Rejab Yang Disalaherti

Pagi ini saya dijemput untuk memberikan tazkirah di Pejabat Kolej Cemara dan Cendana, Seksyen 18 dengan tajuk Beberapa Salah Faham Dalam Bulan Rejab.

Sedang saya mencari-cari bahan pagi tadi selepas Subuh, saya terjumpa dengan artikel yang menyedihkan ini. Lebih menyedihkan, ia diterbitkan di atas nama sebuah universiti awam tersohor Malaysia.

Artikel tersebut ialah tentang Fadhilat Bulan Rejab.

Berikut adalah bahan tazkirah yang saya sediakan pada pagi ini. Ia adalah bahan bacaan ringkas sebagai panduan sahaja.

BULAN REJAB.

KELEBIHAN BULAN REJAB

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.
(Surah at-Taubah: 36)

Empat bulan yang dihormati itu ialah Bulan Dzul Qaidah, Dzul Hijjah, Muharram dan Rajab.(Lihat Tafsir Ibn Kathir 4/144-150.)

Allah mewajibkan kepada semua umat Islam supaya menghormati bulan-bulan ini dan melarang berperang. Nabi SAW bersabda:

عن أبي بكرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه و سلم قال ( الزمان قد استدار كهيئته يوم خلق الله السماوات والأرض السنة اثنا عشرا شهرا منها أربعة حرم ثلاثة متواليات ذو القعدة وذو الحجة والمحرم ورجب مضر الذي بين جمادى وشعبان )
(Sahih: Sahih Bukhari 3/1168 no. 3025.)

Hadis kedua:

عن أنس يرفعه رجب شهر الله وشعبان شهري ورمضان شهر أمتي
(Maudhu’: Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah menyebut dalam kitabnya al-Manar al-Munif 1/95, hadis ini diambil daripada Ibn Jahdham dan dia dikenali sebagai orang yang selalu memalsukan hadis. Begitu juga pandangan yang diberikan oleh Imam Qaradawi dengan mengatakan hadis ini munkar dan dhaif jiddan. Lihat)

DOA APABILA MASUK BULAN RAJAB

عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا دخل رجب قال : ” اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان”.
(Dhaif: Lihat Kitab al-Adzkar lil Imam an-Nawawi 1/189 no. 541. Imam Nawawi mengatakan hadis ini diambil daripada kitab Hilyatul Auliya’ dan perawinya ada yang dhaif. Ibn Abi Bakr al-Hathami dalam kitabnya Majma’ azZawaaid wa Manba’ al-Fawaaid 2/165 perawi hadis ini Zaaidah bin Abi Ruqad telah dikategorikan Munkar oleh Imam Bukhari.)

HADIS-HADIS AMALAN BULAN RAJAB

SOLAT AR-RAGHAAIB

ما من أحد يصوم أول خميس من رجب ثم يصلي فيما بين العشاء والعتمة اثنتي عشرة ركعة يفصل بين كل ركعتين بتسليمة يقرأ في كل ركعة بفاتحة الكتاب مرة وإنا أنزلناه في ليلة القدر ثلاث مرات وقل هو الله أحد اثنتي عشرة مرة ، فإذا فرغ من صلاته صلى علي سبعين مرة يقول : اللهم صل على محمد النبي الأمي وعلى آله ثم يسجد ويقول في سجوده سبعين مرة : سبوح قدوس رب الملائكة والروح ، ثم يرفع رأسه ويقول سبعين مرة : رب اغفر وارحم وتجاوز عما تعلم إنك أنت الأعز الأكرم ، ثم يسجد سجدة أخرى ويقول فيها مثل ما قال في السجدة الأولى ثم يسأل حاجته في سجوده فإنها تقضى ”
(Maudhu’: Al-‘Iraqi dalam kitab Takhrij Ahadith Ihya’ 2/129 no. 629 mengtakan hadis ini maudhu’)

PUASA

عن الحسن قال قال رسول الله صلي الله عليه وسلم “من صام يوماً من رجب عدل له بصوم سنتين ، ومن صام النصف من رجب عدل له بصوم ثلاثين سنة”
(Dhaif: Lihat Silsilah Ahadith adh-Dhaifah wa al-Maudhu’ah lil Albani no. 4400 kerana hadis ini Mursal.)

PANDANGAN-PANDANGAN ULAMA’ BERKENAAN PUASA RAJAB.

Sheikh Abu Ra’uf al-Munawi dalam kitabnya Faidhul Qadir Syarh al-Jami’ as-Saghir Imam Nawawi mengatakan tidak ada hadis yang menyarankan agar berpuasa (Rajab-pen) dan tiada hadis yang melarangnya secara khas, maka kekal puasa secara dzatnya sunat.
(4/18.)

Imam Qaradawi mengatakan bahawasanya tiada sandaran dalil khas menyebutkan tentang kelebihan Bulan Rajab mahupun amalan-amalan tertentu di dalamnya kecuali ia ialah bulan hurum.(Lihat) Tetapi berpuasa dalam bulan-bulan hurum diterima dan dituntut.(Lihat)

KONKLUSI

1. Tiada hadis yang sahih mahupun hasan menyebut kelebihan-kelebihan bulan Rajab kecuali berkenaan ia ialah bulan hurum atau mengamalkan amalan tertentu dalam bulan ini.

2. Tiada salahnya untuk memperbanyakkan puasa bulan ini sepertimana puasa Nabi Allah Daud, puasa Isnin dan Khamis, atau puasa pada hari-hari putih bulan qamariah.

3. Beri’tiqadkan amalan-amalan khas dengan ganjaran-ganjaran tertentu daripada hadis Nabi SAW pada bulan ini boleh membawa kepada Bid’ah yang tercela.

4. Memperbanyakan amal baik pada 2 bulan terawal ini sebelum Ramadhan sebagai latihan (training ground).

p/s: Maaf pada semua pembaca. Tidak sempat untuk menterjemah hadis.

Advertisements

4 Respons so far »

  1. 1

    salam ustaz.. nk tny… hari2 putih tu ape???… kira yg puasa satu rejab semua tu takde lah.. then mcm mane nak tahu bid’ah semata-mata atau leh buat.. maksudnyer nak buat tak??? mcm mane nak ckp… kebanyakannya hadith dhaif… takyah buat ke macam mane

  2. 2

    aiman nasir said,

    ustaz tak letak terjemah hadis2 yg ustaz letak tu..huhu…tak brape faham

  3. 3

    […] Rejab Yang Disalaherti – Kembara Menuju Tuhan Sempena Bulan Rejab: Hadith Dhaif Dan Maudhu’ Seputar Bulan Rajab – Diari Seorang […]

  4. 4

    sesuatu yg menyedihkan apabila kurang pekanya masyarakat akan sumber2 syariat..sebahagian daripada amalan2 mereka tidak thu mana datang/asal usulnye..apakah jalan terbaik menegur mereka terutamanye dripada golongan tua…klu dibiarkan pun x bleh , ditegur tkut lain jadinye..


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: