Archive for aqidah

MENCARI KEBENARAN

“ Ustaz, hari tu ada kawan saya beritahu saya, semua agama betul. Tidak ada beza antara agama Islam ke, Kristian ke, Hindu ke, Budha ke. Betul ke ustaz? Saya kata kepada dia,taak,Islam sahaja yang paling benar, tapi Islam amat bertoleransi dengan agama-agama lain dalam perkara yang boleh bertoleransi, kemudian dia balas, hakikatnya setiap orang akan kata agamanya yang betul… Semua orang mempercayai tentang Tuhan,Cuma berbeza dari segi sebutan sahaja….betul ke ustaz?” seorang pelajar datang menemui saya mengadu kekeliruannya terhadap agama Islam.

Secara ringkasnya kita melihat dialog di atas seperti tiada apa yang membahayakan, sekadar persoalan biasa,hakikatnya ia sangat membahayakan akidah seorang muslim khususnya pada mereka yang belum teguh imannya. Sedangkan dalam Islam,barangsiapa yang ragu-ragu terhadap al-quran pun sudah Allah warning,inikan ragu-ragu terhadap Allah.

” …..janganlah kamu ragu-ragu terhadap Al Quran itu. Sesungguhnya (Al Quran) itu benar-benar dari Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.” ( Huud: 17)

CEK ’CASIS NUMBER’ SEMUA AGAMA

” Apa nombor casis motor encik” tanya pegawai polis yang berpangkat sarjan kepada saya.

” Nombor casis? Apa tu encik, tak pernah dengar pun” tanya saya kebingungan sambil menggaru kepada yang tidak gatal itu.

Itulah antara dialog saya dengan pegawai polis berpangkat sarjan ketika saya membuat laporan polis tentang kehilangan motor saya 5 tahun yang lalu di dalam kawasan kampus pengajian saya.

” Nombor casis itu ialah nombor yang ada pada enjin kenderaan. Setiap kenderaan yang dilaporkan hilang akan dikenalpasti melaui nombor casisnya. Hampir mustahil orang akan memalsukan nombor casis.” Ujar pegawai itu lagi.

”ooooo…” itu sahaja jawapan yang mampu saya balas.

Jadi sekarang untuk memastikan kesahihan mana-mana agama kita perlu menyemak ’casis number’ bagi semua agama-agama ini. Jadi ’casis number’ :

Untuk agama Buddha kitab suci mereka ialah Tripitaka,

Untuk agama Hindu iaitu Veda dan Upanishad (sebagai contoh)

Untuk agama Kristian ialah Bible (Old and New Testament)

Untuk agama Islam iaitu al-Quran.

APAKAH SEMUA TUHAN SAMA

Sesuatu yang perlu diterima ialah Tidak semua agama di atas menerima konsep ketuhanan. Sebagai contoh agama Buddha tidak menerima konsep ketuhanan dan tidak diperbincangkan dalam ajaran mereka. Ini kerana Siddharta Gautama Buddha yang berasal dari negara India lebih menekankan konsep moral daripada konsep ketuhanan. Mereka juga tidak mempercayai proses kejadian alam,bagi mereka alam ini wujud dengan proses reincarnation (iaitu kelahiran semula selepas kemusnahan).

Manakala agama Hindu pula percaya kepada banyak Tuhan antaranya Vishnu, Shakti,Shiva dan Brahma,tetapi mereka tidak percaya kepada penciptaan alam ini, sama seperti Buddhism, percaya kepada proses reincarnation.

Mankala Kristian pula percaya kepada Supreme God tetapi dalam bentuk Triniti iaitu tuhan ayah, tuhan anak (jesus) dan roh yang suci. Mereka percaya Tuhan wujud dengan tiga bentuk.

Islam pula menekankan tentang Allah (Tuhan) yang satu,tiada sekutu bagiNya, Tiada Tuhan Ayah,anak atau Roh Suci. Juga tiada Tuhan yang boleh menandingi kehebatannya.

Cuba bandingkan:

Buddhism : Tidak percaya kepada konsep ketuhanan

Hinduism : Percaya kepada banyak Tuhan

Kristian : Percaya tuhan dengan tiga bentuk.

Islam : Tuhan hanya SATU tiada dua atau tiga.

Kalau begini keadaanya,macamana boleh sama antara semua agama. Tapi persoalannya ialah antara semua agama ini yang mana paling benar ajarannya.Jom kita teroka lagi.

BOLEHKAH DITERIMA AKAL ALAM NI WUJUD DENGAN SENDIRINYA?

”Kereta merc ini wujud dengan sendiri, tiada sesiapa yang menciptanya”

Kiranya ungkapan ini keluar dari mulut seseorang,pasti kita akan menganggapnya gila kerana mana ada benda yang canggih-canggih sekaran ini tiada pencipta,mesti ada engineer yang menciptanya,kilang …Jadi bagaimana dengan alam ini,takkan tiada pencipta…

”Artikel ini wujud dengan sendiri, tiada siapa pun yang keluarkan idea dan menaipnya.”

Hai, merah juga telinga saya mendengarnya. Orang bersengkang mata hanya untuk fikirkan jawapan, ambil masa paling kurang 1 jam 30 minit untuk terjemahkan idea dalam bentuk tulisan, tiba-tiba ada orang menafikan. Pelik binti Ajaib.

Dalam ajaran Hindu dan Buddha mengatakan alam ini ada dengan sendirinya,manakala dalam teori sains mengatakan sebaliknya. Akal manusia yang sihat pun akan menafikan teori ini.Jelas sekarang agama Hindu dan ajaran Buddhism tidak menepati piawaian sains dan akal dalam pembuktian kewujudan Tuhan dan penciptaan alam ini.

Sekarang diperingkat suku akhir ini Buddha dan Hindu terkeluar kerana tidak menepati logik akal dan teori sains. Maka tinggal Kristian dan Islam.

SEPARUH AKHIR

Tinggal sekarang agama kristian dan Islam. Semua kita percaya, setiap agama tidak akan memberikan fakta dan ajaran yang salah kepada penganutnya. Sekarang saya akan mengecilkan skop perbincangan kepada satu isu ringkas iaitu PENCIPTAAN ALAM ini. Apakah pandangan Kristian dan Islam dalam isu ini.

Ajaran Kristian mengatakan alam ini dijadikan dalam tempoh 6 hari (christiananswers.net).Pendapat ini selari dengan ajaran Islam.(Lihat Huud 7)

Ajaran Kristian mengatakan 6 masa atau hari penciptaan alam ini bukanlah 6 hari seperti sekarang ini,tapi the great time, juga sependapat dengan Islam.

Tetapi ajaran Kristian menolak teori sains yang mengatakan alam ini terhasil dengan satu letupan yang amat hebat lalu dinamakan Big Bang. Padahal saintis Edwin Hubble pada 1929 telah menemui teori tersebut dengan disokong oleh Dr. Cannon, Sir Martin Rees (astronomer dari Universiti Cambridge) dan ramai lagi (nama-nama di atas hanyalah sebagai contoh)

Tetapi ajaran Islam adalah selari dengan teori sains tersebut:

“dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?”. (Surah Al-Anbia: 30)

Islam telah memaparkan fakta yang baru ditemui saintis 79 tahun yang lalu,padahal al-Quran sudahpun 1400 lamanya. Kebenaran sudah terserlah…HANYA ISLAM AGAMA YANG PALING BENAR dan yang paling bertoleransi.

® Ridha (ridharster@gmail.com)

Advertisements

Comments (2) »

Tuhan, Kewujudan Yang Dicari

“Ustaz, saya tidak percaya kepada kewujudan Tuhan. Tuhan yang orang semua percaya itu hanyalah metafora sahaja. Hanyalah bayangan manusia sahaja. Tidak wujud dalam dunia yang nyata” komen seorang pelajar bertanya kepada saya. ” Ia hanyalah mindsetting segelintir orang sahaja.” Tambahnya lagi.

“Hmmm, awak percaya kepada agama tak?” Saya bertanya.

“Ye, saya percaya kepada agama tapi saya tidak percaya kepada tuhan, saya hanya percaya kepada sains. Apa-apa perkara yang dapat dibuktikan dengan sains saya percaya”

Dialog di atas bukan perkara baru buat saya, bahkan sudah acap kali ditanya dan dibincangkan. Yang pastinya semua yang bertanya merupakan pelajar. Mereka mencari-cari sesuatu yang berfakta dan dapat dirasai dengan pancaindera kita. Yang betul-betul dapat diyakini kewujudannya.

Mereka, segelintir orang muda hari ini sangat ‘gelojoh’ dalam menjadi tuhan. Mengagungkan kealiman diri dalam landasan kejahilan.Mereka hanya mempercayai sesuatu yang ada dihadapan mereka sahaja, percayai sesuatu yang di dalam gelanggang ilmu mereka sahaja. Namun, hakikat sebuah kebenaran jauh dari itu….

KACA YANG DISANGKA PERMATA

“ Awak percaya kepada sains kan.Boleh tak tunjukan saya tangan awak? Lalu diangkatnya tangannya.

“Boleh tuntukan saya mata awak” Terus ditunjuknya matanya kepada saya dengan jari tunjuknya..” Kenapa ustaz,apa kaitan soalan saya dengan permintaan ustaz tu” dia bertanya kehairanan.

” Sekarang boleh tunjukkan saya nyawa awak tak” saya sedikit meninggi suara. Mungkin kerana geram barangkali dengan sikapnya yang kelihatannya seperti ego.

Tangan beliau menunjukan di dada. ” Macamana awak tahu awak ada nyawa?” Saya bertanya, berpura-pura kehairanan.

” Tentu la ustaz. Semua orang hidup ada nyawa,kalau takde nyawa tu orang mati namanya” Jawabnya sambil mencebik mulutnya.

“oooo macam tu ke. Jadi orang mati takde nyawa la ye?” Saya bertanya, ‘soalan darjah 2’.

Dia mengangguk. ” Tapi ustaz tak nampak pun nyawa awak. Kat mana ye?”. Ditunjuknya di dada lagi. ” Tapi kan,orang kalau nak cek dah mati belum selain dada kat mana lagi ye?

” Kat pergelangan tangan,ustaz” Dia menjawab. ” Oooo jadi nyawa pun kat tangan la ye?. Dia sudah mula kebingungan.

“Pernah tak awak jumpa orang yang mati yang dipotong kakinya kerana kencing manis?”

“Pernah” jawabnya

Lalu saya menambah “ Kalau begitu nyawa orang itu di mana?”

“Di kaki pun ada juga ustaz” dia menjawab

“ Pernah jumpa orang yang mati kerana sakit buah pinggang? Atau cedera di mana-mana anggota bahagian?

“ Mungkin ada ustaz”

“Kalau begitu nyawa mereka di mana”. Saya terus mengasaknya dengan pelbagai soalan.

“ Nyawa ada diseluruh badan sir”

“ Boleh tunjukan?” Dia hanya tersenyum pahit,menggeleng kepala..Tidak mampu menjawab soalan.

Hakikatnya,sains hanya mampu mengkaji apa yang telah diciptakan Allah sahaja, tidak lebih dari itu. Apakah graviti hanya wujud selepas Sir Isaac Newton menemuinya. Sebelum Isaac Newton mengkaji bumi ini tiada graviti ke? Bahkan sebenarnya, graviti telahpun wujud semenjak berkurun lamanya.

Dari itu,tidak semua perkara dapat dibuktikan dengan sains, dapat dikaji. Sakit, lapar, letih, sedih kesemuanya kita dapat merasainya..percayai kewujudannya,namun tidak dapat dibuktikan dengan mana-mana teori sains. Dan belum ada mana-mana saintis yang dapat menunjukan bagaimanakah bentuk makhluk Allah yang bernama ‘mati’ itu. Kalau minta ditunjukan jari,semua orang boleh menunjukkanya, tapi kiranya diminta tunjukan ‘sakit’ akibat jari yang terluka itu, tidak ada manusia yang boleh menunjukan ‘sakit’ itu. Sekiranya ditunjukan ditempat yang berdarah itu ialah ‘sakit’ sebenarnya salah. Itu kulit atau darah, soalannya ialah di mana sakit?

Kelihatannya seperti berfalsafah tapi inilah hakikat kejahilan manusia. Tuhan itu wujud, namun bukan upaya manusia untuk ‘melihat’ Tuhan.

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّن الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيلاً

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja. (al-Isra’: 85)

Comments (2) »