Nikmati sementara berpeluang

” Abang rasa tak rasa tak sabar-sabar nak berpindah ke kampung. Nanti kita beli rumah kat kampung ye.  Kecik pun takpe, janji boleh keluar dari hiruk pikuk kota ni. Serabut betul duduk di KL ni.Duduk di kampung best kan.”

“ Abang, kenapa harus mengimpikan kebahagian yang masih belum pasti. Kenapa tidak nikmati kebahagiaan sekarang ini sementara berpeluang.”

Itu adalah antara perbualan antara saya dan isteri semasa saya menghantarnya ke stesen komuter Shah Alam tadi. “Nikmatilah kebahagiaan sementara berpeluang”….Hmmm satu pesanan yang sangat menarik. Entah kenapa dalam banyak-banyak isu yang kami bincangkan,itulah ayat yang paling melekat di hati ini.

FITRAH MANUSIA MENCARI KEBAHAGIAAN

Sesetengah manusia mengikut keinginan hati untuk mencari bahagia. Ada yang mengatakan buatlah apa yang kamu nak, kamu pasti akan bahagia. Kesimpulannya semua manusia mencari kebahagiaan samada kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Namun,ada orang yang sangat kaya tapi tidak bahagia,risaukan hartanya belum cukup banyak, risau rumahnya dimasuki pencuri,risaukan syarikat, artis-artis semuanya cuba memberikan kebahagiaan pada orang lain walaupun diri sendiri masih belum mengecapi kebahagiaan.

Kenapa?

Kerana kebahagiaan letaknya di hati pemberian ilahi bukan pada suara, bukan pada harta,bukan pada takhta. Dan ia tidak boleh dicipta,ia tidak cukup jika hanya dilagukan, ia hanya dapat dirasai.

BAHAGIA ORANG YANG BERCINTA

Bahagia orang yang bercinta apabila terasa diri mereka dihargai, disayangi. Bahagia apabila melihat nama kekasih tertera di skrin telefon..walaupun hanya miss call, atau dapat mesej daripada kekasih walaupun hanya bertanya “Dah makan ke belum?”. Namun kita mula merasa sebaliknya apabila tiada miss call hari ini, mesej kita tidak dibalas….. Rasa nak marah, terguris, geram, semua berhimpun dan bergolak di dalam hati.

“ Awak tak rasa rugi ke selalu top up kat awek awak tu,seminggu RM 10 pulak tu?” Saya bertanya kepada salah seorang pelajar yang datang berjumpa saya. Baik budaknya.

“ Tak rasa rugi pun ustaz. Sebab bila saya top up, dia akan telefon saya,mesej saya, saya tak rasa rugi apa-apa pun.” Jawabnya.

“Apa perasaan awak kalau awak top upkan dia, tapi dia tak telefon awak,tak mesej awak?” Soalan cepu emas dari saya.

“ Pernah berlaku dulu sekali. Geram la ustaz. Menangis dia bila saya marah dia. Ye la, sape tak bengang bila orang top up kat dia, dia telefon orang lain pulak”. Dia menjawab,selamba.

“ Awak rasa bengang ye bila awak top upkan kekasih awak dia telefon orang lain, tapi dia tak minta pun awak top upkan dia kan. Allah beri awak banyak sangat nikmat kan? Berapa hari dalam sehari awak ‘telefon’ Allah, mesej ke? Saya bertanya soalan yang paling mahal atas muka bumi.

HAKIKAT PERCINTAAN

Allah Taala meletakkan perbezaan antara Islam dan Iman. Ia sepertinya perbezaan antara rakan dan kekasih. Pelajar apabila masuk ke dalam tempat yang baru akan merasa malu-malu semasa minggu haluan siswa atau Ta’aruf Week . Di situlah dia mula mencipta kenalan-kenalan baru. Dia tidak akan dapat terus memilih sseeorang semasa sesi Minggu Haluan Siswa itu sebagai kekasihnya, tetapi selepas beberapa lama barulah mula ‘merisik’ dan berkenalan. Lepas tu, barulah dia akan ‘approach’ untuk menjadikan wanita itu sebagai kekasihnya. Apabila sudah berkasihan, minta apa sahaja,pasti akan ditunaikan. Walaupun nyawa (kononnya).

Merisik dan berkenalan itulah islam

Berkasih dan bercinta itulah Iman.

Maka di mana kita?

Hakikatnya apabila Allah memberikan sesuatu kepada kita, Dia juga ‘ingin dibalas’. Sewajarnya sebagai orang yang menerima budi orang lain patut dibalas bukan? Kerana berhutang budi dibawa mati. Berapa banyak budi Allah kepada kita yang belum kita balas kan. Cuba hitung-hitung.

ANAK-ANAK MURID

“ Bukankah anak murid abang di Cemara Akasia itu sebahagian daripada kebahagiaan abang” sambung isteri saya lagi.

Saya tidak pasti kenapa anak-murid saya khususnya yang selalu datang ke kuliah Maghrib setiap Isnin di Cendana, Selasa dan Khamis di Surau Cemara begitu dekat di hati.Mungkin barangkali, mereka datang ke kuliah saya, ceramah saya dengan membawa hati,saya mengajar pun dengan suara hati. Apabila dua hati bertemu atas satu matlamat kerana ALLAH…itulah kebahagiaan.

“Terima kasih isteriku kerana mengingatkan” Bisik saya di dalam hati.

MOTOR

“ Ridha,ngko tak rasa segan ke naik motor je pegi mana-mana. Ye la, ngko kan pensyarah” tegur seorang rakan kepada saya.

Hmmm apa yang nak dijawab ye. Ntah la,barangkali saya lebih bahagia menaiki motor. Atau mungkin menaiki motor membuatkan hubungan kami suami isteri lebih bermakna. Atau mungkin kerana saya rasa lebih mesra dengan adik-adik saya di asrama kerana mereka juga menaiki motor.

Entahlah, tapi yang pasti saya ingin menikmati kebahagiaan ini sementara masih berpeluang.

Ridha

Advertisements

1 Response so far »

  1. 1

    drmuthiah said,

    hehe
    teruskan perjuangan ustaz..
    ramai anak2 di cemara masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar ustaz..
    termasuklah adik saya
    terima kasih saya ucapkan dari jauh..moga allah jua yg membalas jasa budi baik ustaz..


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: