Lagi-Lagi Starbucks

“ Ustaz, macamana ni, ada orang kata Starbucks ni haram,sebab ada unsur-unsur yang haram dalam makanan dia. Tiba-tiba pada 7 April hari tu dalam akhbar Kosmo ada kenyataan daripada JAKIM mengatakan halal je….Aduuh, pening kepala saya. Tak tahu nak ikut yang mana satu. Ni statement dari akhbar Kosmo tu”. Ustaz tolong saya ye…..

TIADA BUKTI STARBUCKS HARAM -JAKIM

KUALA LUMPUR – Umat Islam tidak perlu keliru dengan penyebaran mel elektronik akhir-akhir ini berhubung status halal beberapa produk keluaran rangkaian kafe ternama, Starbucks.

Pengarah Bahagian Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zainal Abidin Jaffaar dalam e-mel kepada Kosmo! menjelaskan, siasatan mereka mendapati, dakwaan pihak tertentu itu tidak berasas.

“Ia disahkan sebagai halal dan apa yang berlaku merupakan kekeliruan di kalangan pengguna sahaja,” katanya sebagai mengulas kiriman e-mel kononnya ia kenyataan Jakim mengesahkan status haram produk terbabit.

Kosmo! yang juga menerima e-mel itu dimaklumkan bahawa pelbagai produk syarikat berkenaan seperti coklat, vanila dan kopi didakwa mengandungi lemak babi selain sejenis arak, rum.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin menambah, penggunaan bahan kimia dengan kod E471 atau mono di-glycefides dalam produk itu turut disahkan halal sebagai bahan tambahan makanan dibenarkan. “Jakim sendiri membuat pemeriksaan terperinci dan ujian makmal untuk memastikan bahan itu mendapat pengesahan halal berasaskan kepada tumbuhan sahaja serta digunakan oleh kilang berdaftar dengan Jakim,” tegasnya.

Beliau juga memaklumkan Starbucks Coffee Company Sdn. Bhd. dan The Coffe Bean & Tea Leaf(Malaysia) Sdn. Bhd. masih memegang sijil halal dikeluarkan oleh Jakim yang tamat tempoh akhir tahun depan.

– Kosmo 7 April 2008
Hari ini saya mendapat email….masih lagi ada kaitan dengan isu boikit memboikot ini. Starbucks. Satu perkara yang amat positif tentang perkara yang berlaku di kalangan masyarakat kini ialah amat prihatin tentang halal dan haram dalam makanan.

Namun permasalahan ‘pertindihan ‘fatwa’ yang saling bercanggah’ membuatkan masyarakat semakin keliru dalam memilih antara ‘fatwa-fatwa’ ini. Di sini saya hanya mampu mencoretkan pandangan saya dalam isu ini. Dan diharapkan akan menyelesaikan masalah ini.

Pertama : “Mengulas lanjut, Zainal Abidin menambah, penggunaan bahan kimia dengan kod E471 atau mono di-glycefides dalam produk itu turut disahkan halal sebagai bahan tambahan makanan dibenarkan.”
Jawapan : Dalam perbahasan hukum feqah ada yang kita namakan sebagai tahrim lizatihi dan tahrim lighairihi.

Tahrim lizatihi bermaksud diharamkan sesuatu itu kerana zat benda itu sendiri sebagai contoh larangan makan khinzir (babi). Diharamkan makan babi kerana zat babi sendiri bukan kerana perkara lain. Rujuk dalam surah al-Baqarah 173.

Yang kedua ialah tahrim lighairihi dan inilah pokok perbincangan kita. Ia bermaksud diharamkan sesuatu bukan kerana zat dia (sebagaimana contoh tadi itu) tetapi kerana ada sebab-sebab lain yang membuatkan sesuatu itu haram. sebagai contoh makan ayam yang disembelih HALAL tetapi makan ayam yang dicuri adalah HARAM. Kenapa menjadi haram padahal ayam halal untuk dimakan? KERANA ayam itu adalah hasil curi. Begitu juga dengan isu STARBUCKS ini. Kenyataan yang mengatakan:

“Mengulas lanjut, Zainal Abidin menambah, penggunaan bahan kimia dengan kod E471 atau mono di-glycefides dalam produk itu turut disahkan halal sebagai bahan tambahan makanan dibenarkan.”

Ia bermaksud secara zatnya ia tidak haram. Sekarang kita cuba lihat dari sudut-sudut lain pula, apakah di sana ada sebab-sebab lain yang akan menyebabkan ia haram? Cuba lihat beberapa kenyataan di bawah (berikan penekanan pada perkataan yang saya hitamkan):

Written by Howard Schultz, Starbucks Coffee

Tuesday, 11 July 2006

Dear Starbucks Customer,

First and foremost I want to thank you for making Starbucks the $6.4 billion global company it is today, with more than 90,000 employees, 9,700 stores, and 33 million weekly customers. Every latte and macchiato you drink at Starbucks is a contribution to the close alliance between the United States and Israel, in fact it is – as I was assured when being honored with the “Israel 50th Anniversary Friend of Zion Tribute Award” – key to Israel’s long-term PR success.

Your daily Chocolate Chips Frappucino helps paying for student projects in North America and Israel, presenting them with the badly needed Israeli perspective of the Intifada.

Without you, my valued customer, I wouldn’t be able to raise hundreds of millions of dollars each year to protect Israeli citizens from terrorist attacks and keep reminding every Jew in America, to defend Israel at any cost. $5 billion per year from the US government are no way near enough to pay for all the weaponry, bulldozers and security fences needed to protect innocent Israeli citizens from anti-Semitic Muslim terrorism. Corporate sponsorships are essential.

If it wasn’t for you, I couldn’t – through the Jerusalem Fund of Aish HaTorah, an international network of Jewish education centres – sponsor Israeli military arms fairs in an effort to strengthen the special connection between the American, European and Israeli defense industries and to showcase the newest Israeli innovations in defense.

I couldn’t fight against the global rise of anti-Semitism, the reason behind the current conflict in the Middle-East, by helping Aish HaTorah sponsor the website “honestreporting.com” and produce material informing of Israel’s side of the story.

Without your coffee dollars, Starbucks couldn’t have donated an entire store to the US army to help in the “War on Terror”. I cannot emphasize enough, how vital the “War on Terror” is for the continued viability and prospering of the Jewish State.

So next time you feel like chilling out at a Starbucks store, please remember that with every cup you drink at Starbucks you are helping with a noble cause.

Howard Schultz

Chairman & Chief Global Strategist

Starbucks Coffee Stores

(boleh rujuk http://www.ziopedia.org/articles/editorial/a_thankyou_to_all_starbucks_customers/)

– Howard Schultz presented with “The Israel 50th Anniversary Tribute Award” – The Jerusalem Fund of Aish HaTorah – August 27, 1998

http://web.archive.org/web/20010502093522/www.starbucks.com/aboutus/recognition.asp?cookie_test=1

http://www.inminds.co.uk/boycott-starbucks.html

Sekarang kita sudah mengetahui yang Starbucks banyak menyumbang kepada PEMBUNUHAN ORANG ISLAM PALESTIN, maka barangsiapa yang menyumbang kepada Starbucks samalah seperti membantu pembunuhan orang Islam di Palestin. Hadith nabi menyebut;

“…..barangsiapa menunjukkan jalan yang jahat (lalu orang itu orang itu berbuat kejahatan hasil bantuankita itu) maka dosa orang yang membantu sama seperti orang yang melakukan (kejahatan),tidak akan terputus sehingga hari kiamat” (hadith masyhur yang sahih)

Dalam artikel tadi disebut beberapa kali “Without you” maka itulah membantu namanya…. boleh lihat fatwa qaradawi dalam http://en.wikipedia.org/wiki/Yusuf_al-Qaradawi tentang PENGHARAMAN MEMBANTU MUSUH MEMBUNUH ORANG ISLAM.

Rumusan

: Starbucks haram kerana membantu orang Israel membunuh saudara kita di Palestin (boleh rujuk palestinkini.info).

: Haram bukan kerana ada unsur-unsur babi atau lain-lain tetapi kerana mereka membantu israel menakluki Masjid al-Aqsa dan membunuh orang islam di Palestin.

: Kenapa harus mencari sesuatu yang ragu-ragu padahal masih banyak lagi produk yang dijamin kehalalannya dalam semua aspek.

: Sebarang komen boleh ajukan ke ridharster@gmail.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: