Kerana Cinta

Ini bukan ulasan filem Love is Cinta yang memaparkan kisah cinta antara Ryan ( Irwansyah) dan Cinta ( Acha Septriasa). Juga bukan menceritakan tentang Heart, juga filem yang mendapat tempat di Malaysia. Juga ini bukan tajuk filem baru yang saya akan arahkan. Takde kaitan. Kenapa nak menambah dosa di atas timbunan sekaran ini bukan.

Tetapi ini merupakan satu pengkisahan bagaimana kerana cinta,manusia sanggup berkorban nyawa. Kerana cinta sanggup hilang segalanya. Kerana cinta zahirnya papa jiwanya bahagia. Hebatnya penangan cinta.

KERANA CINTA SEORANG KEKASIH

“ Sayang, sayang sayang tak?”

“ Sayang, apa lagi bukti yang sayang nak abang buktikan? Kalaulah abang ada seratus nyawa nyawa, pasti akan abang berikan untuk sayang, percayalah sayang, tapi kiranya kepercayakan sayang belum bertapak di jiwamu, belahlah dada abang, sayang pasti terlihat hanya nama sayang terukir di atas hati abang.”

Geli bukan. Kerana ungkapan itu bukan untuk kita, kita hanya mendengar, tapi ia menjadi sangat manis apabila ia ditujukan kepada kita.Itulah adalah dialog yang selalu bermain di bibir anakmuda yang sedang bercinta. Dek hanya kerana ungkapan yang ‘tidak bermakna’ itu, hilanglah maruah seorang lelaki dan wanita atas kepasiti MUSLIM.

Hakikat yang sedang berlaku ialah lelaki (yang tidak beriman) memberikan cinta untuk seks dan wanita memberikan seks untuk cinta, maka apabila sudah dinikmati segalanya untuk apa lagi sebuah percintaan. Habis madu sepah dibuang.

Lelaki ini akan menggunakan ayat yang sama untuk mencari cinta yang baru…dan wanita akan punyai hidup yang tidak bermakna kerana luka cinta lama…

http://scienceblogs.com/gregladen/2007/11/male_vs_female_brains.php

“ Abis tu macamana ustaz, saya nak buat macamana lagi,huhuhuhu” tangis seorang wanita yang sudah terlanjur kepada saya.

“ Jadikan seorang wanita yang beriman, Allah PASTI akan mentakdirkan seorang lelaki yang akan mencintai awak sepenuh hati, percayalah.”

KERANA CINTA SEORANG PEKERJA

“ Joe, tak nak balik lagi ke? Jom balik. Dah pukul 6.30 ni.” Jerit Man dari jauh mengajak rakannya Johari pulang.

“ Tak pe la, aku tengah fikirkan planning untuk nak majukan syarikat kita ni. Awak balik la dulu ye” Jawab Johari.

Susah kan nak jumpa pekerja yang sebegitu. Pekerja yang mampu datang paling awal dan pulang paling lewat. Bermula kerjanya jam 8 pagi dan pulang paling awal jam 8 malam.

“ eh, ngko tak rasa penat ke kerje macam ni. Giat semacam je. Alaa, kalau kita kerja sungguh-sungguh pun bukannya dapat naik pangkat,gaji ‘ciput’ gak. Relak la”

Biasa kan mendengar ungkapan yang kurang lebihnya begitu. Analoginya,menceritakan lazatnya buah durian kepada orang yang tidak pernah lihat buah durian amat sukar. Hanya orang yang berazam untuk melihat buah durian dan merasainya sahajalah dapat kita ceritakan dengan mudah. Menceritakan keseronokan kepada orang yang tidak mencintai bidang pekerjaannya amat memenatkan(dan kalau boleh ingin dapat gaji tanpa bekerja). Hanya orang yang mencintai bidang pekerjaannya sahaja memahami MAKNA kesungguhnya dan kejayaan.

Apabila kita sudah meletakkan negative mindsetting terhadap sesuatu perkara, maka kita tidak akan dapat memahami perkara tersebut.. Ubahlah minda, kita akan dapat melihat keluasan dan keseronokan dunia pekerjaan.

KERANA CINTA SEORANG ANAK

“ Adik,insaflah adik-adik. Pasti adik-adik tidak mahu kan,sampai sahaja adik-adik ke rumah,pulang dari program ini,adik-adik lihat ramai orang di rumah adik-adik, mereka berkopiah, bertudung….. adik-adik sudah mengesyaki sesuatu, adik-adik berlari ke pintu rumah, adik-adik lihat sekujur tubuh berselimut putih,kaku di ruang tamu rumah adik-adik, adik-adik hampiri,buka kain yang menutupi wajahnya….. ibuuuuuuu!!!”

Pasti kepada pembaca yang pernah menghadiri program anak soleh pernah melalui sesi muhasabah seperti ini. Bagi segelintir penganjur yang mengambil kira air mata merupakan titik keberjayaan muhasabahnya, teknik inilah yang paling popular. Teknik ‘mematikan’ ibu dan ayah. Biasanya memang peserta akan menangis khususnya peserta wanita. Kenapa?

Kerana cintakan ibu dan ayah.

Seorang anak yang taatkan ibu dan ayah akan meletakkan ibu dan ayahnya sebagai priority dalam hidupnya.

“ Awak,betul ke keputusan awak nie?” saya bertanya.

“ Betul ustaz. Walau apa pun saya akan tetap menerima keputusan ibu dan ayah saya. Saya pasti akan mengikuti pandangan mereka walaupun perkara itu akan menggadaikan nyawa saya, inikan perkahwinan”

Kisah lama ini bertandang diingatan saya. Seorang wanita baru ditagih cintanya oleh seorang lelaki selama ini diimpikannya tanpa pengetahuan ibu dan ayahnya, sanggup mengorbankan cinta itu untuk cinta 23 tahun ibu dan ayahnya.

“ Awaak, TAHNIAH,yakinlah… Redha Allah akan bersama keputusan awak. Keputusan awak ini sangat tepat. Cinta awak kepada ibu bapa awak akan Allah balas dengan lelaki yang soleh.” Ujat saya menutup perbicaraan dengannya.

KERANA CINTA SEORANG HAMBA.

“ Jom solat zuhr,orang dah azan tu.” Ajak si A kepada si B.

“ Alaa, you pergi dulu nanti I follow dari belakang” balas si B sambil jari jemarinya menekan key board komputernya,bermain game. Si B terus bermain hingga hampir asar.

“ Alamak,dah nak asar la.Eh, Lagi 5 minit lagi. Sempat ni,nak habiskan game ni kejap” bisik hati si B.

Hmmm tersenyum ye. Pernah buat macam tu. Sukarnya mencari satu bukti menandakan cinta kita pada Allah.

Menutup aurat?

Kadang-kadang semasa kita nak sidai pakaian di luar rumah, pakai pun ala kadar je kan. Ke kedai ke, ke rumah saudara mara ke.

“ Alaa ustaz, semua orang kat kampong ni saudara belaka. Tak ada apa-apa la. Lagipun nak sidai kain je, bukannya nak keluar.”

Menutup aurat tiada kaitan dengan nak keluar atau tidak. Ia berkaitan dengan suruhan Allah. Apa lagi ye yang membuktikan cinta kita pada Allah.

Membaca Quran.

Jarang-jarang sekali kita baca,

kalau baca pun tidak pasti tajwidnya,makhraj hurufnya( tempat keluar hurufnya) betul ke tidak,

kalau pun semua itu betul,

faham ke tidak al-Quran itu,

kalau pun sudah faham… amalkan tak….

Sukarnya mencari bukti KERANA CINTA…PADA ALLAH

®Ridha

Advertisements

1 Response so far »

  1. 1

    drmuthiah said,

    huhu
    memang banyak kena nie..


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: