Penghargaan Buat Yang Banyak Berkorban

” Selamat hari ulangtahun perkahwinan ye ummi” ucap saya pada isteri saya. Jam 1.35 minit pagi 27 Mei 2008. Semalam. Isnin.

Hari ini 27 Mei 2008 merupakan hari ulangtahun pertama perkahwinan saya Mohamad Ridhauddin Mohd Salleh dan isteri, Nur Arfah binti Abdul Sabian.

Pengembara Mencari Ruang Cinta Dalam RedhaNya

Semuanya sudah siap dirancang.

Saya sudah planning dalam minda saya hampir sebulan yang lalu untuk membuat kejutan buat isteri pada hari yang bersejarah buat kami ini. Bermula dari A sehingga Z, semuanya sudah siap dirancang, tetapi rupanya perancangan Allah mengatasi segalanya.

Alhamdulillah, seronok sangat. Semalam, isnin, kami diziarahi adik-adik Darul Quran dan berbuka puasa beramai-ramai, 20 orang lebih di rumah saya. Gembira kami suami isteri tidak terkata melihat suci dan mulusnya wajah adik-adik yang dada mereka tersimpan khazanah kalam Allah, yang hatinya hanya mendambakan cinta ilahi. Semoga kalian mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga dan umat Islam keseluruhannya.

” Hmmm ummi, sebenarnya baba ada nak buat suprise untuk ummi malam ni, tapi nampak gayanya tak sempat la ummi” bisik saya pada isteri saya semasa kami sedang menyiapkan makanan untuk santapan para tetamu.

” Babaa, ummi tak kisah pun. Sambutan ulangtahun bukannya apa-apa pun, bahkan nabi pun tak menganjurkan untuk buat. Taapi, nabi amat menganjurkan untuk kita mendidik adik-adik ini mengenal Allah, menganjurkan menjamu orang berpuasa dan menganjurkan bersahabat dengan mereka” jawab isteri saya, lembut sahaja. Terasa sejuk dada mendengar ucapan tulus dari seorang isteri yang solehah.

” Aah, ummi dah tahu ke suprise tu?” bisik hati saya. Persoalan itu saya biarkan berlalu dalam kesibukan meraikan tetamu. Itulah wanita, amat mengingati hari-hari yang bermakna dalam hidupnya. Tidak seperti ramai lelaki. Termasuk saya. Saat-saat kami berlalu dengan masing-masing kepenatan menyediakan makan dan mengemas rumah.

” Selamat hari ulangtahun perkahwinan ye ummi” ucap saya pada isteri saya. Jam 1.35 minit pagi 27 Mei 2008. Semalam. Isnin.

Itu sahaja yang yang sempat saya ungkapkan buat isteri yang tercinta ini, sebelum mata ini terlelap tanpa sedar. Namun pesananmu duhai isteri, akan kekal tersemat di hati.

Hari Ini, Ulangtahun perkahwinan

Juga hari ini saya tidak mampu untuk menjadikan hari ulangtahun perkahwinan kami bermakna buat isteri saya. Malam ini ada kuliah khas untuk menyelesaikan beberapa isu yang penting yang menyelubungi masyarakat. Kumpulan itu mengkafirkan kumpulan ini, orang itu membid’ahkan orang ini dan pelbagai lagi. Sedih melihat situasi ini berlaku dikalangan umat Islam. Selepas Isya’ pula, ada mesyuarat yang tidak mampu untuk dielakkan.

“Ya Allah, aku tidak mampu untuk memberikan apa-apa harta dunia mahupun memperuntukan waktu yang panjang buat isteriku ini. Ingin sekali untuk aku memberikannya sesuatu, namun apakan dayaku. Kudratku hanya satu. Kewajipanku beribu. Ya Allah, aku mohon padaMu dengan sesungguh-sungguhnya, engkau peliharalah isteri aku, engkau jadikan dia calon kekasihMu di dunia ini dan akhirat nanti, Engkau berikanlah dia harta akhirat untuknya. Engkau bahagiakanlah dia ya Allah. Engkaulah Maha Pemilik segalanya” rintih seorang pengembara yang lemah daya upayanya. Itulah saya.

Hanya bingkisan inilah yang saya saya mampu coretkan untuk kekasih, isteri, penasihat dan sahabat saya. Bingkisan ini hanya untuk menghargai orang yang banyak berkorban untuk saya.

Ridha (ridharster@gmail.com)

Advertisements

5 Respons so far »

  1. 1

    Dr.diDie said,

    salam alaik untuk ustaz yang dihormati..
    selamat ulang tahun buat kalian suami isteri…
    insyaALLAH..semoga kalian dijadikan bidadari dan bidadara di syurga Allah kelak…Doakan student2 ustaz yang tengah A level ni ek..huhu..
    walaupun sumenye da ditetapkan di Lauh Mahfuz,hati ni nervous gak nak exam…Apepun,sebagai manusia,hari2 pun kita exam dengan Allah..semoga cemerlang dunia Akhirat…ameen~

    oya,emm ni blog saya..tapi,ustaz jgn gelakkan tau:
    http://www.permata-solehah.blogspot.com

  2. 2

    drmuthiah said,

    salam ustaz..
    tahniah atas segalanya..
    atas kesibukan berdakwah dan ulang tahun semestinya..

    saya..bila baca kisah2 para dhu’at macam kalian..terasa amat kerdil diri..
    comot, malah cacat cela banyak sekali..
    astagfirullahal’azhim..

    moga allah memelihara dan memanjangkan umur ustaz dan isteri..
    terus mendidik kami..anak2 yg masih memerlukan sentuhan tarbiyah..

    salam dari rusia

  3. 3

    tasneem said,

    assalamualaikum wbt

    sejuk hati tgk, alhamdulillah. semoga ustaz dan isteri gembira sentiasa dan selamat mengulang tahun perkahwinan. =)

  4. 4

    mira said,

    salam. tak tahu pun abang ridha dah kawin :p

  5. 5

    amirah fatin said,

    Ya Allah
    sejuknye hati sy mmbce tulisn ustaz ni…..

    InsyaAllah, smg Allah pertemukn saya dng seseorg spt ustaz…hihiii


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: