PESTA BUKU NEGERI SELANGOR 2009

Pesta Buku Negeri Selangor

Alhamdulillah semalam (2 hari yang lalu) saya berjaya untuk menghadirkan diri  ke Pesta Buku Negeri Selangor (PBNS)2009.

Asal agendanya tiada dalam rancangan saya untuk hadir ke PBNS ini kerana hujung minggu ini saya perlu memenuhi beberapa jemputan program, namun oleh kerana pelajar UiTM dan INTEC diberikan cuti disebabkan virus H1N1 yang semakin merebak, maka saya pun turut ‘bercuti’.

Berikut adalah senarai buku yang saya beli.

images1

  • WANTED: EQUALITY AND JUSTICE IN THE MUSLIM FAMILY Edited by Zainah Anwar (261 muka surat).
  • Buku yang saya beli tanpa berfikir panjang.
  • Untuk mengetahui hujjah golongan liberalis dan feminis berkenaan isu yang berkenaan.
  • Untuk mengetahui pandangan dari sumber utama bukan dari cakap-cakap orang. Baginda SAW memberikan peringatan:

عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ »

Hafs bin ‘Asim meriwayatkan bahawasanya Baginda SAW ada bersabda “ Cukuplah seseorang itu (dikira) menipu apabila dia (menyambung) cerita yang dia dengari.

(Sahih: Sahih Muslim jilid 1 m/s 12)

images2

  • Bertujuan untuk mengetahui tentang KONTRAK SOSIAL oleh Abdul Manaf Haji Ahmad (KS-355 mukasurat).
  • Ingin mengetahui tentang isu yang sebenar. Ini kerana mengikut Penasihat Perundingan Kebangsaan Melayu, Tan Sri Abd. Aziz Abd. Rahman KS tiada kaitan dengan mana-mana kaum tetapi Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam, pakar sejarah mengatakan sebaliknya.
  • Itulah manusia, apabila berjuang atas titik bangsa, merasa hebat kerana bangsa akan sukar mencari makna kemuliaan beragama. Sedangkan junjungan sudah berpesan

….لا فضل لعربي على أعجمي ولا لعجمي على عربي ولا لأحمر على أسود ولا أسود على أحمر إلا بالتقوى…..

…..Tiada kelebihan orang Arab ke atas orang ‘Ajam (selain arab), dan begitu juga sebaliknya, tiada kelebihan orang yang kemerah-merahan ke atas orang hitam dan begitu juga sebaliknya kecuali dengan perbezaan taqwa…..

(Sahih: Musnad Ahmad bin Hanbal jilid 5 m/s 411. Komentar Sheikh Syu’aib al-Arnaouth sanadnya sahih)

images3

  • MUKADDIMAH IBN KHALDUN (845 muka surat)
  • Mahu membaca sendiri teori ilmu sosiologi dan ilmu ketamadunan (umran) dari sumber yang utama.

images5

  • KONSEP HAK ASASI MANUSIA OLEH NORAIHAN ZAKARIA (227 muka surat)
  • Ingin mengetahui hak asasi manusia melalui perspektif barat. Ini kerana mereka mengatakan Islam menafikan hak asasi manusia. Setakat sepintas lalu membacanya sebelum membeli buku ini, barat ini sepertinya ayam berkokok, ekornya penuh dengan tahi atau membaling batu sembunyi tangan.

images4

  • Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa oleh Shakila Yacob.
  • Mitos dan khayalannya mereka merupakan contoh negara yang paling berdemokrasi dan menjunjung tinggi hak asasi manusia.
  • Ingin mengetahui sejarah dan latarbelakang Amerika Syarikat supaya tidak menceritakan kepada orang yang anjing itu ialah kucing.

Cabaran ghairah untuk membeli ilmu sudah tercapai, cuma cabaran untuk menghidang dan seterusnya menikmati sajian ilmu ini harus ditangani dengan bijaksana.

Dan bijaksini juga…..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: