Setialah


Hari ini kali kedua bersama isteri di hospital. Cuma berbeza tempat. Terdahulu di PPUM, kali ini di Hospital Raub. Kuning anak semakin naik.

2 hari yang lalu, iaitu pada hari Jumaat malam saya bertolak pulang dengan hati yang berat, meninggalkan anak yang maih belum sihat. Namun, panggilan kerja harus dipenuhi. Besoknya jam 4.30 petang saya menerima panggilan dari isteri saya memaklumkan bahawasanya anak saya ditahan di dalam wad.

Jam 9.30 malam saya bertolak dari Shah Alam dan sampai di hospital jam 12.30 pagi.

Sejurus sahaja saya sampai di hospital (bahagian wad kanak-kanak), ibu kepada kepada pesakit di hadapan katil isteri saya menangis teresak-esak sambil memalingkan mukanya ke arah lain. Berketurunan cina.

“ Nape ma?” Tanya saya kepada isteri saya. Ingin tahu.

“ Tadii, kitorang berborak pastu dia citer la yang dia rasa keseorangan, sakit, penat, suami pula kerja. Pastu mama pun gtau rasa penat juga, tapi kejap lagi baba nak sampai. Tak lama lepas tu baba sampai. Sebab tu nangis tu kot. Suami dia pun keje kat KL juga, tapi tak balik”

“Ooooo…”membalas ayat isteri saya tanda faham.

Besarnya sumbangan seorang suami walau hanya berada di sisi isteri walaupun sekadar membatu tanpa bantu.

Tanpa kita sedari.

HARIAN METRO ONLINE

Hari ini saya melayari Harian Metro 19 Mac 2010, sesampai sahaja tajuk SAYA DIPUKAU saya terpukau.

Tak pasti nak respon bagaimana,marah,lucu, geram ataupun sedih.

Ramainya manusia ingin untuk mengikut sunnah nabi tetapi hikmah sunnah ini semakin terfitnah. MELARANG makan dengan sudu atas alasan ia tidak syar’ei dan tidak mengikut sunnah, makan nasi MESTILAH dengan hanya tiga jari tidak boleh dengan 5 jari kerana ia bukan sunnah dan yang lebih merisaukan ialah perkahwinan lebih daripada satu hanya kerana nak ikut sunnah yang dicipta

“Dia kata ini ikut sunnah Nabi, jadi saya setuju saja tanpa sempat berfikir panjang,” katanya.

Kisah berkenaan seorang ayah mengahwinkan anaknya kepada kenalannya di dalam kereta. Kenalannya itu sudah mempunyai 2 orang isteri. Ini melengkapkan yang ketiga.

Mengucap panjang saya.

Pastinya golongan yang memusuhi Islam atau melihat Islam dengan kacamata barat akan tersenyum lebar.

Inilah bola tanggung untuk mereka.

“Kita mesti smash rapat ni” Barangkali itulah luahan mereka di dalam hati.

KAHWIN LEBIH DARI SATU

“Itukan arahan Allah Taala. Kan dah tercatat dalam al-Quran ke Surah an-Nisa’ ayat 3” seorang pejuang untuk nak kahwin lebih dari satu mengemukakan hujjah.

“Emmm saya nak tanya awak boleh tak. Awak keje apa ye? tanya Ustaz Naim.

“Saya bekerja sebagai pegawai di sebuah syarikat GLC” balas Razi. Kemas. Smart gayanya.

“Gaji…?’

“Gaji kasar saya RM 1 900, campur elaun semua sekali hampir mencecah RM 3 000. Eh, kenapa Ustaz tanya?

“Isteri bekerja kan? Kalau dicampur-campur, berapa ye gaji awak berdua” tanya Ust Naim.

“Emmm hampir RM 5 000 juga”

“Boleh tak kalau awak tolak semua gaji awak dengan kos bulanan, rumah, anak, kereta, makan, pinjaman-pinjaman, berapa baki?

“Biasanya habis Ust, memang kena guna duit isteri juga” balasnya

“Kalau macam tu, sampai hati ke awak nak kahwin lagi kalau duit untuk nafkah untuk keluarga pun tak cukup?”

“Tapi ust, kalau dihimpunkan duit kami berdua, saving hampir RM 1 500 juga ust. Sebagai suami saya berhak menguruskan duit itu. Duit tu boleh je saya guna nak kawin”

“Raziii, awak tak baca ke ayat 233 Surah al-Baqarah dan ayat 7 Surah ath-Thalaq’.

Jangan baca sampai ayat 3 je… Yang WAJIB bagi nafkah kepada isteri dan anak awak tu ialah awak. Bukan isteri awak”

“Abis tu duit tu untuk siapa”

“Awak membenarkan dia bekerja, duit itu hanya untuk dia la. Dia nak bantu awak menguruskan menstabilkan kewangan rumahtangga pun dah cukup bagus”

ADIL

“’Lepas’ tak agak-agak pasal nafkah keluarga?” Tanya Ust Naim memberikan pukulan buah paku keras pada Razi.

Senyap tak berjawab.

“Awak agak-agak mampu berlaku adil tak kalau awak kahwin dua?”

“Insyaallah Ust. Itulah yang saya janji akan buat kalau berkahwin lagi nanti” balas Razi dengan penuh yakin.

“Lagipun itukan syarat yang Allah Ta’ala letak kalau nak kahwin lagi”tambahnya lagi.

“Hmmm…. Kalau macam tu ust nak tanya, antara awak dan Allah, siapa yang lebih pakar tentang keadilan ni” tanya Ust Naim. Soalan darjah 3 kelas KAFA.

“Tentulah Allah ustaz” jawabnya ringkas.

“ Tahu tak apa kata Allah berkenaan keadilan dalam rumahtangga ni”

ISLAM IS ABOUT LOYALTY

Lihatlah bagaimana Nabi SAW sangat menyantuni Khadijah, seorang isteri yang lebih tua berbanding suaminya. Sehingga selepas kematiannya, namanya masih lagi meniti di bibir Nabi SAW. Semua kenalannya dihormati dan disantuni hanya kerana sang kekasih di hati. Cinta ini berbekas hingga ke hujung usia Nabi SAW.

Jangan hanya diambil cerita Nabi SAW berkahwin ramai, tetapi lihatlah juga KENAPA Nabi SAW berkahwin ramai.

Kerana pada kenapa itulah akan merungkaikan segala kekusutan dan kekeliruan di minda.

SETIALAH…. Kerana itulah fitrah agama mengajarkan.

Advertisements

3 Respons so far »

  1. 1

    zul_akhyar said,

    Salam…ustaz,cane cahaya mata terbaru??
    mabruk2..

  2. 2

    Iswandi said,

    Assalamualaikum…mengenai poligami iaitu kahwin lebih dari satu ada baik buruknya..tak kira apa pun didunia ini pasti ada baik buruknya, krn itu ada dosa dan pahala, ada kanan dan kiri, ada syurga dan neraka…sebagai manusia kita tidak akan berlaku adil dlm apa jua keadaan pun krn kita mempunya rasa dan nafsu yg kadangkala menewaskan akal yg waras, sedangkan seorang hakim pun belum tentu berlaku adil…ADIL hanya Allah yg sebaik2nya, dalam soal perkahwinan kita hanya merancang dan setiap perkahwinan adalah di atas izin Allah s.w.t walau dlm apa jua situsi pun…sesiapa pun ( lelaki ) yg berpoligami ingin berlaku adil kpd isteri2nya tetapi harus diingat pasti ada sebabnya sekiranya keadilan itu di persoalkan. Antara kita pasti mempunya hujah dan pendapat yg berbeza2, ada yg menyokong dan ada yg membantah, hnya yg memikul lebih mengetahui…di sini adalah lebih baik berkahwin drpd berzina dan membuat maksiat sepanjang hidup, walaupun berpoligami tetapi hubungan itu halal..apa? pabila berpoligami sering mempersoalkan tentang duit! mampu ke tidak? itu terpulang pada individu yg berpoligami krn rezeki Allah yg kurniakan dan kita kena usaha la…kalau dah itu jodohnya yg ditentukan Allah mengapa kita sebagai hamba mempertikaikannya sedangkan setiap yg ditakdirkan hnya Allah yg tahu utk hambanya..mengenai poligami masyarakat kita terutamanya bangsa melayu cukup lantang melontarkan hujah masing2..bak kata orang berkahwin pun salah, buat maksiat lagi salah, Ingat la..kita ni manusia, sehebat mana pun kita pasti ada kelemahannya, kadang hanya nak mencari silap dan sebab tanpa ingin tahu kehendak Allah s.w.t kpd hambanya..Pada saya biarlah berpoligami daripada melakukan maksiat dan zina, soal duit dan rezeki kita usaha sebaik2nya andai berpoligami dan berusahalah semampu mungkin utk berlaku adil. Sesiapa yg berkahwin satu pun andai tidak bertanggungjawab pada keluarga, dia pun tidak berlaku adil juga..apapun kita mempunyai pandangan dan hujah yg berbeza2, tak semestinya pendapat saya ini dipersetujui..ini hanya pandangan peribadi saya. Apapun kita sebagai hamba berbanyak2lah berdoa dan pelihara solat yg wajib agar urusan hidup kita di permudahkan. salm keberkatan dari saya…wassalam

  3. 3

    yahya said,

    salam
    bagi ana kawen satu cukup

    nabi kawen lebih ade sebab y sgt di[erlukan dalam islam
    kalo ikut situasi sekarang x payah la nak poligami


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: