ustaz, moga terus2 berjuang;
    macam ustaz tulis dulu, sunnah pejuang, banyak halangannya.
    kalau diri kita itu sebutir permata, ujian2 Allah itu ibarat
    “cutting process” untuk jadikan permata itu lebih bersinar, cantik dan berharga.

    Nadim Muhammad
    8/406
    Kolej Kediaman Cemara

  4. 4

    ahmed said,

    ye btol tu ustz..hehe..
    sy ade trbace artikel n ade rujuk kt naqib sy..
    sbb ape wujudnye byk mazhab2 n golongan ulama’..
    jwpnnye mudah aje..
    waqi’ nye berbeza..
    satu lg..sbb lain org lain otaknye..
    itulah variasi drpd Allah utk kite..
    sbb tuh kne syura slalu..
    (byk la plak ckp..huhu…)
    juz nk kongsi ngn shbt2 yg ade bace komen2 nih..
    insyaAllah..kite amek pngajaran..bkn utk para ustz shj..ttp utk kite gak..
    insyaAllah..

  5. 5

    matkey said,

    salam alaik
    alhamdulillah ketemu jugak blog ini dgn izin Allah..
    mungkin ust x brp kenal sy..
    sy pelajar program korea yg mengikuti kuliah mingguan ust sjak dari awal
    ust berpindah ke intec walaupun x berkesempatan bersama ust dlm kelas ctu..
    sy agak terkilan krn x dpt ikuti kuliah khas ust “ada apa dgn Allah?”krn telah tamat pengajian di intec..rindu pulak nak dgr suara ust dari bumi Korea yg gelap dr cahaya agama ini..kalau rakan2 di intec yg sentiasa membantu kuliah ust mempunyai kemudahan, harap2 bolehlah uploadkan rakaman kuliah mingguan di blog ini.


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan kepada ahmed Batal balasan