SELAMAT HARI HAMBA

Kasar bunyinya kan. Tapi itulah hakikatnya…Proses penjiwaan seorang hamba yang kini semakin pudar.

“Tuan hamba, bolehkah tuan hamba menolong hamba untuk membawa barang ke dapur? Hamba rasa tidak mampu untuk mengangkatnya seorang diri.”

“ Baiklah, tuan hamba”

“Maafkan hamba kerana menyusahkan tuan hamba. Semoga Allah murahkan rezeki tuan hamba”

Pasti pembaca menyangkakan itu adalah dialog antara Tun Sri Lanang dan Tun Teja bukan? Atau dialog orang zaman dahulu kala….Hakikatnya itu adalah perbualan antara makcik cleaner yang sedang meminta pertolongan daripada CEO syarikat tempat dia bekerja.

Pelik bin ajaib sekiranya itu betul-betul berlaku. Siapalah makcik cleaner ini jika dibandingkan dengan CEO itu. Dari sudut harta sudah pasti jauh sekali, dari sudut ilmu, tentunya CEO itu lebih berilmu dari makcik cleaner tersebut, dari sudut kekemasan CEO itu amat cantik dan kacak orangnya. Siapalah makcik itu. Itulah pandangan mata kasar manusia yang menipu. Rasa mulia apabila tidak membantu, rasa hina apabila menolong.

MENGUTAMAKAN ISI BUKAN TITLE

Hamba. Satu perkataan yang amat sensitif. Tidak layak untuk diungkapkan pada hari. Silap-silap boleh disaman. Tidak mengungkap title dianggap seperti satu penghinaan.

“ Encik Rasydan, apa pandangan Encik Rasydan tentang projek ini.”

“ Ehem, Dato’ ye encik Saiful. Saya baru mendapat anugerah itu semalam. Ingat ye”

Matlamat sebenar panggilan tersebut adalah untuk mendapat sebuah penghormatan dan pengiktirafan, cuma apakah benar dengan memanggil dengan panggilan tersebut akan mendapat perhormatan. Di hadapan kita pastinya, dipuja dan dipuji tetapi dibelakang kita entah bagaimana. Ini kerana kita meminta untuk dihormati, bukan kerana kita betul-betul layak untuk dihormati. Penghormatan kerana pangkat tidak akan kekal lama, hilang pangkat datanglah hina, perhormatan kerana akhlak akan kekal sampai ke akhir dunia.

PENGHORMATAN datang dari hati,

ia diberi bukan dipinta,

ia hadiah sebuah kejujuran,

bukti sebuah ketelusan,

ia membahagia bukan menghina,

Jika ia kerana Yang Esa.

MEMAKNAKAN SEBUAH PENGHORMATAN

Nabi diutuskan ke Mekah dengan membawa akhlak yang mulia terlebih dahulu sebelum mula menyebarkan akidah. Nabi dijadikan sebagai Mekah Central Bank Gabenor oleh penduduk Mekah, ramai penduduk Mekah menggelarnya al-amin. Mereka mengamanahkan kepada nabi untuk menjaga harta mereka.

Mereka juga sanggup menerima nabi sebagai ‘pengadil’ dalam perbalahan antara kabilah atau kaum semasa proses nak meletakkan hajar aswad. Padahal nabi bukan orang yang memegang jawatan dalam organisasi masyarakat baginda, baginda bukan Mayor of Mekah City tetapi semua mereka menerima baginda. Kenapa?

Kerana AKHLAQlah baginda dihormati walaupun tanpa jawatan. Kerana akhlaq bagindalah runtuhnya ego Abu Sufyan, Dato’ Bandar Mekah ketika itu, kerana akhlaklah ‘jiwa singa’ Umar yang amat membenci Nabi ‘ditundukan’.

Kunci untuk menjadikan perhormatan ini bermakna perlulah diisi dengan AKHLAK. Kita akan dihormati bukan hanya dihadapan bahkan akan didoakan apabila kita tiada.

CEO BANK RAKYAT

Pengalaman saya ketika menyampaikan ceramah “Happy Birthday Rasulullah” di Bank Rakyat suatu ketika dulu meninggalkan kenangan yang manis dalam ingatan. Sampai sahaja saya di tempat ceramah yang dibuat di dalam kawasan pejabat bank, saya disambut baik oleh CEO Bank, Dato’ Kamaruzzaman Che Mat. Beliau duduk mendengar ceramah saya bersama dengan staf-staf yang lain. Bersila, tiada sofa, tiada tempat khas untuk beliau, menyandarkan badan beliau ke dinding. Letih barangkali. Selepas sesi ceramah, saya cuba selidiki sedikit informasi tentang beliau.

“ Alhamdulillah ustaz, CEO ni memang bagus. Memang merakyat betul. Kadang-kadang sampai kami rasa segan dengan beliau”

Rata-rata semua staf memberikan respon yang hampir sama, semuanya amat menghormati beliau. Lagaknya kadang-kadang tidak seperti CEO tapi semua orang amat menghormati beliau. Kerana beliau membina karektor yang merakyat dalam ‘baju’ CEOnya.

MEMPERHAMBAKAN DIRI TANPA DISEDARI

Hakikatnya semua manusia begitu, seorang ayah akan mem’perhamba’kan diri kepada anak-anaknya, sanggup membiarkan dirinya ditunggangi anak, membeli apa sahaja yang anak-anak minta, semuanya kerana kebahagiaan. Kelihatannya seperti mem’perhamba’kan diri kepada anak, tapi sebenarnya kita sedang membahagiakan diri sendiri. Bukankah kita gembira apabila melihat tawa riang si anak kecil.Kita akan berduka melihat kedukaan mereka.

Seorang kekasih sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk kebahagiaan kekasihnya, diberi apa yang dipinta, menghulur tanpa berkira. Hakikatnya dia sedang mencipta kebahagiaan untuk dirinya sendiri. Dia akan bahagia melihat kebahagiaan kekasihnya ,akan berduka bersama kedukaan kekasihnya.

MENGHAMBAKAN DIRI PADA YANG ESA

Dari itu apa kurangnya menghambakan diri pada yang Esa. Bahkan Allah tidak pun meminta, tidak pun memohon.Hanya MEMBERI. ‘Membahagiakan’ yang Esa sebenarnya mencipta kebahagiaan untuk diri sendiri…untuk hari ini,esok dan selamanya.

“Susah la ustaz. Nak kena solat, baca quran…..hisshhh susahnya” kata seorang remaja sambil menggeleng kepala.

Kerana kita tidak mahu bukan tidak mampu, mahu akan mencipta seribu jalan, tidak mahu akan mencipta seribu alasan.Kalau mampu ‘menghambakan’ diri pada manusia kenapa tidak mahu menghambakan diri pada yang Esa.

Selamat Hari Hamba untuk setiap hari dalam hidupmu.

® Ridha (ridharster@gmail.com)

Advertisements

1 Response so far »

  1. 1

    salam alaik;
    ya, selamat hari hamba.
    sedang mengerti asal kita, insyaAllah tak akan leka.
    andai memahami tujuan kita, insyaAllah tidak sesat.
    dan dariNya datang kita,
    pulang kita juga padaNya.
    kita hanya hamba;
    DIA tuan kita.

    30 April 2008
    Kolej Kediaman Cemara
    =)


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: