Allah dan God

Dilampirkan di bawah ialah artikel yang telah saya siapkan minggu lalu. Artikel ini saya sudah siapkan sebelum kenyataan penuh Hakim Lau Bee Lan keluar untuk tatapan umum. Dari itu, mungkin dari sudut undang-undang perlu dipertimbang dan dinilai semula. Sekiranya pada artikel ini ada kebaikan manfaatkanlah, sekiranya ada kelemahan mohon bantuan untuk membetulkan. Kertas kerja asal untuk artikel ini mempunyai 90 nota kaki untuk setiap fakta yang diberikan namun dek kerana tidak mampu untuk menaip semula maka saya tinggalkan artikel ini tanpa nota kaki.

Semoga memberi manfaat. Ameen.

BAB 1

1. LATARBELAKANG ISU

Isu ini timbul apabila Ketua Paderi Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam juga bertindak sebagai penerbit bagi Herald telah memohon daripada Mahkamah Tinggi Malaysia untuk memberikan keizinan kepada pihak beliau untuk meletakkan kalimat Allah dalam akhbar mereka. Permohonan ini sudahpun difailkan di mahkamah pada 5 Disember 2007. Beliau memohon supaya penggunaan kalimah Allah tidak hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja, bahkan juga untuk penganut agama Kristian. Berikut adalah kronologi ringkas berkenaan isu tersebut.

5 Disember 2007 : The Herald menfailkan satu writ saman untuk menggunakan kalimat Allah dalam akhbar mereka.

31 Disember 2007 : Editor penerbitan, Paderi Lawrence Andrew menyatakan akhbar diberikan keizinan untuk membuat penerbitan dalam bahasa melayu dengan menggunakan perkataan Allah untuk perkataan God.

4 Januari 2008 : Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdullah Mohd Zin mengatakan The Herald dilarang untuk menggunakan perkataan Allah sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat Menteri Kabinet pada 18 Oktober dan 1 November 2006.

4 Jun 2008 : MAWIP memohon untuk menjadi pencelah dalam kes ini.

27 Jun 2008 : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pulau Pinang dan Terengganu memohon untuk mencelah.

4 Julai 2008 : Majlis Gurdwara Malaysia memohon untuk menjadi pencelah untuk kes ini (mengokong The Herald)

10 Julai 2008 : Majlis Agama Negeri Johor memohon untuk menjadi pencelah.

1 Januari 2009 : Penerbitan The Herald diberikan permit baru bersyarat.

3 Januari 2009 : Gereja Roman Katholik Malaysia menolak 3 syarat yang diletakkan oleh Menteri Dalam Negeri iaitu:
1) Tidak dibenarkan penerbitan akhbar dalam bahasa melayu sehingga mahkamah membuat keputusan berkenaan isu penggunaan lafaz Allah.
2) Akhbar hanya boleh dijual di gereja.
3) Kenyataan hanya untuk penganut Kristian hendaklah dicetak dengan jelas pada muka hadapan akhbar.

9 Januari 2009 : Kementerian Dalam Negeri memberikan keizinan untuk mencetak akhbar dalam bahasa melayu (tanpa menggunakan kalimah Allah).

22 Januari 2009 : Datuk Seri Syed Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri memberikan amaran kerana akhbar The Herald masih menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mereka.

24 Januari 2009 : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernad Dompok menyeru Menteri Dalam Negeri supaya memberikan keizinan kepada akhbar The Herald menggunakan perkataan Allah selagi ia masih dalam proses mahkamah.

27 Febuari 2009 : The Herald dibenarkan untuk menggunakan kalimah Allah.

25 April 2009 : Keputusan penghakiman dibuka untuk semakan.

29 Mei 2009 : The Herald gagal dalam permohonannya untuk mendapat perintah penangguhan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melarangnya menggunakan perkataan `Allah’ dalam penerbitan itu.

31 Disember 2009 : Mahkamah Tinggi memutuskan Herald boleh menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mereka.

BAB 2

2. ASAS ISU INI TIMBUL

Isu ini bermula pada 31 Disember 2007 apabila editor akhbar The Herald Tribune Paderi Lawrence Andrew menyatakan yang mereka diberikan kebenaran untuk menggunakan kalimah Allah dalam cetakan akhbar mereka dalam Bahasa Malaysia dan kemudiannya dibantah oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdullah Mohd Zain
Tujuan penerbitan akhbar The Herald dalam Bahasa Melayu ialah untuk suku kaum yang tinggal di timur Sabah dan Sarawak.

2.1 FOKUS ASAS ISU INI TIMBUL
Isu ini timbul apabila akhabar The Herald Tribune ingin menterjemahkan god seperti yang tercatat dalam Bible sebagai Allah ke Bahasa Melayu.

Selain itu, antara punca yang menyebabkan keputusan seperti ini dibuat ialah kerana pihak menteri gagal dalam mengemukakan bukti bahawa penggunaan perkataan itu akan mengancam keselamatan negara dan mewujudkan salah faham serta kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

BAB 3
3. DARI SUDUT BAHASA
3.1 ALLAH DAN GOD
3.1.1 ALLAH

Allah sebagaimana yang tercatat dalam kamus dalam talian (online) Oxford adalah berasal dari Bahasa Arab. . Dari itu, apabila kita ingin melihat maksud asal sesuatu bahasa hendaklah kita kembali kepada tatabahasa dan maksud asal bahasa tersebut. Rujukan asas dan paling utama Bahasa Arab ialah kitab Lisan al-Arab yang ditulis oleh Jamaluddin Abu al-Fadhl Muhammad bin Mukarram bin Ali bin Ahmad bin Abil Qasim bin Huqbah bin Ibn Manzur (yang lebih dikenali sebagai Ibn Manzur) bukan merujuk kepada Wikipedia sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah orang.

Dalam bahasa arab, perkataan asal bagi Allah ialah أله: الإلَهُ: yang bermaksud Allah ‘azza wa jalla dan juga apa-apa yang diambil selain Allah oleh penyembahnya sebagai sembahan.
Kata majmu’ bagi Aliha ialah آلِهَةٌ yang bermaksud berhala. Mereka menamakan sedemikian kerana menurut sangkaan mereka itulah yang patut disembah. Nama itu adalah menuruti sembahan mereka, bukan sebagaimana yang sepatutnya.

Allah bukanlah satu nama yang boleh kita sambungkan atau kaitkan dengan perbuatan tetapi harus untuk kita kaitkan nama Allah dengan nama-namaNya yang mulia seperti الرحمن والرحيم.
Tidak layak untuk dipanggil ilaah sehinggalah Dia disembah. Dia menciptakan hamba-hamba-Nya, memberikan rezeki dan mentadbir (alam ini). Pada-Nyalah segala kemampuan. Sekiranya tidak seperti di atas, maka bukanlah dia ilaah. Sekiranya dia masih disembah, ia adalah sesuatu yang salah.
Orang arab jahiliah menyeru sembahan mereka yang terdiri daripada berhala sebagai aalihah (آلهةً) iaitu kata majmu’ bagi ilaahah (إلاهة). Allah berfirman وآلِهَتَك ويَذَرَك iaitu berhala yang disembah oleh kaum firaun. Adapun bagi nama Allah kata asalnya ialah Ilaah (إلاهٌ) atas timbangan (wazan) fi’aal yang membawa maksud maf’uul (مفعول) kerana Allah ialah yang disembah.
Manakala Allah dalam kamus Cambridge Dictionary ialah satu kata nama (noun) bermaksud the name of God for Muslims
Manakala dalam kamus Oxford Dictionary Allah ialah the name of God among Muslims (and Arab Christians).
Jadi, jelas di sini bahawasanya Allah di sisi Arab Jahiliah dahulu merujuk kepada tuhan mereka yang terdiri daripada berhala.

3.1.2 GOD
Manakala God (dengan ‘G’ berhuruf besar) bermaksud:
Kata nama bermaksud : (in especially Christian, Jewish and Muslim belief) the being which made the universe, the Earth and its people and is believed to have an effect on all things.
: (in Christianity and other monotheistic religions) the creator and supreme ruler of the universe.

Manakala god (dengan ‘g’ berhuruf kecil) pula bermaksud:
Kata nama bermaksud: a spirit or being believed to control some part of the universe or life and often worshipped for doing so, or a representation of this spirit or being.
: Someone who is very important to you, who you admire very much, and who strongly influences you
: The gods UK informal the seats in a theatre which are at the highest level and the furthest distance from the stage. atau the gallery in a theatre.
: a superhuman being or spirit worshipped as having power over nature and human fortunes.
Contoh ungkapan (ayat) God the Father, Son, and Holy Ghost (in Christian doctrine) the persons of the Trinity.
Selain itu, ada beberapa kata nama yang berkait rapat dengan perkataan god seperti:
1) House of God yang bermaksud a church .
2) Man of God yang bermaksud a priest.
3) Sun-god yang bermaksud a god who represented the sun in some ancient religions
4) Tin god yang bermaksud someone who behaves as if they are more important or powerful than they really are
5) Lamb of God yang bermaksud in the Christian religion, a name for Christ atau a title of Jesus Christ.
Sekali imbas, seolah-olah tiada beza antara keduanya,God (dengan G berhuruf besar) dan god (dengan g berhuruf kecil). Hakikatnya di sana terdapat terlalu banyak perbezaan.

3.1.2.1 God dan god

The god of this age has blinded the minds of unbelievers, so that they cannot see the light of the gospel of the glory of Christ, who is the image of God. (2 Corinthians fasal 4 ayat 4)
Kata nama khas sepatutnya ditulis dengan huruf besar seperti Malaysia ataupun Michael. Dan tidak memerlukan tambahan ‘the’ di hadapan. Ini bermaksud god dalam Bible ada yang bermaksud tuhan umum (dengan g berhuruf kecil) dan Tuhan khusus (dengan G berhuruf besar).
Tetapi untuk perkataan Allah, tiada dalam tatabahasa Bahasa Arab perkataan Allah member maksud nakirah (umum) kerana perkataan Allah sendiri member maksud ma’rifah (khusus).
Sekiranya benar perkataan god ingin diterjemahkan sebagai Allah, bagaimana kita ingin menterjemahkan perkataan the god di atas.
Sekiranya mengatakan ia adalah kesilapan tulisan (typing error), apakah agama tersebut untuk diikuti kerana terlalu banyak kekeliruan dan kesilapan tulisan?

3.1.2.2 God dan gods
God presides in the great assembly; he gives judgment among the “gods”: (Psalm fasal 82 ayat 1)
“I said, ‘You are “gods”; you are all sons of the Most High.’ (Psalm fasal 82 ayat 6)
Dalam bahasa Inggeris gods akan diterjemahkan sebagai tuhan-tuhan dan ia bermaksud umum manakala God pula akan diterjemahkan sebagai Tuhan yang bermaksud khusus.
Jadi persoalannya di sini, siapakah God dan siapakah gods?
Dalam tatabahasa Bahasa Inggeris, kata ganti nama haruslah mengikut kata nama yang asal. Sekiranya perkataan ‘he’ itu kembali kepada ‘God’ maka sewajarnyalah menggunakan ‘He’ dan bukan ‘he’. Sekiranya ‘he’ itu kembali kepada ‘gods’, maka semakin jelaslah kesalahan dalam Bible dari sudut tatabahasa.
Sekiranya ingin menggantikan god dengan Allah, apakah Allah menerima plural (kata jamak)? Ini kerana menurut tatabahasa Bahasa Arab, Allah hanya menerima singular (kata mufrad).

3.1.2.3 God dan Goddess
“He followed Ashtoreth the goddess of the Sidonians, and Molech the detestable god of the Ammonites.” (1 Kings fasal 11 ayat 5)
“I will do this because they have forsaken me and worshiped Ashtoreth the goddess of the Sidonians… (1 Kings fasal 11 ayat 33)
There is danger not only that our trade will lose its good name, but also that the temple of the great goddess Artemis will be discredited, and the goddess herself, who is worshiped throughout the province of Asia and the world, will be robbed of her divine majesty.”
(Act fasal 19 ayat 27)
You have brought these men here, though they have neither robbed temples nor blasphemed our goddess. (Act fasal 19 ayat 37)
Dalam bahasa Inggeris ‘goddess’ bermaksud:
1. a female deity.
2. a woman who is adored, especially for her beauty.
3. a female god
Bagaimanakah kita ingin menterjemah perkataan Tuhan Perempuan bagi perkataan Allah. Sekiranya untuk God (seperti yang biasa digunakan), diambil dari perkataan Allah kerana mengakui Dialah Tuhan yang sebenar dan banyak digunapakai oleh orang arab sendiri (sekiranya itu alasannya), maka bagaimana kita nak menamakan untuk goddess iaitu Tuhan perempuan? Apakah akan menggunakan perkataan allahah (اَللهَةْ). Pastinya akan tertonjol kelemahan mereka kerana dalam bahasa Arab tiada perkataan tersebut.
Sekiranya ingin menamakan female God lalu persoalannya ialah apakah ayat-ayat di atas berkenaan Tuhan wanita, pastinya bukan sama sekali.
Sekiranya ingin menamakan goddess sebagai angel ia sudah lari daripada maksud dalam Bahasa Inggeris yang asal.
Lalu bagaimana?
Tidak cukup dengan itu, bagaimanakah anda ingin menterjemahkan ayat di bawah?

The king also desecrated the high places that were east of Jerusalem on the south of the Hill of Corruption—the ones Solomon king of Israel had built for Ashtoreth the vile goddess of the Sidonians… (2 Kings fasal 23 ayat 13)

Allah wanita yang keji atau Allah wanita yang hina? Naa’uzhu billahi min dzaalik.

3.2 KRISIS PEMAHAMAN TERHADAP MAKSUD GOD= ALLAH
Ini bagi membuktikan penterjemahan maksud God ialah Allah akan menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam. Keputusan penghakiman Datuk Lau Bee Lan adalah dirujuk.
3.2.1 Siapa dan berapakah anak Tuhan yang sebenar
As soon as Jesus was baptized, he went up out of the water. At that moment heaven was opened, and he saw the Spirit of God descending like a dove and lighting on him. And a voice from heaven said, “This is my Son, whom I love; with him I am well pleased.”
(Matthew fasal 3 ayat 16 dan 17)
Yang dilihat bertentangan dengan

Blessed are the peacemakers, for they will be called sons of God. (Matthew fasal 5 ayat 9)
Philip said, “Lord, show us the Father and that will be enough for us.” Jesus answered: “Don’t you know me, Philip, even after I have been among you such a long time? Anyone who has seen me has seen the Father. How can you say, ‘Show us the Father’? Don’t you believe that I am in the Father, and that the Father is in me? The words I say to you are not just my own. Rather, it is the Father, living in me, who is doing his work. Believe me when I say that I am in the Father and the Father is in me; …… (John: fasal 14 ayat 8-11)

Yang dilihat bertentangan dengan

that all of them may be one, Father, just as you are in me and I am in you. May they also be in us so that the world may believe that you have sent me. 22I have given them the glory that you gave me, that they may be one as we are one: I in them and you in me. May they be brought to complete unity to let the world know that you sent me and have loved them even as you have loved me. (John fasal 17 ayat 21-23)

3.2.2 Siapakah Tuhan yang sebenar

Now this is eternal life: that they may know you, the only true God, and Jesus Christ, whom you have sent. (John fasal 17 ayat 3)
“When he looks at me, he sees the one who sent me.” (John fasal 12 ayat 45)
“that all of them may be one, Father, just as you are in me and I am in you. May they also be in us so that the world may believe that you have sent me.” (John fasal 17 ayat 21)
You were shown these things so that you might know that the LORD is God; besides him there is no other. (Deuteronomy fasal 4 ayat 35)

“The most important one” answered Jesus, “is this: ‘Hear, O Israel, the Lord our God, the Lord is one. (Mark fasal 12 ayat 29)
Hear, O Israel: The LORD our God, the LORD is one. (Deuteronomy fasal 6 ayat 4)

Yang dilihat bertentangan dengan

Anyone who has seen me has seen the Father. How can you say, ‘Show us the Father’? Don’t you believe that I am in the Father, and that the Father is in me? The words I say to you are not just my own. Rather, it is the Father, living in me, who is doing his work. Believe me when I say that I am in the Father and the Father is in me; ……
(John: fasal 14 ayat 8-11)
3.2.3 Adakah Jesus dan Tuhan itu bersatu?

“I and the Father are one.” (John fasal 10 ayat 30)

Yang dilihat bertentangan dengan

About the ninth hour Jesus cried out in a loud voice, “Eloi, Eloi, lama sabachthani?”—which means, “My God, my God, why have you forsaken me?”
(Matthew fasal 27 ayat 46)
Now this is eternal life: that they may know you, the only true God, and Jesus Christ, whom you have sent. (John fasal 17 ayat 3)

Heaven and earth will pass away, but my words will never pass away. No one knows about that day or hour, not even the angels in heaven, nor the Son, but only the Father.
(Mark fasal 13 ayat 31,32)
“Give us today our daily bread.Forgive us our debts, as we also have forgiven our debtors.” (Matthew fasal 6 ayat 11, 12)

3.2.4 Adakah hanya mempunyai seorang anak sahaja iaitu Jesus?

As soon as Jesus was baptized, he went up out of the water. At that moment heaven was opened, and he saw the Spirit of God descending like a dove and lighting on him. And a voice from heaven said, “This is my Son, whom I love; with him I am well pleased.”
(Matthew fasal 3 ayat 16 dan 17)
Yang dilihat bertentangan dengan

and Jacob the father of Joseph, the husband of Mary, of whom was born Jesus, who is called Christ. (Matthew fasal 1 ayat 16)
Then say to Pharaoh, ‘This is what the LORD says: Israel is my firstborn son, 23 and I told you, “Let my son go, so he may worship me.” But you refused to let him go; so I will kill your firstborn son.’ ” (Exodus fasal 4 ayat 22, 23)

..because I am Israel’s father, and Ephraim is my firstborn son.
(Jeremiah fasal 31 ayat 9)

3.2.5 Adakah Roh Kudus (Holy Spirit) itu ialah Roh Tuhan?

This is how the birth of Jesus Christ came about: His mother Mary was pledged to be married to Joseph, but before they came together, she was found to be with child through the Holy Spirit. (Matthew fasal 1 ayat 18)

But after he had considered this, an angel of the Lord appeared to him in a dream and said, “Joseph son of David, do not be afraid to take Mary home as your wife, because what is conceived in her is from the Holy Spirit. (Matthew fasal 1 ayat 20)

Yang dilihat bertentangan dengan

This proposal pleased the whole group. They chose Stephen, a man full of faith and of the Holy Spirit; also Philip, Procorus, Nicanor, Timon, Parmenas, and Nicolas from Antioch, a convert to Judaism. (Acts fasal 6 ayat 5)

We are witnesses of these things, and so is the Holy Spirit, whom God has given to those who obey him.” (Acts fasal 5 ayat 32)
When Elizabeth heard Mary’s greeting, the baby leaped in her womb, and Elizabeth was filled with the Holy Spirit. (Luke fasal 1 ayat 41)

3.2.6 Isa adalah anak Tuhan kerana terdapat mukjizat kenabian padanya

Sekiranya dikatakan yang Jesus anak Tuhan kerana dapat menghidupkan orang yang sudah mati, maka Nabi Ilyas berkali ganda hebat kerana tulangnya sahaja apabila bersentuhan dapan menghidupkan orang mati.

Once while some Israelites were burying a man, suddenly they saw a band of raiders; so they threw the man’s body into Elisha’s tomb. When the body touched Elisha’s bones, the man came to life and stood up on his feet. (2 King fasal 13 ayat 21)
Nabi Ilyas hanya perlu berdoa untuk menghidupkan orang yang sudah mati

The LORD heard Elijah’s cry, and the boy’s life returned to him, and he lived.
(1 King fasal 17 ayat 22)
Bukan sahaja Jesus mampu mengubati orang sakit, bahkan Nabi Allah Ilyas.

“And Elisha prayed, “O LORD, open his eyes so he may see.” Then the LORD opened the servant’s eyes, and he looked and saw the hills full of horses and chariots of fire all around Elisha. (2 King fasal 6 ayat 17)

Bahkan Nabi Ilyas juga mampu mengubati orang berpenyakit kusta.

Elisha sent a messenger to say to him, “Go, wash yourself seven times in the Jordan, and your flesh will be restored and you will be cleansed.” But Naaman went away angry and said, “I thought that he would surely come out to me and stand and call on the name of the LORD his God, wave his hand over the spot and cure me of my leprosy. ( Kings fasal 5 ayat 10,11)

3.2.7 Kepelikan Jesus adalah Tuhan

Mengikuti arahan iblis

“The devil led him up to a high place and showed him in an instant all the kingdoms of the world.” (Luke fasal 4 ayat 5)

3.2.8 Jesus adalah anak Tuhan kerana lahir tanpa bapa

Jesteru, bagaimana pula sekiranya ada orang yang lahir tanpa bapa dan ibu, pasti mereka lebih layak menduduki kerusi ketuhanan.

“This Melchizedek was king of Salem and priest of God Most High. He met Abraham returning from the defeat of the kings and blessed him, 2and Abraham gave him a tenth of everything. First, his name means “king of righteousness”; then also, “king of Salem” means “king of peace.” 3Without father or mother, without genealogy, without beginning of days or end of life, like the Son of God he remains a priest forever.” (Hebrew fasal 7 ayat 1,2,3)

3.3 Hakikat Ketuhanan dalam agama Kristian beriman kepada Tuhan yang Esa

Now this is eternal life: that they may know you, the only true God, and Jesus Christ, whom you have sent. (John fasal 17 ayat 3)

You were shown these things so that you might know that the LORD is God; besides him there is no other. (Deuteronomy fasal 4 ayat 35)

“The most important one” answered Jesus, “is this: ‘Hear, O Israel, the Lord our God, the Lord is one. (Mark fasal 12 ayat 29)
Hear, O Israel: The LORD our God, the LORD is one. (Deuteronomy fasal 6 ayat 4)

“Acknowledge and take to heart this day that the LORD is God in heaven above and on the earth below. There is no other” (Deuteronomy fasal 4 ayat 39)

Dan banyak lagi kekeliruan yang saya kirakan belum terjawab sekiranya kita menerima terjemahan bagi God ialah Allah. Apa yang disebutkan di atas hanyalah beberapa contoh kekeliruan asas dalam agama Kristian.

KESIMPULAN BAB

Terlalu banyak konflik dan komplikasi yang berlaku sekiranya menterjemahkan maksud god dalam Bible sebagai Allah. Dari itu, saya menyeru kepada pihak yang terbabit, kembalikan kepada asal tujuan iaitu ingin menterjemahkan god ke dalam bahasa Melayu, maka gunakanlah maksud asalnya iaitu tuhan. Ini dari sudut pandang bahasa, bukan sudut pandang undang-undang. Sekiranya prinsip ini dipegang, maka tidak akan berlaku sebarang konflik di dalam Negara kita.

Saya juga khuatir kalau-kalau di sana ada agenda lain yang tersembunyi yang tiada orang lain yang tahu selain mereka dan Allah sahaja.Barangkali kenyataan Webley Disim, yang juga Yang Dipertua Dewan Usahawan Bumiputera Sabah dan Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun yang menyatakan tujuan isu ini dibangkitkan ialah untuk mengajak orang Islam masuk Kristian.

BAB 4

DARI SUDUT NASH DALAM ISLAM

4.1 ULAMA’ YANG MELARANG
Antara ulama’ dan golongan yang berpendapat sebegini ialah Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Fatwa Negeri Perak (yang telah bersidang pada 17 Julai 2008 bersamaan 14 Rejab 1429) Majlis Agama Islam Negeri Johor , Pulau Pinang, Terengganu dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

4.2 ULAMA’ YANG MEMBENARKAN
Antara ulama’ dan golongan yang termasuk dalam kelompok ini ialah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Dr Asri Zainal Abidin bekas Mufti Perlis , The Islamic Society of North America (ISNA) dan bekas Presiden ABIM Dr Muhamad Nur Manuty .

4.3 DALIL DAN HUJJAH DARI GOLONGAN YANG MELARANG
4.3.1 Penggunaan kalimah Allah kepada umat Kristian atau bangsa-bangsa yang lain adalah tidak bertepatan dan selari dengan prinsip-prinsip al-Quran, al-Sunnah dan Ijma’ kerana agama yang benar di sisi Allah hanyalah agama Islam . Firman Allah:
{إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ…}
Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah agama Islam.

Jawapan:
Tiada keraguan lagi bahawasanya agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam. Namun, isunya di sini bukanlah berkenaan agama manakah yang diterima di sisi Allah tetapi berkenaan keharusan penggunaan nama Allah untuk orang bukan Islam. Kita harus bezakan dua perkara di sini:
1- Agama yang diterima di sisi Allah: Tiada keraguan lagi, ajaran Kristian merupakan ajaran yang sesat dan tidak diterima Allah. Ini sebagaimana ditegaskan dalam ayat di atas dan beberapa ayat-ayat Allah yang lain
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ} }
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
{ …الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا….}
2- Keharusan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian. Memang diakui orang Kristian atau Nasara memang kafir dan kufur kepada Allah sebagaimana ditegaskan oleh Sheikh Yusuf Qaradawi dalam laman sesawangnya dan memang ajaran mereka menyelewang daripada ajaran Nabi Allah Isa AS, namun keharusan penggunaan ini dirakamkan dalam al-Quran dan dalam urusan tertentu terdapat pengecualian di dalamnya seperti diharuskan untuk memakan sembelihan mereka sebagaimana ditegaskan dalam
{الْيَوْمَ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حِلٌّ لَكُمْ وَطَعَامُكُمْ حِلٌّ لَهُمْ…}
Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka)
Kata Ibn Kathir “Merupakan suatu perkara yang sudahpun diijma’kan oleh para ulama’ bahawasanya sembelihan ahli kitab halal dimakan oleh muslim. Ini kerana mereka berpandangan sembelihan selain Allah adalah sesuatu yang haram dan mereka tidak menyebut dalam sembelihan mereka kecuali nama Allah, walaupun apa yang mereka i’tiqadkan tentang Allah adalah salah, Allah tetap tinggi dan suci (daripada apa yang mereka sifatkan)

Adapun memanggil Tuhan dengan nama Allah sudah tercatat dalam beberapa surah antaranya
{وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ}
Ketika engkau (Nabi Muhammad SAW) bertanya kepada orang yang mensyirikkan Allah, siapakah yang menciptakan langit dan bumi ini serta mentadbirnya, Yang menggerakkan matahari dan bulan utnuk kemaslahatan semua ciptaan Allah, nescaya semua orang yang mensyirikkan Allah itu akan berkata “Yang mencipta dan melakukan itu semua adalah Allah”, Allah berfirman “lalu apa yang membuatkan engkau berpaling dari beriman kepada Allah, tidak beribadat hanya untuk-Nya”

4.3.2 Roh Kalimah Allah bukan sekadar menjadi sebutan atau seruan atau panggilan bagi tuhan semata-mata tetapi melambangkan aqidah atau agama bagi orang yang menggunakannya .

Jawapan:
Itulah yang sepatutnya berlaku pada setiap makhluk yang bernama manusia. Namun, al-Quran menceritakan perkara itu berlaku sebaliknya kepada orang-orang yang mensyirikkan Allah. Al-Imam Ibn Jarir at-Thabari ketika mensyarahkan ayat Allah dalam Surah al-‘Ankabut ayat 61 menyebut:
{وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ}

Ketika engkau (Nabi Muhammad SAW) bertanya kepada orang yang mensyirikkan Allah, siapakah yang menciptakan langit dan bumi ini serta mentadbirnya, Yang menggerakkan matahari dan bulan utnuk kemaslahatan semua ciptaan Allah, nescaya semua orang yang mensyirikkan Allah itu akan berkata “Yang mencipta dan melakukan itu semua adalah Allah”, Allah berfirman “lalu apa yang membuatkan engkau berpaling dari beriman kepada Allah, tidak beribadat hanya untuk-Nya”
{وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ}
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak berfikir (hakikat tauhid dan pengertian syirik).
Sekiranya mereka mengatakan Allahlah yang melakukannya (menurunkan hujan), maka ucapkanlah Alhamdulillah. Tetapi orang-orang yang mensyirikkan Allah itu tidak tahu yang mana akan memberikan manfaat kepada mereka dalam urusan agama mereka dan yang mana akan memberikan mudharat. Mereka dengan kejahilan mereka menyangka dengan penyembahan mereka kepada tuhan selain Allah akan mendekatkan diri mereka dengan-Nya. Mereka tidak mengetahui bahawasanya dengan tindakan mereka ini akan membinasakan mereka serta akan mengekalkan diri mereka dalam neraka.
Begitu juga dalam Surah Luqman ayat 25.
{وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ}
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian – tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).
Begitu juga dalam Surah az-Zumar ayat 38
{وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلْ أَفَرَأَيْتُمْ مَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ…}
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang mencipta langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Katakanlah (kepada mereka): “Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu?
Ibn Kathir mengatakan bahawasanya mereka sebenarnya mengakui Allah pencipta segala makhluk, tetapi mereka menyekutukan Allah dengan menyembah sesuatu tang tidak akan memberikan manfaat mahupun mudharat.

4.3.3 Allah yang mereka serukan itu bukanlah Allah yang satu, tetapi Tuhan yang tiga .

Jawapan:
Hakikatnya mereka menyeru tuhan yang lebih dari 3, boleh rujuk kenyataan berkenaan adakah Jesus anak tuhan. Semua kita maklumi bahawasanya ketika Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, fitnah yang menigakan Allah, menisbahkan nabi Isa anak Allah sudahpun berleluasa sejak dahulu kala.
{وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ ذَلِكَ قَوْلُهُمْ بِأَفْوَاهِهِمْ يُضَاهِئُونَ قَوْلَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَبْلُ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ}
Dan orang-orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak Allah”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?
Sheikh Tantawi ketika mentafsirkan ayat {قَوْلَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَبْلُ } yang bermaksud dengan perkataan orang kafir sebelum mereka, ada pandangan mengatakan penduduk musyrikin Mekah dan sekutu-sekutu mereka mengatakan Malaikat ialah anak perempuan Allah,ada pandangan mengatakan yang dimaksudkan dengan ayat di atas ialah ahli kitab yang sezaman dengan Nabi SAW mengikuti pandangan ahli kitab sebelum mereka. Tetapi pendapat yang pertama lebih tepat.
Pengarang al-Mannar mengatakan telah kita ketahui daripada sejarah penyembah berhala di Timur dan Barat bahawasanya pegangan mengatakan anak Allah, trinity (sudahpun lama wujud). Ia berlaku dalam agam Hindu di India, di China, Jepun, Mesir dan Farsi kuno. Ini ialah fakta sejarah- yang diterangkan dalam ayat di bawah- yang menunjukan kemu’jizatan al-Quran. Fakta ini tidak diketahui oleh sesiapun dan hanya diketahui pada zaman yang sezaman dengan mereka (kalau bukan kerana mu’jizat al-Quran)
Ibn ‘Asyur berkata dalam kitabnya at-Tahrir wa at-Tanwir yang dimaksudkan dengan perkataan orang kafir sebelum mereka itu ialah orang musyrikin arab, orang Yunani dan selain dari mereka yang yang sebelum kemunculan golongan nasara.
Namun apabila al-Quran diturunkan (ketika itu mereka sudahpun berada dalam kesesatan), al-Quran masih menisbahkan panggilan Allah di kalangan nasara. Barangkali fatwa Sheikh Muhammad Amin ada menjelaskan perkara ini.
Beliau berkata Syirik orang musyrikin tidak sama dengan (syirik) ahli kitab. Adapun syirik orangmusrikin kerana mereka menyembah berhala manakala syirik ahli kitab pula mereka tidak menyembah berhala tetapi mereka syirik dari sudut keesaan pada tuhan.

4.4 DALIL DAN HUJJAH DARI GOLONGAN YANG MEMBENARKAN
Selain dari hujjah-hujjah di atas, diperturunkan beberapa nash yang menyokong golongan ini.
} وَأَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ لَئِنْ جَاءَتْهُمْ آَيَةٌ لَيُؤْمِنُنَّ بِهَا قُلْ إِنَّمَا الْآَيَاتُ عِنْدَ اللَّهِ وَمَا يُشْعِرُكُمْ أَنَّهَا إِذَا جَاءَتْ لَا يُؤْمِنُونَ {

Dan mereka pula bersumpah dengan nama Allah, dengan menegaskan sumpah mereka bersungguh-sungguh, bahawa sesungguhnya jika datang kepada mereka sesuatu mukjizat (sebagaimana yang mereka minta itu), tentulah mereka akan beriman kepadanya. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bahawa soal mendatangkan mukjizat-mukjizat itu hanyalah Allah yang menentukannya, dan kamu tidak menyedari (wahai orang-orang Islam), bahawa apabila mukjizat-mukjizat (yang mereka minta) itu datang, mereka juga tidak akan beriman.
Imam Rakhruddin ar-Razi mengatakan sebab turunnya ayat ini ialah apabila:

1. Turun ayat Allah
{ إِن نَّشَأْ نُنَزّلْ عَلَيْهِمْ مّنَ السماء ءايَةً فَظَلَّتْ أعناقهم لَهَا خاضعين }
Kalau Kami mahu, tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit, yang menjadikan mereka tunduk kepadanya.
Orang Musyrikin Mekah bersumpah sekiranya turun mukjizat (dari langit) pasti mereka akan beriman (kepada Allah) lalu turunlah ayat di atas.
2. Muhammad bin Ka’ab al-Qarazhi, golongan Musyrikin berkata kepada Nabi SAW “Engkau menceritakan kepada kami bahawasanya (Nabi) Musa membelah batu lalu terpancarlah air, (Nabi Allah) Isa menghidupkan orang mati, (Nabi) Soleh mengeluarkan seekor unta betina dari dalam bukit, maka wahai (Nabi) Muhammad tunjukanlah juga kami mukjizatmu supaya kami akan percaya kepada kamu. Maka Nabi SAW bersabda “Apa yang kamu mahu (aku tunjukan)?” maka mereka menjawab” Jadikan Safa emas” lalu mereka bersumpah untuk beriman selepas itu. Selepas Nabi SAW berdoa turunlah ayat di atas.

BAB 5

DARI SUDUT PERLEMBAGAAN MALAYSIA
5.1 PENGENALAN
Dalam bab ini, penulis hanya akan fokus dari sudut undang-undang. Untuk makluman pembaca, sewajarnya dalam penulisan artikel khususnya dalam memberi penilaian ataupun komentar berkenaan keputusan hakim, sewajarnyalah untuk merujuk kepada kertas penghakiman asal beliau. Namun, ketika artikel ini ditulis, kertas penghakiman dalam isu ini belum ditulis atau belum ditemui. Semua penghakiman hakim Datuk Lau Bee Lan saya banyak merujuk kepada kenyataan-kenyataan akhbar khususnya Bernama.

5.2 KUASA MENTERI DALAM MEMBERI ATAU MEMBATALKAN PERMIT
Pada 7 Jan, Kementerian Dalam Negeri meluluskan permit penerbitan Herald bagi tempoh 1 Jan sehingga 31 Dis 2009, dengan syarat perkataan “Allah” tidak digunakan di dalamnya dan perkataan “Terhad” mesti dicetak pada muka depan majalah mingguan itu yang hanya boleh diedarkan kepada penganut Kristian serta di gereja sahaja.
Menteri Dalam Negeri (selepas ini akan disebut MDN) mempunyai kuasa mutlak dalam melulus atau tidak meluluskan sesebuah permit dan mesin cetak. Ini dengan merujuk kepada Akta 301 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan Akhbar 1984, dalam bahagian 3 berkenaan permit untuk menerbitkan akhbar, Seksyen 6. Pemberian permit adalah menyatakan seperti berikut:
(1) Menteri boleh menurut budi bicaranya yang mutlak memberi –
(a) kepada mana-mana orang suatu permit untuk mencetak dan menerbitkan akhbar di Malaysia; atau
(b) kepada mana-mana tuan punya mana-mana akhbar di Singapura suatu permit membenarkan akhbar itu diimport, dijual, dikelilingi atau diedar di Malaysia.
(2) Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan atau menggantung sesuatu permit selama sesuatu tempoh yang difikirkannya mustahak.
Menteri juga mempunyai kuasa mutlak untuk melulus, tidak meluluskan atau menggantung lesen untuk menggunakan mesin cetak dalam bahagian 2 berkenaan pelesenan mesin cetak. Dalam Seksyen 3 perkara yang menyentuh berkenaan lesen untuk menggunakan mesin cetak menyatakan seperti berikut:
(3) Menteri boleh menurut budi bicaranya memberi kepada mana-mana orang suatu lesen bagi menyimpan untuk digunakan atau mengguna mesin cetak selama suatu tempoh sebagaimana dinyatakan dalam lesen itu dan dia boleh menurut budi bicaranya menolak mana-mana permohonan untuk mendapatkan lesen atau boleh pada bila-bila masa membatalkan atau menggantung lesen itu selama sesuatu tempoh yang difikirkannya mustahak.
Dalam bahagian 4 berkenaan kawalan hasil penerbitan tak diingini, seksyen 7 yang menyentuh tentang hasil penerbitan tak diingini turut memberikan kuasa mutlak kepada MDN untuk membuat keputusan.
(1) Jika Menteri berpuas hati bahawa apa-apa hasil penerbitan yang mengandungi apa-apa makalah, karikatur, fotograf, laporan, nota, tulisan, bunyian, musik, kenyataan atau apa-apa perkara lain yang mengikut apa jua cara adalah memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, perhubungan dengan mana-mana negara atau kerajaan asing, atau yang berlawanan atau mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara, dia boleh menurut budi bicaranya yang mutlak melalui perintah yang disiarkan dalam Warta melarang, sama ada secara mutlak atau dengan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan, pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan itu.
Selain itu, bahagian 5 berkenaan perkara pelbagai, seksyen 13 yang menyentuh perkara pembatalan, penggantungan dan pemindahan lesen atau permit juga memberikan kuasa mutlak kepada Menteri untuk membuat keputusan secara mutlak.
(1) Tanpa menjejaskan kuasa-kuasa Menteri untuk membatal atau menggantung lesen atau permit di bawah mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, jika Menteri berpuas hati bahawa mana-mana mesin cetak yang berkenaan dengannya lesen itu telah dikeluarkan adalah digunakan untuk mencetak mana-mana hasil penerbitan yang memudaratkan ketenteraman awam atau keselamatan negara atau bahawa mana-mana akhbar yang berkenaan dengannya permit telah dikeluarkan mengandungi
apa-apa jua yang memudaratkan ketenteraman awam atau keselamatan negara, dia boleh membatalkan lesen atau permit itu tanpa memberi peluang kepada orang yang lesen atau permit itu dikeluarkan kepadanya untuk menunjukkan sebab mengapa lesen atau permit itu tidak patut dibatalkan.
Dalam bahagian yang sama, seksyen 13A menyentuh berkenaan keputusan menteri adalah muktamad sangat jelas memperuntukan kuasa menteri sebenarnya adalah mutlak dan seolah-olahnya menggambarkan keputusan menteri tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah di Malaysia.
(1) Apa-apa keputusan Menteri untuk menolak daripada memberikan atau untuk membatalkan atau menggantung sesuatu lesen atau permit adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah atas apa-apa jua alasan pun.
(2) Bagi maksud seksyen ini “keputusan” termasuklah apa-apa perintah atau arahan yang dibuat oleh Menteri di bawah Akta ini.
Dari itu, saya secara peribadi berpandangan, keputusan Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam untuk menfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Kementerian Dalam Negeri berkenaan penggunaan kalimah Allah merupakan satu percubaan yang berani. Sikap mereka yang konsisten (ulangan sikap mereka yang konsisten, bukan menyokong perjuangan mereka) memperjuangkan perkara ini haruslah kita sekalian umat islam pelajari dan amalkan dalam kehidupan seharian. Walaupun mereka tahu kuasa menteri sebenarnya mutlak, tetapi mereka tetap berusaha.

5.3 KENAPA PIHAK EDITOR MEMOHON UNTUK SEMAKAN KEPUTUSAN MENTERI
Walaupun menteri di berikan kuasa penuh dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, ia masih tidak mampu untuk mengatasi kuasa Perlembagaan Malaysia yang merupakan undang-undang utama persekutuan. Dalam perkara 4 (1) perlembagaan persekutuan menyebutkan:
Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.
Dari itu, dalam perkara 11 (3) (a) menyatakan kebebasan untuk agama kristian menguruskan urusan agama mereka:
Tiap-tiap kumpulan agama berhak—
(a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;

Dan tujuan menggunakan perkataan Allah bagi menggantikan god sebagaimana yang dinyatakan oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan bukanlah bertujuan untuk menyebarkan da’yah kepada umat Islam di Negara ini tetapi bertujuan menguruskan hal ehwal agama mereka.
Dalam perkara 12 (2) dan (3) yang menyentuh berkenaan hak pendidikan menyatakan seberti berikut:
Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.

Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.
Selain itu, Hakim Datuk Lau Bee Lan juga merujuk kepada perkara 10 (1) (a)berkenaan kebebasan bercakap, berkumpul dan berpersatuan yang menyaakan seperti berikut:
tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara

5.4 KELEMAHAN ADALAH DATANG DARI PIHAK KITA
Dalam pada kita menunjukan jari menghalakan kepada musuh dengan menyatakan mereka ada agenda tersembunyi, berniat jahat, cuba mengganggu gugat ketenteraman awam dan sebagainya, ada baiknya sekali sekala kita menginsafi, di sebalik jari telunjuk yang melurus, masih ada tiga jari yang membengkok menghalakan kepada diri. Benar tanpa menafikan kenyataan di atas, sewajarnya dalam nak mengubati penyakit hendaklah melihat dari seluruh aspek, bukan hanya dari satu atau dua aspek sahaja.
Cuba baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Hakim Lau Bee Lan,antara punca yang menyebabkan keputusan seperti ini dibuat ialah kerana:
1. pihak menteri gagal dalam mengemukakan bukti bahawa penggunaan perkataan itu akan mengancam keselamatan negara dan
2. (pihak menteri gagal dalam mengemukakan bukti bahawa penggunaan perkataan itu akan) mewujudkan salah faham serta kekeliruan dalam kalangan umat Islam.
Ini kerana alasan yang diberikan oleh KDN ketika mengemukakan larangan menggunakan perkataan Allah dalam surat bertarikh 7 Januari adalah atas alasan demi keselamatan negara dan mengelak salah faham serta kekeliruan dalam kalangan umat Islam.
Sewajarnya seluruh umat Islam mengambil pengajaran dari perkara ini. Mungkin ketika kita, umat Islam di Malaysia memegang tampuk kuasa, kita boleh mewajarkan semua tindak tanduk kita ketika membuat keputusan terhadap sesiapa sahaja (dalam isu ini terhadap bukan Islam), tanpa memikirkan dan menyediakan fakta dan hujjah yang kukuh dan jitu. Sedangkan perkara itu jelas bercanggah dengan asas Islam yang berdiri di atas fakta dan hujjah yang jitu dan kukuh.
Firman Allah Taala dalam Surah al-Baqarah: 111
{وَقَالُوا لَنْ يَدْخُلَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ كَانَ هُودًا أَوْ نَصَارَى تِلْكَ أَمَانِيُّهُمْ قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ}
“Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: “Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani”. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar”.
Begitu juga dalam surah-surah yang lain seperti Surah al-Anbia’: 24
{أَمِ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ آَلِهَةً قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ هَذَا ذِكْرُ مَنْ مَعِيَ وَذِكْرُ مَنْ قَبْلِي….}
“Patutkah mereka menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah keterangan dan bukti kamu; kandungan Al-Quran ini menjadi peringatan dan bukti tauhid umatku, juga peringatan dan bukti tauhid umat-umat yang dahulu daripadaku”.
Juga boleh merujuk Surah an-Naml ayat 64 dan Surah al-Qasas ayat 75 untuk perkara yang sama.
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ…}}
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik…”
(Surah an-Nahl: 125)

5.5 KEWAJARAN YANG TERLINDUNG
Penulis berpandangan sungguhpun Hakim Lau Bee Lan mempunyai kuasa untuk membuat keputusan berkenaan isu ini dengan merujuk kepada beberapa perkara dalam perlembagaan, namun lebih cermat kiranya hakim meneliti hak keistimewaan Islam yang diperuntukan dalam Perlembagaan Malaysia dan kesan sebaliknya sebelum membuat keputusan.
Benar, Hakim membuat keputusan berasaskan kepada perkara 11 (3) (a), 12 (2), (3), 10 (1) (a), namun ini bukan isu berkenaan dengan pengurusan agama mahupun hak pendidikan agama masing-masing sahaja , tetapi melibatkan pertindihan penggunaan nama Allah antara Islam dan Kristian. Jadi, Perlembagaan Malaysia secara asasnya memberikan hak eksklusif kepada Islam berbanding agama lain dalam negara ini.
Dari itu, penulis berpendangan sewajarnya Allah diberikan hak esklusif hanya untuk umat Islam. Ini kerana dalam Perlembagaan Malaysia banyak perkara yang diperuntukan di dalamnya memberikan kelebihan kepada Islam dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti hubungan Yang Dipertuan Agong dengan Islam serta Melayu dan Islam. Selain melihat hanya kepada beberapa peruntukan perlembagaan, harus dilihat juga penggunaan tersebut dari sudut bahasa, apakah ada kewajaran. Setakat penelitian saya dari sudut bahasa, tuntutan mereka untuk menggunakan perkataan Allah tidak berlandaskan kepada hujjah yang kukuh.

5.5.1 ISLAM DALAM KERANGKA PERLEMBAGAAN
Perkara 3 (1) perlembagaan persekutuan menyebut:
Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
Artikel 11 perlembagaan persekutuan adalah berbunyi seperti berikut:
Perkara 11. Kebebasan beragama.
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

Manakala fasal (4) adalah berbunyi seperti berikut:

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

5.5.2 HUBUNGAN MELAYU DAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN
Manakala dalam Perkara 160 (2) berkenaan tafsiran perlembagaan menyebutkan orang melayu
ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan—
(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau

(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian;

5.5.3 HUBUNGAN YANG DIPERTUAN AGONG DAN MAJLIS RAJA-RAJA DAN ISLAM DALAM KERANGKA PERLEMBAGAAN

Ketua bagi agama Islam di Malaysia ini ialah Yang diPertuan Agong sebagaimana yang ditekankan dalam perkara 3 (2), (3) dan (5):
(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.

(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

5.5.4 KETENTERAMAN AWAM
Sebagaimana yang disepakati umum, hakikatnya tidak wujud di dunia ini hak kebebasan secara mutlak. Begitu juga dengan isu ini. Dalam Perlambagaan Malaysia, setiap kebebasan yang diberikan akan diikat dengan keutamaan pada ketenteraman awam dan kestabilan negara.
Dalam perkara 10 (2) Perlembagaan Persekutuan berkenaan kebebasan bercakap, berkumpul dan berpersatuan menyatakan
Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—
(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;

Perkara 11 (5) yang menyentuh berkenaan kebebasan beragama juga boleh dirujuk tentang perkara yang sama
Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.
Perkara berkaitan dengan ketenteraman awam ini boleh dirujuk beberapa kes di bawah:

1. Serangan ke atas Gereja Assumption di Jalan Templer, Petaling Jaya.
2. Serangan ke atas Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati Kuala Lumpur.
3. Serangan ke atas Gereja Life Chapel di Sektion 17 Petaling Jaya.
4. Sekurang-kurang 4 NGO (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) (Pekida), PPIM, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Belia 4B dan dijangka 13 lagi NGO lain akan menyertai sama ) telah dan merancang untuk mengadakan demonstrasi.
5. Mewujudkan situasi yang tidak aman di kalangan masyarakat. Jikalau ditinjau sahaja dalam Facebook, lebih dari 231 928 menyertai kumpulan bantahan penggunaan nama Allah di kalangan penganut agama Kristian.
6. Menyebabkan pihak istana khususnya daripada Sultan Selangor yang terpaksa campurtangan dalam isu ini.
7. Bantahan daripada parti politik seperti Pemuda UMNO ,parti yang berasaskan Islam, Parti Islam Semalaysia (PAS) serta NGO Islam seperti TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS) .
Penulis percaya, semua peristiwa di atas merupakan implikasi daripada bantahan keputusan Halim Lau Bee Lan. Penulis juga berharap kes ini yang akan dibacakan semula nanti akan mengambil kira semua perkara di atas.
Selain itu, kenyataan daripada Webley Disim, yang juga Yang Dipertua Dewan Usahawan Bumiputera Sabah dan Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun yang menyatakan tujuan isu ini dibangkitkan ialah untuk mengajak orang Islam masuk Kristian adalah sesuatu yang amat serius dan harus diambil perhatian oleh semua pihak berwajib dalam Negara kita. Ini kerana ia dilihat bertentangan dengen perkara 11 (4) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan

Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Semua pihak yang terlibat dalam kenyataan di atas harus membuat penjelasan tentang perkara sebenar. Ia menyentuh keagungan dan kehormatan perlembagaan Malaysia. Ini kerana, sekiranya kenyataan di atas benar, maka pihak yang terbabit harus dibawa ke muka pengadilan, sekiranya tidak benar, pihak yang dituduh haruslah mengambil tindakan undang-undang untuk membersihkan nama mereka.

6. KEMASLAHATAN RAKYAT MALAYSIA
Berkenaan dengan perkara ini saya akan merujuk kepada beberapa perkara. Antaranya berkenaan dengan silibus pendidikan islam di Negara kita, situasi rakyat Malaysia beragama Islam

6.1 SILIBUS PENDIDIKAN ISLAM DALAM NEGARA KITA
Sesuatu yang tidak dapat kita nafikan ialah silibus pendidikan termasuk pendidikan Islam di Malaysia terlalu berorientasikan peperiksaan. Ramai pelajar termasuk silibus pendidikan hanya membincangkan berkenaan cara menjawab peperiksaan, cara untuk mendapat markah yang tinggi dan sebagainya. Berkaitan dengan isu yang kita sedang bincangkan kita tidak punyai silibus khas untuk belajar tentang aqidah secara mendalam apatah lagi berkaitan dengan perbandingan agama. Bahkan silibus ini tidak pernah wujud untuk peringkat sekolah menengah apatah lagi sekolah rendah.

Sekiranya kita menerima penterjemahan god sebagai Allah, bagaimanakah kita akan mendepani persoalan anak watan untuk menjelaskan tentang kenyataan
“Allah kita (Islam dan Kristian) sama sahaja. Kristian mengamalkan monotheism begitu juga Islam”

6.2 SITUASI RAKYAT MALAYSIA BERAGAMA ISLAM
Kerisauan ini semakin berasas apabila kita melihat statistik hedonism dan krisis akhlak serta budaya dalam Negara kita yang banyak didominasi oleh orang melayu beragama Islam.

Budaya merempit yang dikatakan menghampiri 100 000 orang didominasi oleh remaja melayu .
Budaya Black Metal atau budaya seni songsang yang kencing atas quran, berzina atas Quran dan sebagainya adalah masalah orang melayu beragama Islam .
Kes remaja yang melarikan diri dari rumah atas pelbagai alasan dari Januari 2007-Julai 2007 berjumlah 759 kes, juga didominsi oleh orang melayu iaitu berjumlah 616 kes (497 remaja wanita dan 119 remaja lelaki) .
Kes sumbang mahram pada tahun 2002 banyak disumbang oleh orang melayu beragama Islam dengan jumlah sebanyak 974 kes.
Kes penderaan anak samada secara fizikal, seksual mahupun emosi pada tahun 2005 mencatat angka 1 800 orang
Untuk kes pelacuran bagi tahun 2003, penyumbang terbanyak ialah wanita melayu beragama Islam iaitu sebanyak 60 peratus termasuk yang baru berumur 15 tahun.
Kes rogol juga semakin meningkat sebanyak 5% setahun demi setahun bermula tahun 2000. Lebih membimbangkan kes rogol di Malaysia ialah kedua terbanyak di rantau ini dengan purata 0.005 kes bagi setiap 1 000 orang penduduk.
Kes penagihan dadah yang menurut kata bekas Menteri Besar Kedah pada tahun 2006, rakyat Malaysia berbangsa Melayu beragama Islam menyumbang sebanyak 98%.

7. PANDANGAN TERPILIH
1. Setelah dibentangkan semua hujjah-hujjah di atas, maka jelaslah mengikut hemat saya tindakan Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri adalah amat tepat. Nama Allah adalah hak eksklusif umat Islam. Ia mencerminkan akidah dan pegangan umat Islam. Ia mencerminkan keSATUan Allah.
2. Ia tidak bererti umat Islam di Malaysia akan memandang serong, sinis, menganaktiri rakan-rakan dari agama Kristian dan sebagainya. Islam menekankan untuk memberikan hak kepada sesiapa pun yang mempunyai hak. Sekiranya penganut agama Kristian memerlukan gereja untuk urusan pengibadatan mereka,maka pemerintahan Islam wajib untuk menunaikannya (dengan mengambil kira pertimbangan pemerintah)
3. Selain itu, kaedah سد الدريعة amat sesuai untuk diaplikasikan pada masa ini. Melihat kepada fakta di atas, membenarkan penganut agama Kristian menggunakan kalimah Allah hanya akan mambawa kepada konflik dan krisis yang tiada kesudahan.

8. SARANAN

1. Hidup dengan aman damai sebagaimana sebelum ini. Kita harus objektif, kita mungkin tidak selari dan tidak sependapat dalam isu ini, namun ia tidak bermakna dalam urusan urusan lain kita tidak boleh bekerjasama. Urusan membangunkan Negara, urusan kemasyarakatan, urusan pentadbiran di organisasi masing-masing dan sebagainya.
2. Jangan terlalu beremosi dan melampau dalam berhujjah dan bertindak. Membakar gereja bukan satu tindakan yang bijak. Ia akan mengguris hati rakan kita yang beragama Kristian. Ia juga tidak mampu untuk menarik hati dan jiwa mereka untuk mendekati Islam. Islam bukan sahaja melarang bertindak semikian rupa, bahkan Islam melarang untuk mencaci orang bukan Islam tanpa berpaksikan kepada hujjah yang kukuh (lihat Surah al-An’am 109).
3. Adakan diskusi dan perjumpaan tertutup dari kalangan agamawan dalam agama masing-masing. Ini kerana isu ini melibatkan kepakaran dalam bidangnya. Menggunakan media tidak dapat menyelesaikan banyak perkara bahkan boleh menimbulkan bibit permusuhan serta kekecewaan.
4. Dalam menyelesaikan sesuatu kemelut, selain dari menggunakan kuasa yang ada di tangan, kuasa untuk mendatangkan hujjah dan berbinang secara ilmiah juga perlu diambil tindakan secara bersama. Ini kerana dengan hanya menggunakan kuasa, lalu mengarahkan supaya mulut ditutup hanya akan mendatangkan barah yang boleh membunuh.

Mohamad Ridhauddin bin Mohd Salleh,
18 Januari 2010
2.38 pagi

Advertisements

2 Respons so far »

  1. 1

    rasydan said,

    salam alaikum ustaz,
    terima kasih atas artikel yang padat dan mantap. sy izin copy untuk pengisian usrah ya. jazakallahu khair. 🙂

  2. 2

    didie said,

    salam alaik..
    huu..lama benar saya tak menjengah ke blog ustaz ni..
    Hmm..panjang betul artikelnye,saya bace skip2 je.hehe..
    Anyways, teruskan bekerja ustaz.Doakan kami, mata rantai yang masih mentah ini menimba dari orang berpengalaman seperti ustaz.Kirim salam kat zaujah n baby. Salam perantau.hehe


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: