Bingkisan Buat Pejuang

ceramah untuk pelajar Korea

3 hari yang lalu saya mendapat email tentang beberapa isu antaranya pandangan yang kritis beberapa orang rakan  terhadap DR Asri tentang artikel terbarunya.

Berikut adalah jawapan saya terhadap pandangan itu:

Assalamualaikum,

  1. Tulisan di bawah hanyalah lontaran pandangan ahli biasa. Mohon dibetulkan sekiranya salah.
  2. Allah Ta’ala mengutuskan Nabi Muhammad SAW untuk menyebarkan Islam (Isra’ 105, ), memberi rahmat (anbia’ 107) memberikan penjelasan tentang al-Quran (an-Nahl 64) dll.
  3. 3. Nabi datang dengan membawa akhlaq yang mulia terlebih dahulu sebelum Aqidah dan syari’ah (mengikut tafsiran muhaddithin). Sebagai umat yang memperjuangkan Islam dan sunnah Nabi SAW, SEWAJARNYALAH KITA BERAKHLAQ DENGAN AKHLAK NABI SAW samada dalam percakapan, tindakan ataupun kata-kata.
  4. Berkenaan isu yang dibangkitkan(Jika PAS sudi mendengar), sukalah saya nak menasihati diri sendiri dan rakan2, HORMATILAH ULAMA’, mereka mendapat pengi’tirafan Nabi kita, mendapat doa dari seluruh makhluk Allah.

عن أبي الدرداء  قال سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول انه ليستغفر للعالم من في السموات ومن في الأرض حتى الحيتان في البحر .(Riwayat Ibn Majah)

Carilah ruang untuk bersangka baik dengan mereka.

  1. Ambillah pendekatan Sheikh Qaradawi yang cuba berlapang dada dengan perkara yang tidak usuli.
  2. Ana akui terdapat beberapa (atau banyak) blog aktivis2 PAS yang terlalu tajam menikam seseorang ulama’ seolah-olah tiada langsung kebaikan pernah dilakukannya. Namun, tulisan Dr Asri yang seolah2 menempelak keseluruhan pimpinan adalah amat tidak wajar.
  3. Namun,cara tulisan @ gaya bahasa Dr Asri juga tidak lari daripada landasan syara’, bukti:
    1. Beliau menyebut PAS, barangkali yang beliau maksudkan ialah individu2 dalam PAS. Ini serupa dengan ayat Allah وَاسْأَلِ الْقَرْيَةَ الَّتِي كُنَّا فِيهَا وَالْعِيرَ الَّتِي أَقْبَلْنَا فِيهَا وَإِنَّا لَصَادِقُونَ.(يوسف 82) Allah tidak memaksudkan tanya kampung itu tetapi tanyakan ahli/individu dalam kampung itu. (rujuk tafsir an-Nasafi 2/84).
    2. Begitu juga Allah menggunakan term yang general untuk menceritakan tentang seseorang seperti ayat di bawah :

الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ…. (آل عمران 173)

Yang mana an-Naas yang pertama itu ialah penunggang kuda @ Nu’aim bin Mas’ud al-Asyja’ie @ golongan munafiqun manakala an-Naas kedua ialah ditujukan kepada Abu Sufyan dan bala tenteranya (boleh rujuk Tafsir Baidhawi dan fathul Qadir (kalau tak silap))

  1. Tulisan ini ialah untuk KITA. Bukan untuk membela Dr Asri (kerana ana pun kurang setuju dengan kenyataan beliau) cuma hanya PERINGATAN RINGKAS kepada para pejuang sekalian untuk memberikan sedikit ruang kepada kita semua berlapang dada dengan para alim ulama’. Agar lidah kita tidak menikam sebelum hati menilai.
  2. Perbezaan para ulama’ adalah kerana ilmu dan hujjah, perbezaan kita pelbagai puncanya.
  3. Kita ingin berjuang untuk menegakkan hukum Allah, jadi sebarang tindak tanduk, pandangan kita haruslah juga kembali kepada kalamNya dan kalam RasulNya.
Advertisements

3 Respons so far »

  1. 1

    azim (aled4 Intec 2006-2008) said,

    Salam… Ust, blog ust yg gune domain .com tu dah expired ke?

    • 2

      ridhauddin said,

      Bukan sahaja expired, bahkan ust tak tahu macamana nak renew sebab hari tu ada pelajar rusia, Faizul yang tolong buatkan domain .com tu guna password dia. Jadi sekarang tak tahu macamana nak hubungi dia. Mungkin sekarang ust guna wordpress je kot. Doakan ye..

  2. 3

    qhazanah said,

    Salamun’alaik.. Mohon kongsi dgn para jemaah sekalian..

    Ramai sgt yg sebar gambar palsu.. Ini gambar terkini dari bumi Palestine..

    [GAMBAR TERKINI] BENARKAH: Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin..?

    http://qhazanah.wordpress.com/2009/07/21/benarkah-batu-terapung-dalam-peristiwa-isra-mikraj-di-palestin/

    Syukran..


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: