Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan

Hari ini 1 Mei 2008,Hari Pekerja. Cuti. Ketika saya sedang berehat di anjung rumah, menikmati teh sambil melihat panorama alam. Satu pasangan melintasi kawasan hadapan rumah saya, intim nampaknya…harapnya pasangan suami isteri. Baru kahwin kot. Hati ini tiba-tiba berbunga riang,terkenang kisah keluarga, yang sangat manis untuk diingati,sangat menarik untuk dikenang,kekal tersemat di hati, buat jiwa semakin tenang.

2 tahun yang lalu,hari ini,berlangsungnya detik perasmian mengikat antara dua hati, antara teruna dan dara,antara dua insan, Syafinaz dan Jasrul Izwan Mereka ialah abang dan kakak ipar saya.

Sangat ismewa orangnya,

Sangat romantis sifatnya,

Yang bahagia sentiasa,

Semoga kekal hingga ke Sana.

1 MEI 2006 – 1MEI 2008. Tarikh keramat yang menjadi saksi kebahagiaan pasangan ini. Tahun ini pastinya lebih bermakna. Kehadiran puteri baru Safiah Hannan binti Jasrul Izwan menambah seri keluarga.

Kepada Angah dan Abang Jas, Semoga berbahagia selamanya…..Hingga ke syurga.

Ucapan daripada Mak, Abah,Along,Kak Long, Abang De, Adik Mat, Dik A,Dik E,Abang Pik, DIk No, dan Faiz.

Ridha (ridharster@gmail.com)

2 Respons so far »

  1. 1

    angah&bang ngah said,

    salam adik mat..

    thanks sgt tau… hehe.. terharu plak baca..
    doakan rumahtangga kami kekal bahagia hingga ke “Sana”.. (^_^)
    Waaa.. dah ada web sndriri.. mantop2.. teruskan berdakwah ye..
    semoga Allah memberkati kalian berdua sntiasa..amien

    wasalam

  2. 2

    pwok rwol said,

    terima kasih bro…

    semoga bahagia dunia akhirat..

    jumpa lagi di kolam bapa mertua utk aktiviti memancing ikan mertua!

    hohoho~!

    🙂

    wassalam


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan komen