Tuhan, Kewujudan Yang Dicari

“Ustaz, saya tidak percaya kepada kewujudan Tuhan. Tuhan yang orang semua percaya itu hanyalah metafora sahaja. Hanyalah bayangan manusia sahaja. Tidak wujud dalam dunia yang nyata” komen seorang pelajar bertanya kepada saya. ” Ia hanyalah mindsetting segelintir orang sahaja.” Tambahnya lagi.

“Hmmm, awak percaya kepada agama tak?” Saya bertanya.

“Ye, saya percaya kepada agama tapi saya tidak percaya kepada tuhan, saya hanya percaya kepada sains. Apa-apa perkara yang dapat dibuktikan dengan sains saya percaya”

Dialog di atas bukan perkara baru buat saya, bahkan sudah acap kali ditanya dan dibincangkan. Yang pastinya semua yang bertanya merupakan pelajar. Mereka mencari-cari sesuatu yang berfakta dan dapat dirasai dengan pancaindera kita. Yang betul-betul dapat diyakini kewujudannya.

Mereka, segelintir orang muda hari ini sangat ‘gelojoh’ dalam menjadi tuhan. Mengagungkan kealiman diri dalam landasan kejahilan.Mereka hanya mempercayai sesuatu yang ada dihadapan mereka sahaja, percayai sesuatu yang di dalam gelanggang ilmu mereka sahaja. Namun, hakikat sebuah kebenaran jauh dari itu….

KACA YANG DISANGKA PERMATA

“ Awak percaya kepada sains kan.Boleh tak tunjukan saya tangan awak? Lalu diangkatnya tangannya.

“Boleh tuntukan saya mata awak” Terus ditunjuknya matanya kepada saya dengan jari tunjuknya..” Kenapa ustaz,apa kaitan soalan saya dengan permintaan ustaz tu” dia bertanya kehairanan.

” Sekarang boleh tunjukkan saya nyawa awak tak” saya sedikit meninggi suara. Mungkin kerana geram barangkali dengan sikapnya yang kelihatannya seperti ego.

Tangan beliau menunjukan di dada. ” Macamana awak tahu awak ada nyawa?” Saya bertanya, berpura-pura kehairanan.

” Tentu la ustaz. Semua orang hidup ada nyawa,kalau takde nyawa tu orang mati namanya” Jawabnya sambil mencebik mulutnya.

“oooo macam tu ke. Jadi orang mati takde nyawa la ye?” Saya bertanya, ‘soalan darjah 2’.

Dia mengangguk. ” Tapi ustaz tak nampak pun nyawa awak. Kat mana ye?”. Ditunjuknya di dada lagi. ” Tapi kan,orang kalau nak cek dah mati belum selain dada kat mana lagi ye?

” Kat pergelangan tangan,ustaz” Dia menjawab. ” Oooo jadi nyawa pun kat tangan la ye?. Dia sudah mula kebingungan.

“Pernah tak awak jumpa orang yang mati yang dipotong kakinya kerana kencing manis?”

“Pernah” jawabnya

Lalu saya menambah “ Kalau begitu nyawa orang itu di mana?”

“Di kaki pun ada juga ustaz” dia menjawab

“ Pernah jumpa orang yang mati kerana sakit buah pinggang? Atau cedera di mana-mana anggota bahagian?

“ Mungkin ada ustaz”

“Kalau begitu nyawa mereka di mana”. Saya terus mengasaknya dengan pelbagai soalan.

“ Nyawa ada diseluruh badan sir”

“ Boleh tunjukan?” Dia hanya tersenyum pahit,menggeleng kepala..Tidak mampu menjawab soalan.

Hakikatnya,sains hanya mampu mengkaji apa yang telah diciptakan Allah sahaja, tidak lebih dari itu. Apakah graviti hanya wujud selepas Sir Isaac Newton menemuinya. Sebelum Isaac Newton mengkaji bumi ini tiada graviti ke? Bahkan sebenarnya, graviti telahpun wujud semenjak berkurun lamanya.

Dari itu,tidak semua perkara dapat dibuktikan dengan sains, dapat dikaji. Sakit, lapar, letih, sedih kesemuanya kita dapat merasainya..percayai kewujudannya,namun tidak dapat dibuktikan dengan mana-mana teori sains. Dan belum ada mana-mana saintis yang dapat menunjukan bagaimanakah bentuk makhluk Allah yang bernama ‘mati’ itu. Kalau minta ditunjukan jari,semua orang boleh menunjukkanya, tapi kiranya diminta tunjukan ‘sakit’ akibat jari yang terluka itu, tidak ada manusia yang boleh menunjukan ‘sakit’ itu. Sekiranya ditunjukan ditempat yang berdarah itu ialah ‘sakit’ sebenarnya salah. Itu kulit atau darah, soalannya ialah di mana sakit?

Kelihatannya seperti berfalsafah tapi inilah hakikat kejahilan manusia. Tuhan itu wujud, namun bukan upaya manusia untuk ‘melihat’ Tuhan.

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّن الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيلاً

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja. (al-Isra’: 85)

Advertisements

2 Respons so far »

  1. 1

    dol said,

    setiap bernyawa mesti bernafas dan bernadi ,nyawa tu nadilah saudara. orang yg mati tu takde nadi dia, kalau dah tak bernadi dalam masa beberapa minit dia dah tak boleh hidup balik, belajarlah sains hayat untuk lebih pengetahuan

  2. 2

    aeman ALM said,

    nadi tu apa? yg ber’nyut-nyut’ kat pergelangan tangan tu, sebab tekanan dari darah yg naik turun, yg dinamakan sebagai nadi/pulse hasil dari degupan jantung. orang yg buat heart transplant, tak ada nadi. jantung tak berdegup. sebab dah disambung dengan artificial heart yg sebesar TV 42′ tu.
    dalam masa ini, patient mmg tak bernadi selama berjam-jam, tapi masih hidup.

    orang yang ‘mati otak’ ni pulak, memang ada nadi. selagi sel-sel ‘pusat pernafasan’ @respiratory centre kat otak masih hidup, si mati masih boleh bernafas. muka tak pucat. tapi orang cakap dah mati. ada nadi&bernafas=ada nyawa?

    definisi ‘mati’ @ ‘tak bernyawa’ ni mmg ada ‘khilaf’ dalam ilmu sains hayat@perubatan barat ni. as science (a.k.a. study of sunnatullah) progress, definition of ‘death’ change
    it’s not as simple as ‘setiap bernyawa mesti bernafas dan bernadi’
    & knowledge of Allah never ends. Allahua’lam


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: