Menjawab Fitnah Yang Tidak Sudah

“No religion can ever justify such a hideous and barbaric punishment for such a petty crime … especially on an 8 year old kid…. Pass it on ….let the world know what is happening in the name of the Islamic religion…
Pass this to all for public awareness”

(Sila rujuk alamat email ini http://urbanlegends.about.com/library/bl_caught_stealing_bread2.htm)

Hari ini saya mendapat email lagi, masih bersekitar kerisauan masyarakat tentang fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada Islam.

Hajat di hati untuk menjawab seilmiah mungkin, namun difikir-fikir kembali saya merasakan agak membuang masa untuk menjawab tohmahan atau fitnah yang tidak bijak ini. Kadang-kadang melayan hujah orang yang tidak bijak boleh menumpulkan otak.(Barangkali). Ada satu cerita menarik untuk dikongsi dengan pembaca sekalian:

Suatu hari si A sedang melintasi seorang lelaki yang tidak siuman, kesian melihatnya seorang diri memancing di tepi jalan raya lalu dia pun menegur.

“Tengah buat apa tu? ” tanya si A mesra . Orang itu merenung kepada si A, daripada rambut sampai ke kaki.

“Apasal abang tengook, malu ar. Saya tengah mandi ni. Jangan ar tengok,”. Si A tersenyum, sah orang ini tak siuman.

“Banyak ke dapat ikan tu?”. Tanya si A lagi. Kali orang itu bangun,ditenung-tenungnya si A ini.

“Gila ke apa, atas jalan raya mana ada ikan”. Lalu orang itu pergi meninggalkan si A ini, termangu-mangu.

Satu cerita rakyat. Namun,keresahan masyarakat sebegini harus dirawat, kemusykilan harus dijawab….walaupun sekadarnya.

Sekali imbas pun sudah boleh mengagak,apa yang ditunjukkan di dalam gambar-gambar tersebut BERCANGGAH dengan Islam. Satu perkara yang perlu diberikan perhatian apabila kita mendapat sesuatu berita, kita diajarkan dengan suatu kaedah yang selamat dan menyelamatkan iaitu :

” Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah al-Hujurat: 6)

Dalam al-Quran disebut “fasiq” itu dengan “faa-si-qun” tanpa ada huruf alif dan lam di awalnya dengan maksud apa-apa sahaja medium penyebaran berita yang tidak pasti atau tidakmeyakinkan haruslah diselidiki dahulu. Maka dalam situasi ini pembawa berita ini ialah Siamak Yari (Peykeiran.com). Siapakah beliau? (saya cuba buka laman web beliau tetapi saya dapati tulisannya dengan menggunakan bahasa Iran @ Parsi,saya tak faham. Kepada mana-mana pembaca yang ingin membaca lanjut boleh melayari http://www.peykeiran.com/).

KERAGUAN YANG PASTI

1) Apa yang membuktikan ini merupakan hukum ini syariah law?(kerana syariah law TIDAK MEMPERUNTUKAN hukuman sebegitu)

2) Apa yang membuktikan mereka yang terlibat itu (termasuk kanak-kanak tersebut) merupakan muslim? Apakah kerana mereka menetap di Iran maka mereka muslim?(Perlu diingat, di Iran pun ada multi religion macam Malaysia (dengan Muslim 98% (Shi’a 89%, Sunni 9%), other (includes Zoroastrian, Jewish, Christian, and Baha’i) 2%). Secara asasnya,hukuman syariah tidak dikenakan kepada bukan Islam. rujuk https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/print/ir.html

3) Mana HAKIMnya atau pelaksana hukumannya?…..hukuman syariah apabila nak dilaksanakan perlu ada hakim dan beberapa anggota badan kehakiman dan penguatkuasa lain. Nampaknya yang ada di situ hanyalah lelaki yang tidak dapat dikenal pasti indentitinya. Mungkin director Replie’s Believe It or Not kot? sesekali seperti di tempat penggambaran je.

4) Gambar tidak bertarikh. Kalau dibawa ke Mahkamah PASTI ditolak kerana tidak valid (cuma dikatakan pada tahun 2005 lalu).(rujukan http://urbanlegends.about.com/library/bl_caught_stealing_bread3.htm)

KAEDAH YANG JELAS

“Hudud terbatal sekiranya ada syubuhat”

Saidina Umar membatalkan hukuman potong tangan kepada pencuri pada suatu ketika padahal sudah mempunyai bukti 100% meyakinkan (kerana hukuman potong tangan TIDAK BOLEH ada keraguan dalam pembuktiannya) tetapi BUKAN GILIS DENGAN TAYAR KERETA seperti dalam gambar tersebut . Ini kerana ketika itu berlaku krisis makanan .

KERAGUAN KES INI

Pertama : Baru berumur 8 tahun. TIDAK BOLEH dikenakan hukuman hudud kepada kanak-kanak yang belum baligh.

Kedua: Perlu juga diberi peringatan, untuk menjatuhkan hukuman islam PERLU mengikuti prosiding mahkamah seperti biasa. Bukan bermakna hukuman syariah tidak perlu masuk mahkamah lalu dijatuhkan hukuman di tepi jalan raya atau tempat parking kereta (seperti dalam gambar itu).

Ketiga : Undang-undang syariah meletakkan kaedah “membebaskan orang yang bersalah lebih elok daripada menjatuhkan hukuman kepada orang yang tidak bersalah”. Sebab itu hudud dan qisas TIDAK BOLEH ADA SEBARANG KERAGUAN SEMASA PEMBUKTIAN KES.

SEKIRANYA GAMBAR ITU BETUL

Pertama : Negara Iran (yang majoritinya syiah) yang mempunyai sumber perundangan mereka sendiri. Sumber perundangan antara syiah dan ahli sunnah wa jamaah juga mempunyai banyak perbezaan. Bahkan mereka membuat beberapa pembetulan pada al-Quran kerana Nabi Muhammad cuba ‘menyembunyikan’ beberapa surah di dalam al-Quran. Hadith pada umat islam sedunia yang paling authentic ialah al-Bukhari dan Muslim tetapi pada Syiah (khususnya Syiah Imamiah) kitab hadith yang paling utama ialah al-Kaafi iaitu kitab hadith yang menerima periwayatan ahli bait sahaja (keturunan nabi). Itu secara ringkas . (Panjang perbahasan tentang syiah ni,barangsiapa yang berminat boleh layari http://www.darulkautsar.com/ atau membaca buku-buku tentang syiah. Perlu DIINGAT, TIDAK semua orang Iran adalah Syiah). Maka dengan mengambil hujah dari Iran untuk nak menyerang Islam secara keseluruhannya bukanlah tindakan yang bijak.

Kedua : Seorang pemandu yang membawa kereta Merce atau Kanch (kancil) dalam keadaan mabuk atau dalam keadaan terlalu laju lalu eksiden, maka siapakah yang harus dipersalahkan, adakah pengilang, atau eengineer kereta atau salahkan jalanraya atau pemandu yang bersalah? Pemandu yang membawa kereta dalam keadaan yang tidak mengikut peraturan jalanraya atau tidak mengikut manual cara nak bawa kereta yang betul sebenarnya yang bersalah . Macam tu juga Islam, yang salah bukan pada agamanya, tapi pada penganutnya yang tidak mengikut ajaran Islam yang sebenarnya atau misinterprete tentang agamanya.

Dari itu duhai sekalian muslimin muslimat, tidak perlulah kita merasa gundah dengan fitnah yang tidak sudah ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: