Archive for April, 2008

SELAMAT HARI HAMBA

Kasar bunyinya kan. Tapi itulah hakikatnya…Proses penjiwaan seorang hamba yang kini semakin pudar.

“Tuan hamba, bolehkah tuan hamba menolong hamba untuk membawa barang ke dapur? Hamba rasa tidak mampu untuk mengangkatnya seorang diri.”

“ Baiklah, tuan hamba”

“Maafkan hamba kerana menyusahkan tuan hamba. Semoga Allah murahkan rezeki tuan hamba”

Pasti pembaca menyangkakan itu adalah dialog antara Tun Sri Lanang dan Tun Teja bukan? Atau dialog orang zaman dahulu kala….Hakikatnya itu adalah perbualan antara makcik cleaner yang sedang meminta pertolongan daripada CEO syarikat tempat dia bekerja.

Pelik bin ajaib sekiranya itu betul-betul berlaku. Siapalah makcik cleaner ini jika dibandingkan dengan CEO itu. Dari sudut harta sudah pasti jauh sekali, dari sudut ilmu, tentunya CEO itu lebih berilmu dari makcik cleaner tersebut, dari sudut kekemasan CEO itu amat cantik dan kacak orangnya. Siapalah makcik itu. Itulah pandangan mata kasar manusia yang menipu. Rasa mulia apabila tidak membantu, rasa hina apabila menolong.

MENGUTAMAKAN ISI BUKAN TITLE

Hamba. Satu perkataan yang amat sensitif. Tidak layak untuk diungkapkan pada hari. Silap-silap boleh disaman. Tidak mengungkap title dianggap seperti satu penghinaan.

“ Encik Rasydan, apa pandangan Encik Rasydan tentang projek ini.”

“ Ehem, Dato’ ye encik Saiful. Saya baru mendapat anugerah itu semalam. Ingat ye”

Matlamat sebenar panggilan tersebut adalah untuk mendapat sebuah penghormatan dan pengiktirafan, cuma apakah benar dengan memanggil dengan panggilan tersebut akan mendapat perhormatan. Di hadapan kita pastinya, dipuja dan dipuji tetapi dibelakang kita entah bagaimana. Ini kerana kita meminta untuk dihormati, bukan kerana kita betul-betul layak untuk dihormati. Penghormatan kerana pangkat tidak akan kekal lama, hilang pangkat datanglah hina, perhormatan kerana akhlak akan kekal sampai ke akhir dunia.

PENGHORMATAN datang dari hati,

ia diberi bukan dipinta,

ia hadiah sebuah kejujuran,

bukti sebuah ketelusan,

ia membahagia bukan menghina,

Jika ia kerana Yang Esa.

MEMAKNAKAN SEBUAH PENGHORMATAN

Nabi diutuskan ke Mekah dengan membawa akhlak yang mulia terlebih dahulu sebelum mula menyebarkan akidah. Nabi dijadikan sebagai Mekah Central Bank Gabenor oleh penduduk Mekah, ramai penduduk Mekah menggelarnya al-amin. Mereka mengamanahkan kepada nabi untuk menjaga harta mereka.

Mereka juga sanggup menerima nabi sebagai ‘pengadil’ dalam perbalahan antara kabilah atau kaum semasa proses nak meletakkan hajar aswad. Padahal nabi bukan orang yang memegang jawatan dalam organisasi masyarakat baginda, baginda bukan Mayor of Mekah City tetapi semua mereka menerima baginda. Kenapa?

Kerana AKHLAQlah baginda dihormati walaupun tanpa jawatan. Kerana akhlaq bagindalah runtuhnya ego Abu Sufyan, Dato’ Bandar Mekah ketika itu, kerana akhlaklah ‘jiwa singa’ Umar yang amat membenci Nabi ‘ditundukan’.

Kunci untuk menjadikan perhormatan ini bermakna perlulah diisi dengan AKHLAK. Kita akan dihormati bukan hanya dihadapan bahkan akan didoakan apabila kita tiada.

CEO BANK RAKYAT

Pengalaman saya ketika menyampaikan ceramah “Happy Birthday Rasulullah” di Bank Rakyat suatu ketika dulu meninggalkan kenangan yang manis dalam ingatan. Sampai sahaja saya di tempat ceramah yang dibuat di dalam kawasan pejabat bank, saya disambut baik oleh CEO Bank, Dato’ Kamaruzzaman Che Mat. Beliau duduk mendengar ceramah saya bersama dengan staf-staf yang lain. Bersila, tiada sofa, tiada tempat khas untuk beliau, menyandarkan badan beliau ke dinding. Letih barangkali. Selepas sesi ceramah, saya cuba selidiki sedikit informasi tentang beliau.

“ Alhamdulillah ustaz, CEO ni memang bagus. Memang merakyat betul. Kadang-kadang sampai kami rasa segan dengan beliau”

Rata-rata semua staf memberikan respon yang hampir sama, semuanya amat menghormati beliau. Lagaknya kadang-kadang tidak seperti CEO tapi semua orang amat menghormati beliau. Kerana beliau membina karektor yang merakyat dalam ‘baju’ CEOnya.

MEMPERHAMBAKAN DIRI TANPA DISEDARI

Hakikatnya semua manusia begitu, seorang ayah akan mem’perhamba’kan diri kepada anak-anaknya, sanggup membiarkan dirinya ditunggangi anak, membeli apa sahaja yang anak-anak minta, semuanya kerana kebahagiaan. Kelihatannya seperti mem’perhamba’kan diri kepada anak, tapi sebenarnya kita sedang membahagiakan diri sendiri. Bukankah kita gembira apabila melihat tawa riang si anak kecil.Kita akan berduka melihat kedukaan mereka.

Seorang kekasih sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk kebahagiaan kekasihnya, diberi apa yang dipinta, menghulur tanpa berkira. Hakikatnya dia sedang mencipta kebahagiaan untuk dirinya sendiri. Dia akan bahagia melihat kebahagiaan kekasihnya ,akan berduka bersama kedukaan kekasihnya.

MENGHAMBAKAN DIRI PADA YANG ESA

Dari itu apa kurangnya menghambakan diri pada yang Esa. Bahkan Allah tidak pun meminta, tidak pun memohon.Hanya MEMBERI. ‘Membahagiakan’ yang Esa sebenarnya mencipta kebahagiaan untuk diri sendiri…untuk hari ini,esok dan selamanya.

“Susah la ustaz. Nak kena solat, baca quran…..hisshhh susahnya” kata seorang remaja sambil menggeleng kepala.

Kerana kita tidak mahu bukan tidak mampu, mahu akan mencipta seribu jalan, tidak mahu akan mencipta seribu alasan.Kalau mampu ‘menghambakan’ diri pada manusia kenapa tidak mahu menghambakan diri pada yang Esa.

Selamat Hari Hamba untuk setiap hari dalam hidupmu.

® Ridha (ridharster@gmail.com)

Advertisements

Comments (1) »

TAQWA VS MATLAMAT

“ Ayah harap nanti apabila along kat UK nanti, jangan sesekali hilang identiti. Kekalkan jatidiri seorang muslim, jangan sesekali tinggalkan solat, pastikan quran sentiasa dibaca,difahami, jaga pergaulan antara lelaki dan wanita. Ingat tu…..Kekalkan taqwa dalam diri….bla,bla, bla” begitulah antara beberapa luahan nasihat ibu dan ayah apabila menghantar anaknya ke lapangan kapal terbang.

TAQWA

Mudah untuk dilafaz, sukar untuk diperolehi.Semua orang boleh melafazkan taqwa, tetapi berapa ramai orang yang boleh merasai kemanisan taqwa.

“ Ustaz, macamana kita nak tahu orang tu bertaqwa ke tak?” Tanya seorang peserta program Kem Ibadah untuk Remaja. Iman namanya. Nasrul Iman.

“ Hmmm tidaklah sukar sangat. Iman tengok orang yang tak pernah tinggal solat berjemaah di masjid, menunaikan arahan Allah, meninggalkan larangan Allah…itulah ciri-ciri orang yang bertaqwa.”

CABARAN YANG MENDESAK

Kita mungkin tidak menghadapi banyak masalah untuk nak generate taqwa sekiranya kita tinggal di kawasan pondok atau kawasan sekolah agama atau kampung yang menjaga agamanya. Tapi persoalannya ialah ramai di kalangan kita sekarang sudah terdedah dengan dunia yang terbuka, boleh access ke mana-mana laman web yang disukai, kalau dapat rakan yang kaki porno atau kaki ‘mengarut’,boleh ke nak bina taqwa?

Kat UK nanti, ingat ramai ke orang yang cover aurat elok-elok, ingat signboard macam kat Kelantan ke, semua tutup aurat elok-elok. Lagi la kalau tinggal pulak di kawasan non muslim, macamana nak bina taqwa ni, boleh ke?

BELLA

Ini selingan je ni. Pernah tengok cerita Bella tak ? Setiap hari bermula Isnin hingga Khamis jam 6.30-7.30 TV3, harap-harap jangan la miss solat Maghrib BERJEMAAH di surau atau masjid.

Dalam cerita tu, Shah mengimpikan untuk menjadi CEO Paradine Holdings, syarikat perhotelan yang terkenal setelah berbakti di syarikat itu selama 10 tahun. Tetapi oleh kerana merasa impiannya terancam, lalu dia mengambil sikap membunuh semua orang yang menjadi penghalang impiannya, termasuk Bella. Pelakon utama drama ini.

Shah mempunyai matlamat yang jelas.

Menjadi CEO Praradine Holdings

Dan dia buat apa sahaja untuk pastikan Paradine Holdings menjadi miliknya termasuk membunuh.

TEPAT DAN JELAS

Saya cuba melihat dari sudut yang berbeza dan positif, Shah mempunyai matlamat yang JELAS tetapi pastinya TIDAK TEPAT

Jelasnya ialah menjadi CEO Paradine Holdings

Tidak tepat ialah membunuh dan memecat pekerja yang tidak sependapat dengannya.

Apakah kita mempunyai matlamat hidup yang jelas dan tepat.

“ Saya ingin mendapat keredhaan Allah, ustaz” Jawab salah seorang pelajar dalam salah satu program motivasi yang saya anjurkan.

Mendapat keredhaan Allah itu TEPAT tetapi adakah JELAS.

“ Kalau setakat untuk mendapat keredhaan Allah, tak perlu untuk awak ke oversea. Awak duduk je kat kampung, berbakti kepada ibu dan ayah, Mungkin itu lagi elok.

“Sekarang ini kenapa awak nak ke oversea?”Tanya saya sekali lagi.

“ Emmmm untuk dapatkan segulung ijazah” jawabnya selamba.

“ Ok, kalau macam tu awak pergi, belajar lebih kurang dah la ye, bagi agak-agak lulus dah le. Ataupun awak belajar kat dalam Malaysia je,pun dapat juga segulung ijazah,kenapa pergi sampai ke luar negara?” perli saya.

Senyap. Dia sebenarnya keliru kenapa perlu pergi ke oversea. Kekeliruan ini akan menyebabkan dia boleh menjadi siapa-siapa sahaja di sana nanti. Pagi solat,petang minum arak, malam lepas solat isya’ clubbing.Kerana itu suasana di sana, bebas untuk buat apa sahaja.Tetapi dengan matlamat yang jelas dalam hidup akan memandu kita dengan selamat ke tempat yang dituju. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

“ Mat, jom main bola” kata Said.

“ Alaa awak pegi la,aku nak study ni. SPM dah dekat dah ni,lagi 10 bulan nie.”

Bagitulah rutin pelajar yang mempunyai matlamat yang sangat jelas . Sanggup berkorban keseronokan dunia, untuk mencapai matlamatnya….

SPM 21A1.

Maka segala ‘syurga dunia’ ini semua akan dikurangkan. Akan lebih memberi fokus kepada 21 A1. Persoalannya ialah pernahkah kita mempunyai matlamat yang sama untuk TAQWA=21 A1.

Tak pernahkan? Kita hanya hidup dalam islam ini mengikut ke mana sahaja angin meniup

Ditiup ke timur, ke tikurlah kita meliuk

Ditiup ke barat, ke baratlah kita meliuk.

Agak bersemangat untuk beribadah,solatlah kita,tak bersemangat untuk beribadah tak solatlah kita. Kenapa kita tidak tegas sebagaimana Said tadi. Mempunyai PRINSIP, apa-apa perkara yang boleh menghalang fokus aku harus aku elakkan. Aku kena berusaha untuk bersungguh-sungguh.

Untuk membina taqwa jarang kita bersungguh-sungguh sebegitu bukan. Padahal semua kita tahu kita akan hadapi ‘examination’ Allah tak lama lagi dah, 60 tahun je lagi. Lepas tu, harap-harap dapat result yang paling gempak, boleh masuk syurga. Tak perlu nak bersusah payah lagi dah.

TAQWA VS MATLAMAT

Sekiranya kita ke oversea dengan matlamat yang JELAS dan TEPAT, maka isu dugaan di sana tidak timbul. Fitnah couple akan kita tangani sebaiknya. Tinggalkan solat tidak pernah melintas di hati. Segala cubaan dunia akan ditinggalkan hanya untuk mencapai matlamat

MENJADI ENGINEER MUSLIM TINGGI TAQWANYA,YANG AKAN MEMAHAT SEJARAH MENCIPTA TAMADUN

Jelas dan tepat.

® Ridha (ridharster@gmail.com)

Comments (1) »

MENCARI KEBENARAN

“ Ustaz, hari tu ada kawan saya beritahu saya, semua agama betul. Tidak ada beza antara agama Islam ke, Kristian ke, Hindu ke, Budha ke. Betul ke ustaz? Saya kata kepada dia,taak,Islam sahaja yang paling benar, tapi Islam amat bertoleransi dengan agama-agama lain dalam perkara yang boleh bertoleransi, kemudian dia balas, hakikatnya setiap orang akan kata agamanya yang betul… Semua orang mempercayai tentang Tuhan,Cuma berbeza dari segi sebutan sahaja….betul ke ustaz?” seorang pelajar datang menemui saya mengadu kekeliruannya terhadap agama Islam.

Secara ringkasnya kita melihat dialog di atas seperti tiada apa yang membahayakan, sekadar persoalan biasa,hakikatnya ia sangat membahayakan akidah seorang muslim khususnya pada mereka yang belum teguh imannya. Sedangkan dalam Islam,barangsiapa yang ragu-ragu terhadap al-quran pun sudah Allah warning,inikan ragu-ragu terhadap Allah.

” …..janganlah kamu ragu-ragu terhadap Al Quran itu. Sesungguhnya (Al Quran) itu benar-benar dari Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.” ( Huud: 17)

CEK ’CASIS NUMBER’ SEMUA AGAMA

” Apa nombor casis motor encik” tanya pegawai polis yang berpangkat sarjan kepada saya.

” Nombor casis? Apa tu encik, tak pernah dengar pun” tanya saya kebingungan sambil menggaru kepada yang tidak gatal itu.

Itulah antara dialog saya dengan pegawai polis berpangkat sarjan ketika saya membuat laporan polis tentang kehilangan motor saya 5 tahun yang lalu di dalam kawasan kampus pengajian saya.

” Nombor casis itu ialah nombor yang ada pada enjin kenderaan. Setiap kenderaan yang dilaporkan hilang akan dikenalpasti melaui nombor casisnya. Hampir mustahil orang akan memalsukan nombor casis.” Ujar pegawai itu lagi.

”ooooo…” itu sahaja jawapan yang mampu saya balas.

Jadi sekarang untuk memastikan kesahihan mana-mana agama kita perlu menyemak ’casis number’ bagi semua agama-agama ini. Jadi ’casis number’ :

Untuk agama Buddha kitab suci mereka ialah Tripitaka,

Untuk agama Hindu iaitu Veda dan Upanishad (sebagai contoh)

Untuk agama Kristian ialah Bible (Old and New Testament)

Untuk agama Islam iaitu al-Quran.

APAKAH SEMUA TUHAN SAMA

Sesuatu yang perlu diterima ialah Tidak semua agama di atas menerima konsep ketuhanan. Sebagai contoh agama Buddha tidak menerima konsep ketuhanan dan tidak diperbincangkan dalam ajaran mereka. Ini kerana Siddharta Gautama Buddha yang berasal dari negara India lebih menekankan konsep moral daripada konsep ketuhanan. Mereka juga tidak mempercayai proses kejadian alam,bagi mereka alam ini wujud dengan proses reincarnation (iaitu kelahiran semula selepas kemusnahan).

Manakala agama Hindu pula percaya kepada banyak Tuhan antaranya Vishnu, Shakti,Shiva dan Brahma,tetapi mereka tidak percaya kepada penciptaan alam ini, sama seperti Buddhism, percaya kepada proses reincarnation.

Mankala Kristian pula percaya kepada Supreme God tetapi dalam bentuk Triniti iaitu tuhan ayah, tuhan anak (jesus) dan roh yang suci. Mereka percaya Tuhan wujud dengan tiga bentuk.

Islam pula menekankan tentang Allah (Tuhan) yang satu,tiada sekutu bagiNya, Tiada Tuhan Ayah,anak atau Roh Suci. Juga tiada Tuhan yang boleh menandingi kehebatannya.

Cuba bandingkan:

Buddhism : Tidak percaya kepada konsep ketuhanan

Hinduism : Percaya kepada banyak Tuhan

Kristian : Percaya tuhan dengan tiga bentuk.

Islam : Tuhan hanya SATU tiada dua atau tiga.

Kalau begini keadaanya,macamana boleh sama antara semua agama. Tapi persoalannya ialah antara semua agama ini yang mana paling benar ajarannya.Jom kita teroka lagi.

BOLEHKAH DITERIMA AKAL ALAM NI WUJUD DENGAN SENDIRINYA?

”Kereta merc ini wujud dengan sendiri, tiada sesiapa yang menciptanya”

Kiranya ungkapan ini keluar dari mulut seseorang,pasti kita akan menganggapnya gila kerana mana ada benda yang canggih-canggih sekaran ini tiada pencipta,mesti ada engineer yang menciptanya,kilang …Jadi bagaimana dengan alam ini,takkan tiada pencipta…

”Artikel ini wujud dengan sendiri, tiada siapa pun yang keluarkan idea dan menaipnya.”

Hai, merah juga telinga saya mendengarnya. Orang bersengkang mata hanya untuk fikirkan jawapan, ambil masa paling kurang 1 jam 30 minit untuk terjemahkan idea dalam bentuk tulisan, tiba-tiba ada orang menafikan. Pelik binti Ajaib.

Dalam ajaran Hindu dan Buddha mengatakan alam ini ada dengan sendirinya,manakala dalam teori sains mengatakan sebaliknya. Akal manusia yang sihat pun akan menafikan teori ini.Jelas sekarang agama Hindu dan ajaran Buddhism tidak menepati piawaian sains dan akal dalam pembuktian kewujudan Tuhan dan penciptaan alam ini.

Sekarang diperingkat suku akhir ini Buddha dan Hindu terkeluar kerana tidak menepati logik akal dan teori sains. Maka tinggal Kristian dan Islam.

SEPARUH AKHIR

Tinggal sekarang agama kristian dan Islam. Semua kita percaya, setiap agama tidak akan memberikan fakta dan ajaran yang salah kepada penganutnya. Sekarang saya akan mengecilkan skop perbincangan kepada satu isu ringkas iaitu PENCIPTAAN ALAM ini. Apakah pandangan Kristian dan Islam dalam isu ini.

Ajaran Kristian mengatakan alam ini dijadikan dalam tempoh 6 hari (christiananswers.net).Pendapat ini selari dengan ajaran Islam.(Lihat Huud 7)

Ajaran Kristian mengatakan 6 masa atau hari penciptaan alam ini bukanlah 6 hari seperti sekarang ini,tapi the great time, juga sependapat dengan Islam.

Tetapi ajaran Kristian menolak teori sains yang mengatakan alam ini terhasil dengan satu letupan yang amat hebat lalu dinamakan Big Bang. Padahal saintis Edwin Hubble pada 1929 telah menemui teori tersebut dengan disokong oleh Dr. Cannon, Sir Martin Rees (astronomer dari Universiti Cambridge) dan ramai lagi (nama-nama di atas hanyalah sebagai contoh)

Tetapi ajaran Islam adalah selari dengan teori sains tersebut:

“dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?”. (Surah Al-Anbia: 30)

Islam telah memaparkan fakta yang baru ditemui saintis 79 tahun yang lalu,padahal al-Quran sudahpun 1400 lamanya. Kebenaran sudah terserlah…HANYA ISLAM AGAMA YANG PALING BENAR dan yang paling bertoleransi.

® Ridha (ridharster@gmail.com)

Comments (2) »

Kerana Cinta

Ini bukan ulasan filem Love is Cinta yang memaparkan kisah cinta antara Ryan ( Irwansyah) dan Cinta ( Acha Septriasa). Juga bukan menceritakan tentang Heart, juga filem yang mendapat tempat di Malaysia. Juga ini bukan tajuk filem baru yang saya akan arahkan. Takde kaitan. Kenapa nak menambah dosa di atas timbunan sekaran ini bukan.

Tetapi ini merupakan satu pengkisahan bagaimana kerana cinta,manusia sanggup berkorban nyawa. Kerana cinta sanggup hilang segalanya. Kerana cinta zahirnya papa jiwanya bahagia. Hebatnya penangan cinta.

KERANA CINTA SEORANG KEKASIH

“ Sayang, sayang sayang tak?”

“ Sayang, apa lagi bukti yang sayang nak abang buktikan? Kalaulah abang ada seratus nyawa nyawa, pasti akan abang berikan untuk sayang, percayalah sayang, tapi kiranya kepercayakan sayang belum bertapak di jiwamu, belahlah dada abang, sayang pasti terlihat hanya nama sayang terukir di atas hati abang.”

Geli bukan. Kerana ungkapan itu bukan untuk kita, kita hanya mendengar, tapi ia menjadi sangat manis apabila ia ditujukan kepada kita.Itulah adalah dialog yang selalu bermain di bibir anakmuda yang sedang bercinta. Dek hanya kerana ungkapan yang ‘tidak bermakna’ itu, hilanglah maruah seorang lelaki dan wanita atas kepasiti MUSLIM.

Hakikat yang sedang berlaku ialah lelaki (yang tidak beriman) memberikan cinta untuk seks dan wanita memberikan seks untuk cinta, maka apabila sudah dinikmati segalanya untuk apa lagi sebuah percintaan. Habis madu sepah dibuang.

Lelaki ini akan menggunakan ayat yang sama untuk mencari cinta yang baru…dan wanita akan punyai hidup yang tidak bermakna kerana luka cinta lama…

http://scienceblogs.com/gregladen/2007/11/male_vs_female_brains.php

“ Abis tu macamana ustaz, saya nak buat macamana lagi,huhuhuhu” tangis seorang wanita yang sudah terlanjur kepada saya.

“ Jadikan seorang wanita yang beriman, Allah PASTI akan mentakdirkan seorang lelaki yang akan mencintai awak sepenuh hati, percayalah.”

KERANA CINTA SEORANG PEKERJA

“ Joe, tak nak balik lagi ke? Jom balik. Dah pukul 6.30 ni.” Jerit Man dari jauh mengajak rakannya Johari pulang.

“ Tak pe la, aku tengah fikirkan planning untuk nak majukan syarikat kita ni. Awak balik la dulu ye” Jawab Johari.

Susah kan nak jumpa pekerja yang sebegitu. Pekerja yang mampu datang paling awal dan pulang paling lewat. Bermula kerjanya jam 8 pagi dan pulang paling awal jam 8 malam.

“ eh, ngko tak rasa penat ke kerje macam ni. Giat semacam je. Alaa, kalau kita kerja sungguh-sungguh pun bukannya dapat naik pangkat,gaji ‘ciput’ gak. Relak la”

Biasa kan mendengar ungkapan yang kurang lebihnya begitu. Analoginya,menceritakan lazatnya buah durian kepada orang yang tidak pernah lihat buah durian amat sukar. Hanya orang yang berazam untuk melihat buah durian dan merasainya sahajalah dapat kita ceritakan dengan mudah. Menceritakan keseronokan kepada orang yang tidak mencintai bidang pekerjaannya amat memenatkan(dan kalau boleh ingin dapat gaji tanpa bekerja). Hanya orang yang mencintai bidang pekerjaannya sahaja memahami MAKNA kesungguhnya dan kejayaan.

Apabila kita sudah meletakkan negative mindsetting terhadap sesuatu perkara, maka kita tidak akan dapat memahami perkara tersebut.. Ubahlah minda, kita akan dapat melihat keluasan dan keseronokan dunia pekerjaan.

KERANA CINTA SEORANG ANAK

“ Adik,insaflah adik-adik. Pasti adik-adik tidak mahu kan,sampai sahaja adik-adik ke rumah,pulang dari program ini,adik-adik lihat ramai orang di rumah adik-adik, mereka berkopiah, bertudung….. adik-adik sudah mengesyaki sesuatu, adik-adik berlari ke pintu rumah, adik-adik lihat sekujur tubuh berselimut putih,kaku di ruang tamu rumah adik-adik, adik-adik hampiri,buka kain yang menutupi wajahnya….. ibuuuuuuu!!!”

Pasti kepada pembaca yang pernah menghadiri program anak soleh pernah melalui sesi muhasabah seperti ini. Bagi segelintir penganjur yang mengambil kira air mata merupakan titik keberjayaan muhasabahnya, teknik inilah yang paling popular. Teknik ‘mematikan’ ibu dan ayah. Biasanya memang peserta akan menangis khususnya peserta wanita. Kenapa?

Kerana cintakan ibu dan ayah.

Seorang anak yang taatkan ibu dan ayah akan meletakkan ibu dan ayahnya sebagai priority dalam hidupnya.

“ Awak,betul ke keputusan awak nie?” saya bertanya.

“ Betul ustaz. Walau apa pun saya akan tetap menerima keputusan ibu dan ayah saya. Saya pasti akan mengikuti pandangan mereka walaupun perkara itu akan menggadaikan nyawa saya, inikan perkahwinan”

Kisah lama ini bertandang diingatan saya. Seorang wanita baru ditagih cintanya oleh seorang lelaki selama ini diimpikannya tanpa pengetahuan ibu dan ayahnya, sanggup mengorbankan cinta itu untuk cinta 23 tahun ibu dan ayahnya.

“ Awaak, TAHNIAH,yakinlah… Redha Allah akan bersama keputusan awak. Keputusan awak ini sangat tepat. Cinta awak kepada ibu bapa awak akan Allah balas dengan lelaki yang soleh.” Ujat saya menutup perbicaraan dengannya.

KERANA CINTA SEORANG HAMBA.

“ Jom solat zuhr,orang dah azan tu.” Ajak si A kepada si B.

“ Alaa, you pergi dulu nanti I follow dari belakang” balas si B sambil jari jemarinya menekan key board komputernya,bermain game. Si B terus bermain hingga hampir asar.

“ Alamak,dah nak asar la.Eh, Lagi 5 minit lagi. Sempat ni,nak habiskan game ni kejap” bisik hati si B.

Hmmm tersenyum ye. Pernah buat macam tu. Sukarnya mencari satu bukti menandakan cinta kita pada Allah.

Menutup aurat?

Kadang-kadang semasa kita nak sidai pakaian di luar rumah, pakai pun ala kadar je kan. Ke kedai ke, ke rumah saudara mara ke.

“ Alaa ustaz, semua orang kat kampong ni saudara belaka. Tak ada apa-apa la. Lagipun nak sidai kain je, bukannya nak keluar.”

Menutup aurat tiada kaitan dengan nak keluar atau tidak. Ia berkaitan dengan suruhan Allah. Apa lagi ye yang membuktikan cinta kita pada Allah.

Membaca Quran.

Jarang-jarang sekali kita baca,

kalau baca pun tidak pasti tajwidnya,makhraj hurufnya( tempat keluar hurufnya) betul ke tidak,

kalau pun semua itu betul,

faham ke tidak al-Quran itu,

kalau pun sudah faham… amalkan tak….

Sukarnya mencari bukti KERANA CINTA…PADA ALLAH

®Ridha

Comments (1) »

Nikmati sementara berpeluang

” Abang rasa tak rasa tak sabar-sabar nak berpindah ke kampung. Nanti kita beli rumah kat kampung ye.  Kecik pun takpe, janji boleh keluar dari hiruk pikuk kota ni. Serabut betul duduk di KL ni.Duduk di kampung best kan.”

“ Abang, kenapa harus mengimpikan kebahagian yang masih belum pasti. Kenapa tidak nikmati kebahagiaan sekarang ini sementara berpeluang.”

Itu adalah antara perbualan antara saya dan isteri semasa saya menghantarnya ke stesen komuter Shah Alam tadi. “Nikmatilah kebahagiaan sementara berpeluang”….Hmmm satu pesanan yang sangat menarik. Entah kenapa dalam banyak-banyak isu yang kami bincangkan,itulah ayat yang paling melekat di hati ini.

FITRAH MANUSIA MENCARI KEBAHAGIAAN

Sesetengah manusia mengikut keinginan hati untuk mencari bahagia. Ada yang mengatakan buatlah apa yang kamu nak, kamu pasti akan bahagia. Kesimpulannya semua manusia mencari kebahagiaan samada kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Namun,ada orang yang sangat kaya tapi tidak bahagia,risaukan hartanya belum cukup banyak, risau rumahnya dimasuki pencuri,risaukan syarikat, artis-artis semuanya cuba memberikan kebahagiaan pada orang lain walaupun diri sendiri masih belum mengecapi kebahagiaan.

Kenapa?

Kerana kebahagiaan letaknya di hati pemberian ilahi bukan pada suara, bukan pada harta,bukan pada takhta. Dan ia tidak boleh dicipta,ia tidak cukup jika hanya dilagukan, ia hanya dapat dirasai.

BAHAGIA ORANG YANG BERCINTA

Bahagia orang yang bercinta apabila terasa diri mereka dihargai, disayangi. Bahagia apabila melihat nama kekasih tertera di skrin telefon..walaupun hanya miss call, atau dapat mesej daripada kekasih walaupun hanya bertanya “Dah makan ke belum?”. Namun kita mula merasa sebaliknya apabila tiada miss call hari ini, mesej kita tidak dibalas….. Rasa nak marah, terguris, geram, semua berhimpun dan bergolak di dalam hati.

“ Awak tak rasa rugi ke selalu top up kat awek awak tu,seminggu RM 10 pulak tu?” Saya bertanya kepada salah seorang pelajar yang datang berjumpa saya. Baik budaknya.

“ Tak rasa rugi pun ustaz. Sebab bila saya top up, dia akan telefon saya,mesej saya, saya tak rasa rugi apa-apa pun.” Jawabnya.

“Apa perasaan awak kalau awak top upkan dia, tapi dia tak telefon awak,tak mesej awak?” Soalan cepu emas dari saya.

“ Pernah berlaku dulu sekali. Geram la ustaz. Menangis dia bila saya marah dia. Ye la, sape tak bengang bila orang top up kat dia, dia telefon orang lain pulak”. Dia menjawab,selamba.

“ Awak rasa bengang ye bila awak top upkan kekasih awak dia telefon orang lain, tapi dia tak minta pun awak top upkan dia kan. Allah beri awak banyak sangat nikmat kan? Berapa hari dalam sehari awak ‘telefon’ Allah, mesej ke? Saya bertanya soalan yang paling mahal atas muka bumi.

HAKIKAT PERCINTAAN

Allah Taala meletakkan perbezaan antara Islam dan Iman. Ia sepertinya perbezaan antara rakan dan kekasih. Pelajar apabila masuk ke dalam tempat yang baru akan merasa malu-malu semasa minggu haluan siswa atau Ta’aruf Week . Di situlah dia mula mencipta kenalan-kenalan baru. Dia tidak akan dapat terus memilih sseeorang semasa sesi Minggu Haluan Siswa itu sebagai kekasihnya, tetapi selepas beberapa lama barulah mula ‘merisik’ dan berkenalan. Lepas tu, barulah dia akan ‘approach’ untuk menjadikan wanita itu sebagai kekasihnya. Apabila sudah berkasihan, minta apa sahaja,pasti akan ditunaikan. Walaupun nyawa (kononnya).

Merisik dan berkenalan itulah islam

Berkasih dan bercinta itulah Iman.

Maka di mana kita?

Hakikatnya apabila Allah memberikan sesuatu kepada kita, Dia juga ‘ingin dibalas’. Sewajarnya sebagai orang yang menerima budi orang lain patut dibalas bukan? Kerana berhutang budi dibawa mati. Berapa banyak budi Allah kepada kita yang belum kita balas kan. Cuba hitung-hitung.

ANAK-ANAK MURID

“ Bukankah anak murid abang di Cemara Akasia itu sebahagian daripada kebahagiaan abang” sambung isteri saya lagi.

Saya tidak pasti kenapa anak-murid saya khususnya yang selalu datang ke kuliah Maghrib setiap Isnin di Cendana, Selasa dan Khamis di Surau Cemara begitu dekat di hati.Mungkin barangkali, mereka datang ke kuliah saya, ceramah saya dengan membawa hati,saya mengajar pun dengan suara hati. Apabila dua hati bertemu atas satu matlamat kerana ALLAH…itulah kebahagiaan.

“Terima kasih isteriku kerana mengingatkan” Bisik saya di dalam hati.

MOTOR

“ Ridha,ngko tak rasa segan ke naik motor je pegi mana-mana. Ye la, ngko kan pensyarah” tegur seorang rakan kepada saya.

Hmmm apa yang nak dijawab ye. Ntah la,barangkali saya lebih bahagia menaiki motor. Atau mungkin menaiki motor membuatkan hubungan kami suami isteri lebih bermakna. Atau mungkin kerana saya rasa lebih mesra dengan adik-adik saya di asrama kerana mereka juga menaiki motor.

Entahlah, tapi yang pasti saya ingin menikmati kebahagiaan ini sementara masih berpeluang.

Ridha

Comments (1) »

Menjawab Fitnah Yang Tidak Sudah

“No religion can ever justify such a hideous and barbaric punishment for such a petty crime … especially on an 8 year old kid…. Pass it on ….let the world know what is happening in the name of the Islamic religion…
Pass this to all for public awareness”

(Sila rujuk alamat email ini http://urbanlegends.about.com/library/bl_caught_stealing_bread2.htm)

Hari ini saya mendapat email lagi, masih bersekitar kerisauan masyarakat tentang fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada Islam.

Hajat di hati untuk menjawab seilmiah mungkin, namun difikir-fikir kembali saya merasakan agak membuang masa untuk menjawab tohmahan atau fitnah yang tidak bijak ini. Kadang-kadang melayan hujah orang yang tidak bijak boleh menumpulkan otak.(Barangkali). Ada satu cerita menarik untuk dikongsi dengan pembaca sekalian:

Suatu hari si A sedang melintasi seorang lelaki yang tidak siuman, kesian melihatnya seorang diri memancing di tepi jalan raya lalu dia pun menegur.

“Tengah buat apa tu? ” tanya si A mesra . Orang itu merenung kepada si A, daripada rambut sampai ke kaki.

“Apasal abang tengook, malu ar. Saya tengah mandi ni. Jangan ar tengok,”. Si A tersenyum, sah orang ini tak siuman.

“Banyak ke dapat ikan tu?”. Tanya si A lagi. Kali orang itu bangun,ditenung-tenungnya si A ini.

“Gila ke apa, atas jalan raya mana ada ikan”. Lalu orang itu pergi meninggalkan si A ini, termangu-mangu.

Satu cerita rakyat. Namun,keresahan masyarakat sebegini harus dirawat, kemusykilan harus dijawab….walaupun sekadarnya.

Sekali imbas pun sudah boleh mengagak,apa yang ditunjukkan di dalam gambar-gambar tersebut BERCANGGAH dengan Islam. Satu perkara yang perlu diberikan perhatian apabila kita mendapat sesuatu berita, kita diajarkan dengan suatu kaedah yang selamat dan menyelamatkan iaitu :

” Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah al-Hujurat: 6)

Dalam al-Quran disebut “fasiq” itu dengan “faa-si-qun” tanpa ada huruf alif dan lam di awalnya dengan maksud apa-apa sahaja medium penyebaran berita yang tidak pasti atau tidakmeyakinkan haruslah diselidiki dahulu. Maka dalam situasi ini pembawa berita ini ialah Siamak Yari (Peykeiran.com). Siapakah beliau? (saya cuba buka laman web beliau tetapi saya dapati tulisannya dengan menggunakan bahasa Iran @ Parsi,saya tak faham. Kepada mana-mana pembaca yang ingin membaca lanjut boleh melayari http://www.peykeiran.com/).

KERAGUAN YANG PASTI

1) Apa yang membuktikan ini merupakan hukum ini syariah law?(kerana syariah law TIDAK MEMPERUNTUKAN hukuman sebegitu)

2) Apa yang membuktikan mereka yang terlibat itu (termasuk kanak-kanak tersebut) merupakan muslim? Apakah kerana mereka menetap di Iran maka mereka muslim?(Perlu diingat, di Iran pun ada multi religion macam Malaysia (dengan Muslim 98% (Shi’a 89%, Sunni 9%), other (includes Zoroastrian, Jewish, Christian, and Baha’i) 2%). Secara asasnya,hukuman syariah tidak dikenakan kepada bukan Islam. rujuk https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/print/ir.html

3) Mana HAKIMnya atau pelaksana hukumannya?…..hukuman syariah apabila nak dilaksanakan perlu ada hakim dan beberapa anggota badan kehakiman dan penguatkuasa lain. Nampaknya yang ada di situ hanyalah lelaki yang tidak dapat dikenal pasti indentitinya. Mungkin director Replie’s Believe It or Not kot? sesekali seperti di tempat penggambaran je.

4) Gambar tidak bertarikh. Kalau dibawa ke Mahkamah PASTI ditolak kerana tidak valid (cuma dikatakan pada tahun 2005 lalu).(rujukan http://urbanlegends.about.com/library/bl_caught_stealing_bread3.htm)

KAEDAH YANG JELAS

“Hudud terbatal sekiranya ada syubuhat”

Saidina Umar membatalkan hukuman potong tangan kepada pencuri pada suatu ketika padahal sudah mempunyai bukti 100% meyakinkan (kerana hukuman potong tangan TIDAK BOLEH ada keraguan dalam pembuktiannya) tetapi BUKAN GILIS DENGAN TAYAR KERETA seperti dalam gambar tersebut . Ini kerana ketika itu berlaku krisis makanan .

KERAGUAN KES INI

Pertama : Baru berumur 8 tahun. TIDAK BOLEH dikenakan hukuman hudud kepada kanak-kanak yang belum baligh.

Kedua: Perlu juga diberi peringatan, untuk menjatuhkan hukuman islam PERLU mengikuti prosiding mahkamah seperti biasa. Bukan bermakna hukuman syariah tidak perlu masuk mahkamah lalu dijatuhkan hukuman di tepi jalan raya atau tempat parking kereta (seperti dalam gambar itu).

Ketiga : Undang-undang syariah meletakkan kaedah “membebaskan orang yang bersalah lebih elok daripada menjatuhkan hukuman kepada orang yang tidak bersalah”. Sebab itu hudud dan qisas TIDAK BOLEH ADA SEBARANG KERAGUAN SEMASA PEMBUKTIAN KES.

SEKIRANYA GAMBAR ITU BETUL

Pertama : Negara Iran (yang majoritinya syiah) yang mempunyai sumber perundangan mereka sendiri. Sumber perundangan antara syiah dan ahli sunnah wa jamaah juga mempunyai banyak perbezaan. Bahkan mereka membuat beberapa pembetulan pada al-Quran kerana Nabi Muhammad cuba ‘menyembunyikan’ beberapa surah di dalam al-Quran. Hadith pada umat islam sedunia yang paling authentic ialah al-Bukhari dan Muslim tetapi pada Syiah (khususnya Syiah Imamiah) kitab hadith yang paling utama ialah al-Kaafi iaitu kitab hadith yang menerima periwayatan ahli bait sahaja (keturunan nabi). Itu secara ringkas . (Panjang perbahasan tentang syiah ni,barangsiapa yang berminat boleh layari http://www.darulkautsar.com/ atau membaca buku-buku tentang syiah. Perlu DIINGAT, TIDAK semua orang Iran adalah Syiah). Maka dengan mengambil hujah dari Iran untuk nak menyerang Islam secara keseluruhannya bukanlah tindakan yang bijak.

Kedua : Seorang pemandu yang membawa kereta Merce atau Kanch (kancil) dalam keadaan mabuk atau dalam keadaan terlalu laju lalu eksiden, maka siapakah yang harus dipersalahkan, adakah pengilang, atau eengineer kereta atau salahkan jalanraya atau pemandu yang bersalah? Pemandu yang membawa kereta dalam keadaan yang tidak mengikut peraturan jalanraya atau tidak mengikut manual cara nak bawa kereta yang betul sebenarnya yang bersalah . Macam tu juga Islam, yang salah bukan pada agamanya, tapi pada penganutnya yang tidak mengikut ajaran Islam yang sebenarnya atau misinterprete tentang agamanya.

Dari itu duhai sekalian muslimin muslimat, tidak perlulah kita merasa gundah dengan fitnah yang tidak sudah ini.

Leave a comment »

Tuhan, Kewujudan Yang Dicari

“Ustaz, saya tidak percaya kepada kewujudan Tuhan. Tuhan yang orang semua percaya itu hanyalah metafora sahaja. Hanyalah bayangan manusia sahaja. Tidak wujud dalam dunia yang nyata” komen seorang pelajar bertanya kepada saya. ” Ia hanyalah mindsetting segelintir orang sahaja.” Tambahnya lagi.

“Hmmm, awak percaya kepada agama tak?” Saya bertanya.

“Ye, saya percaya kepada agama tapi saya tidak percaya kepada tuhan, saya hanya percaya kepada sains. Apa-apa perkara yang dapat dibuktikan dengan sains saya percaya”

Dialog di atas bukan perkara baru buat saya, bahkan sudah acap kali ditanya dan dibincangkan. Yang pastinya semua yang bertanya merupakan pelajar. Mereka mencari-cari sesuatu yang berfakta dan dapat dirasai dengan pancaindera kita. Yang betul-betul dapat diyakini kewujudannya.

Mereka, segelintir orang muda hari ini sangat ‘gelojoh’ dalam menjadi tuhan. Mengagungkan kealiman diri dalam landasan kejahilan.Mereka hanya mempercayai sesuatu yang ada dihadapan mereka sahaja, percayai sesuatu yang di dalam gelanggang ilmu mereka sahaja. Namun, hakikat sebuah kebenaran jauh dari itu….

KACA YANG DISANGKA PERMATA

“ Awak percaya kepada sains kan.Boleh tak tunjukan saya tangan awak? Lalu diangkatnya tangannya.

“Boleh tuntukan saya mata awak” Terus ditunjuknya matanya kepada saya dengan jari tunjuknya..” Kenapa ustaz,apa kaitan soalan saya dengan permintaan ustaz tu” dia bertanya kehairanan.

” Sekarang boleh tunjukkan saya nyawa awak tak” saya sedikit meninggi suara. Mungkin kerana geram barangkali dengan sikapnya yang kelihatannya seperti ego.

Tangan beliau menunjukan di dada. ” Macamana awak tahu awak ada nyawa?” Saya bertanya, berpura-pura kehairanan.

” Tentu la ustaz. Semua orang hidup ada nyawa,kalau takde nyawa tu orang mati namanya” Jawabnya sambil mencebik mulutnya.

“oooo macam tu ke. Jadi orang mati takde nyawa la ye?” Saya bertanya, ‘soalan darjah 2’.

Dia mengangguk. ” Tapi ustaz tak nampak pun nyawa awak. Kat mana ye?”. Ditunjuknya di dada lagi. ” Tapi kan,orang kalau nak cek dah mati belum selain dada kat mana lagi ye?

” Kat pergelangan tangan,ustaz” Dia menjawab. ” Oooo jadi nyawa pun kat tangan la ye?. Dia sudah mula kebingungan.

“Pernah tak awak jumpa orang yang mati yang dipotong kakinya kerana kencing manis?”

“Pernah” jawabnya

Lalu saya menambah “ Kalau begitu nyawa orang itu di mana?”

“Di kaki pun ada juga ustaz” dia menjawab

“ Pernah jumpa orang yang mati kerana sakit buah pinggang? Atau cedera di mana-mana anggota bahagian?

“ Mungkin ada ustaz”

“Kalau begitu nyawa mereka di mana”. Saya terus mengasaknya dengan pelbagai soalan.

“ Nyawa ada diseluruh badan sir”

“ Boleh tunjukan?” Dia hanya tersenyum pahit,menggeleng kepala..Tidak mampu menjawab soalan.

Hakikatnya,sains hanya mampu mengkaji apa yang telah diciptakan Allah sahaja, tidak lebih dari itu. Apakah graviti hanya wujud selepas Sir Isaac Newton menemuinya. Sebelum Isaac Newton mengkaji bumi ini tiada graviti ke? Bahkan sebenarnya, graviti telahpun wujud semenjak berkurun lamanya.

Dari itu,tidak semua perkara dapat dibuktikan dengan sains, dapat dikaji. Sakit, lapar, letih, sedih kesemuanya kita dapat merasainya..percayai kewujudannya,namun tidak dapat dibuktikan dengan mana-mana teori sains. Dan belum ada mana-mana saintis yang dapat menunjukan bagaimanakah bentuk makhluk Allah yang bernama ‘mati’ itu. Kalau minta ditunjukan jari,semua orang boleh menunjukkanya, tapi kiranya diminta tunjukan ‘sakit’ akibat jari yang terluka itu, tidak ada manusia yang boleh menunjukan ‘sakit’ itu. Sekiranya ditunjukan ditempat yang berdarah itu ialah ‘sakit’ sebenarnya salah. Itu kulit atau darah, soalannya ialah di mana sakit?

Kelihatannya seperti berfalsafah tapi inilah hakikat kejahilan manusia. Tuhan itu wujud, namun bukan upaya manusia untuk ‘melihat’ Tuhan.

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّن الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيلاً

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja. (al-Isra’: 85)

Comments (2) »