PILIHAN ANTARA DUA PERJALANAN

30 Jan 2008 Rabu,Ustaz Ishak Baharom pergi menemui ilahi, terkesan hingga kini.

30 Jan 2008 Rabu, Rosli Khamis (Loloq) juga meniggalkan dunia yang fana ini.

1 Mei 2008 Khamis,Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin baru sahaja meninggal pergi.

Tahun ini kita dikejutkan dengan pemergian ramai tokoh-tokoh yang terkenal pergi menemui ilahi. Ustaz Ishak Baharom, seorang tokoh agama di Malaysia, Loloq seorang komposer dan penulis lirik yang amat terkenal dalam bidang nyanyian di Malaysia, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, seorang tokoh ahli korporat yang membantu menaikkan nama negara dipersada dunia, tokoh dalam dunia automotif.

PENGAJARAN YANG DATANG JANGAN DISIAKAN

Semua kejadian ini memberikan satu pengajaran yang amat berharga buat seorang insan. Sekiranya kita seorang agamawan, memahami dalil-dalil agama, banyak beribadah kepada Allah, kematian tetap akan datang dengan cara yang amat sesuai dengan kita.

Sekiranya kita seorang hartawan, duit berjuta bahkan berbilion di dalam bank, aset peribadi berada di setiap negara, anak-anak syarikat semua memberikan keuntungan, kalaulah digadaikan semua harta tersebut belum mampu membeli ‘sebuah nyawa’ yang sangat kita ingin supaya dipanjangkan.

Yang pasti, siapapun kita, kain kapan yang berharga Rm20, yang berlapis 5 atau 7 itulah yang akan menjadi selimut kita untuk menemani kita di alam kubur nanti. Tidak disediakan bagi kita kain sutera yang paling mahal harganya.

Harta peninggalan?

Biarlah orang di dunia yang menikmatinya, tempoh untuk kita menikmati semua kesenangan sementara dunia sudah tamat. Bekalan kita hanyalah anak yang soleh yang mendoakan kita (kalau dia doakan), harta yang disedekahkan dan ilmu yang bermanfaat. Itu kalau ada, kalau tiada bekalan itu, ‘berlaparlah’ kita di dunia baru kita

KE MANA ROH PERGI

Apabila seorang bayi lahir ke dunia, maka terputuslah hubungan bayi tersebut dengan tali pusat ibu, tidak perlu lagi tali pusat ibu sebagai sumber makanan dan minuman. Adakah ini bermakna bayi itu akan mati? Tidak sama sekali. Dia akan hidup dalam dunia yang baru, dengan cara pemakanan yang baru, diberi susu dan disuap makanan ke mulutnya.

Apabila kita hanya melihat apabila seseorang itu meninggal dunia, sangkaan kita terputuslah ‘saraan hidup si mati’, dia akan hilang dari dunia ini. Tiada apa lgi yang akan berlaku. Tetapi sebenarnya itu merupakan permulaan baru hidup akhiratnya. Dia akan ada cara saraan hidup yang baru yang sesuai dengan dunia barunya.

ROH ORANG MUKMIN

Apabila seseorang itu sudah nazak, maka turunlah malaikat dengan wajah yang penuh berseri dengan membawa  wangian (daripada syurga) dan juga kain kapan (untuk dikapankan nyawa si mati). Kemudian malaikat itu menunggu dari jauh menanti malaikat pencabut nyawa  menunaikan tanggungjawabnya.  Kata malaikat  pencabut nyawa ” Wahai jiwa yang  suci, keluarlah kamu menuju  kepada keampunan Allah dan keredhaanNya”.

Selepas dicabut nyawanya, malaikat yang menunggu tadi terus mengkafankan roh si mati tadi dengan kain kapan dari syurga dan mewangikannya dengan wangian dari syurga. Terserlahlah kemudiannya kewangian yang tidak pernah ada di muka bumi ini. Kemudia roh ini dibawa naik ke langit. maka di setiap lapisan langit, malaikat penjaga langit tersebut akan bertanya roh siapakah ini. Semua para malaikat penjaga langit akan bertanya dengan soalan yang sama. Malaikat pembawa roh tadi akan menyebut nama kita yang paling baik yang pernah disebut di atas muka bumi.  Di setiap lapisan langit, roh itu akan disambut seolah-olah seorang raja  datang melawat kawasan. Dikerumi oleh para malaikat yang menghuni di setiap level langit. Begitulah seterusnya. Sehinggalah berjumpa dengan Allah. Kata Allah ” Tulislah amalan hamba aku ini dalam buku ‘illiyyin, kembalikannya  ke bumi kerana dari situlah dia datang, kepada tanahlah dia akan kembali.

Rohnya kemudian dikembalikan ke jasadnya (di dalam kubur), lalu datanglah dua malaikat bertanya siapakah Tuhanmu, apakah agama kamu, siapakah lelaki yang diutuskan kepada kamu. Semua dijawab dengan tenang. Lalu kedegaranlah satu suara ” Benar perkataan hambaku ini, bentangkan kepadanya syurga, pakaikan dia dengan pakaian syurga, bukakan kepadanya pintu menuju ke syurga, maka si mati tadi akan dapat menghidu bau haruman syurga yang semerbak itu.Dengan penuh ketenangan. Di dalam kubur.

Kemudian, dia didatangi seorang lelaki yang sangat putih pakainnya, sangat bersih wajahnya sangat wangi baunya, lalu si mati bertanya ” Siapakah engkau?” Lalu di jawab lelaki itu, akulah amalanmu yang soleh. ”

ROH ORANG YANG KUFUR KEPADA ALLAH

Apabila seseorang itu sedang nazak, datang malaikat dengan wajah yang bengis, hitam wajahnya dan bersama-sama dengannya kain kapan yang kasar (dan busuk baunya). Lalu dia akan menunggu sehingga malaikat maut menyentap nyawa orang itu. kata malaikat maut ” Wahai jiwa yang busuk! Keluarlah kamu! Pergilah menuju kemurkaan Allaaaah!! Dengan suara yang memekik. Dipisahkan roh dan jasad si mati dengan cara yang amat menghinakan dan menyakitkan.

Kemudian rohnya dibawa ke langit, tanya malaikat di langit pertama ” Roh busuk siapakah ini” pekiknya dengan wajah yang bengis. Lalu kata malaikat yang membawa roh itu ” si fulan bin si fulan” dengan nama yang paling buruk yang pernah dipanggil kepadanya di atas muka bumi, lalu diminta dibukakan pintu langit pertama, tetapi tidak dibukakan untuknya. Kemudian ‘dilemparkan’ roh ke jasadnya kembali( di dalam kubur). lalu datang dua malaikat bertanya, siapakah Tuhanmu, apakah agama kamu, siapakah lelaki yang diutuskan kepada kamu. Semua tidak mampu dijawab oleh si mati di dalam kubur itu.

Dia telah berbohong, hamparkan kepadanya neraka, pakaikan dia dengan pakaian neraka, bukakan kepadanya pintu menuju ke neraka, maka si mati yang hina tadi akan dapat merasai kepanasan api neraka yang sangat menyesakkan jiwanya dan menghidu bau busuk neraka yang sangat ketara. Kemudian, dadanya dihimpit sehingga berselisih antara tulang rusuknya.

“Aaaaarrrgghhh” tentu sakit. Kalau jari kita terguris sedikit pun meraung, inikan tulang rusuk kita saling berselisih.

Kemudian, dia didatangi seorang lelaki yang sangat buruk pakainnya, sangat hodoh wajahnya sangat busuk baunya, lalu si mati bertanya ” Siapakah engkau?” Lalu di jawab lelaki itu, akulah amalanmu yang keji. ”

Ini bukan cerita dongeng, bukan rekaan saya kerana saya pun akan lalui perkara yang sama, tetapi isi asalnya merupakan pengkisahan dari Nabi Muhammad SAW yang diceritakan oleh Barra’ bin ‘Azib. hadith ini disahihkan oleh Ahmad bin Hanbal, Ibn Hibban dan Abu ‘Uwanah al-Isfirayini. Barangsiapa yang berminat untuk tahu tentang syurga boleh membeli buku ” Temasya ke Syurga” yang diterjemahkan dari buku asal (Haadil arwah ila Bilaadil Arfah) karangan Ibn Qayyim al-Jauziyyah.

PILIHlLAH ANTARA DUA

Kita akan melalui salah satu ini sahaja. Samada roh orang mukmin atau roh orang kafir. Yang mana pilihan kita. Buatlah sesuatu.

® Ridha (ridharster@gmail.com)


Advertisements

4 Respons so far »

  1. 1

    nuur ijj'lal said,

    assalamualaikum ustaz.

    terkesan dgn ayat ni.

    “Kita akan melalui salah satu ini sahaja. Samada roh orang mukmin atau roh orang kafir. Yang mana pilihan kita. Buatlah sesuatu.”

    buatlah sesuatu.

    doakan kekuatan hati sy, utk bertindak kearah kebaikan. utk berbuat sesuatu..
    diri ini lbih mudah utk berkata2 drpd menzahirkan.

    assaff:2-3

    astaghfirullah. x mahu digolongkan dlm klgn org yg dibenci Allah..

    wallahu’alam.

  2. 2

    aemilia sarkawi said,

    Salam…

    Saya nak bertanya, di mana kah kedudukan roh setelah nyawanya dicabut?
    Saya ingin tahu kerana dengar-dengar org tua-tua berkata dalam tempoh 7 hari pertama kematian roh masih berlegar-legar di kawasan rumah, memerhati kehidupan ahli keluarga yang ditinggalkan. Kemudah 7 hari selepas kematian, roh tersebut berada di awang-awangan…

    Bolehkah encik menerangkan keadaan tersebut kepada saya melalui email di atas. terima kasih.

  3. 3

    Bolehkan encik menerangkan keadaan si mati selepas 1 hari, 7 hari, 14 hari, 40 hari dan 100 hari dan juga seterusnya?

  4. 4

    nur iman said,

    salam…..

    sy tertarik dgn pertanyaan aemilia sarkawi & hjh norliha hj mithali tu.bolehkah encik terangkan pd sy berkenaan hal tersebut.


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: