Mohd @ Mohamad

muhammad
Persoalan:

Assallamualaikum,
nak tanya sikit pendapat ustaz tentang nama awalan kita iaitu MOHD.
mengikut fatwa dari mufti arab saudi mengatakan mesti guna hurup penuh
iaitu MUHAMMAD. Kerna apa MOHD itu bermaksud THE DOG WITH BIG MOUTH..
macamana ustaz.
terima kasih.

Jawapan:

Walllah a’lam. Semoga Allah akan mengampuni saya sekiranya ada salah silap dalam jawapan yang saya akan berikan nanti.

RAMADHAN KAREEM,

Saya puas juga mencari kenyataan dari ulama’ yang tersebut dalam waktu yang terbatas ini, setakat yang saya jumpa adalah seperti dibawah:

1) Rupanya apabila digoogle, ia sudah menjadi isu dunia dan semua orang mengambil kenyataan yang sama dan maksud yang sama. Apabila saya cek mohd/moh’d dalam kamus bahasa Inggeris http://www.askoxford.com/dan http://dictionary.cambridge.org/dengan menggunakan online dictionary mencari dalam American English,Idioms dan Phrasal Verbs carian saya tidak menemui jawapan.

2) Tentang ia adalah fatwa dari Mufti Saudi, saya tidak menjumpai fakta dan fatwa tersebut. Setakat saya jumpa adalah fatwa dari Mufti Siraj Desai (Pengetua Dar Ulum di Port Elizabeth,Afrika Selatan) dan Mufti Ebrahim Desai (Darul Ifta’,madrasah Inaamiyyah, Camperdown) sahaja berkenaan isu ini.

3) Berikut adalah jawapan dari Mufti Siraj Desai :

The advise to call a Mosque a Musjid, spell Makkah instead of Mecca and spell Muhammad in full is correct.However, the reasoning behind mosque being mosquito, Mecca being a pub and Mohd being a dog is not correct.

And Allah Ta’ala Knows Best.
Sumber.http://www.askimam.org/fatwa/fatwa.php?askid=20073453f43f71f098a47f6fbaa4ae9a

4) KESIMPULAN:

-Takde masalah pun nak guna. Isunya ialah kita TAK rajin nak tulis MOHAMAD/MOHAMMAD panjang-panjang. Dari itu,RAJIN2KANLAH DIRI. Carilah yang terbaik. Keluar dari fitnah orang.

- Takde kaitan pun Mohd dengan anjing. Dari itu, jangan susah-susahkankan diri. Islam sudahpun memudahkan kita. Amati ayat Allah al-Maidah: 101.

Tinggalkan komen »

Kiamat Sudah Dekat

Ini bukan berkenaan dengan filem tetapi berkenaan persoalan yang dilontar dan dipanjang-panjangkan dalam internet. Begini bunyi persoalannya:

Cuba kira… 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan

dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan k ita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika dok bag ita u pada 21-12-2012 planet X akan lin tas mai kat bumi ni)Adakah k ita semua ni tergolong dalam 1/3 tu…….ALLAH sahaja maha mengetahui.. ……… .. cuba k ita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut…

Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari ping ita nnya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah te lin ga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: “Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!”, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

Begitulah persoalan baru yang ditanya oleh salah seorang kakitangan UiTM. Beginilah jawapan ringkas:

1) Olimpik 2012 akan berlaku pada 27 julai hingga 12 Ogos, bertembung dengan Ramadhan. Sumber.

2) 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat.

3) (yang NASA Amerika dok bag ita u pada 21-12-2012 planet X akan lin tas mai kat bumi ni)

Fakta ni belum dijumpai lagi.Fakta yang setakat ini diperolehi seperti berikut.

1) planet X belum ditemui.

* Percival Lowell made a rough calculation of the likely location of the speculated planet. He used a telescope located in Arizona to search for the unknown planet. But by the time of Lowell’s death, in the year 1916, he had not found his Planet “X.”

2) ia tidak ada

“Planet X” included in current planetarium shows, since it does not exist. (kenyataan David Morrison,semior Scientist)

4) Adapun tentang hadis, boleh rujuk dalam lampiran di bawah. Di bawah ini ialah matan asal hadis tersebut (dengan ada beberapa perbezaan lafaz matan)

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بن عَبْدِ الْوَهَّابِ بن نَجْدَةَ الْحَوْطِيُّ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ بن الضَّحَّاكِ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بن عَيَّاشٍ، عَنِ الأَوْزَاعِيِّ، عَنْ عَبْدَةَ بن أَبِي لُبَابَةَ، عَنْ فَيْرُوزَ الدَّيْلَمِيِّ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:”يَكُونُ فِي رَمَضَانَ صَوْتٌ”, قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ , فِي أَوَّلِهِ أَو فِي وَسَطِهِ أَو فِي آخِرِهِ؟ قَالَ:”لا، بَلْ فِي النِّصْفِ مِنْ رَمَضَانَ، إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ يَكُونُ صَوْتٌ مِنَ السَّمَاءِ يُصْعَقُ لَهُ سَبْعُونَ أَلْفًا، وَيُخْرَسُ سَبْعُونَ أَلْفًا، وَيُعْمَى سَبْعُونَ أَلْفًا، وَيُصِمُّ سَبْعُونَ أَلْفًا”, قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ فَمَنِ السَّالِمُ مِنْ أُمَّتِكَ؟ , قَالَ:”مَنْ لَزِمَ بَيْتَهُ، وَتَعَوَّذَ بِالسُّجُودِ، وَجَهَرَ بِالتَّكْبِيرِ لِلَّهِ، ثُمَّ يَتْبَعُهُ صَوْتٌ آخَرُ، وَالصَّوْتُ الأَوَّلُ صَوْتُ جِبْرِيلَ، وَالثَّانِي صَوْتُ الشَّيْطَانِ، فَالصَّوْتُ فِي رَمَضَانَ، وَالمَعْمَعَةُ فِي شَوَّالٍ، وَتُمَيَّزُ الْقَبَائِلُ فِي ذِي الْقَعْدَةِ، وَيَغَارُ عَلَى الْحُجَّاجِ فِي ذِي الْحِجَّةِ وَفِي الْمُحْرِمِ، وَمَا الْمُحْرَّمُ؟ أَوَّلُهُ بَلاءٌ عَلَى أُمَّتِي، وَآخِرُهُ فَرَحٌ لأُمَّتِي، الرَّاحِلَةُ فِي ذَلِكَ الزَّمَانِ بِقَتَبِهَا يَنْجُو عَلَيْهَا الْمُؤْمِنُ لَهُ مِنْ دَسْكَرَةٍ تَغُلُّ مِائَةَ أَلْفٍ”

(Rujukan:Kitab al-Ahad wa al Mathani oleh Ibn Abi ‘Asim Juzu’ 9 mukasurat 394,Mu’jamul Kabir oleh Abul Qasim Sulaiman bin Ahmad bin Ayyub bin Mathir al-Lakhmi asy-Syami ath-Thabrani, juzu’ 13 mukasurat 271)

RINGKAS STATUS HADIS INI IALAH DHAIF JIDDAN.

UNTUK PENJELASAN BOLEH RUJUK DI BAWAH.

Dalam perawi hadis ini ada seorang perawi bernama Abdul Wahhab bin Dhahhak dan dia adalah matruk (iaitu orang yang dinilai sebagai pernah menipu)

(Lihat: Majma’ az-Zawaaid wa Manba’ al-Fawaaid oleh al-Hafiz Nuruddin ‘Ali bin Abi Bakr al-Haithami, juzu’ 7 mukasurat 256)

Manakala dalam kitab al-Maudhu’at juzu’ 3 mukasurat 192, mengatakan hadis ini tidak sahih. ‘Atiqi mengatakan Abdul Wahhab merupakan matruk al-Hadis (sama seperti di atas), Ibn Hibban mengatakan tidah boleh berhujjah dengan hadis yang diriwayatkan olehnya, Ismail mengatakan Abdul Wahab ialah dhaif, kerana Abdah tidak melihat Fairuz dan Fairuz Tidak melihat Baginda SAW.

Imam ad-Daaruquthni mengatakan ini ialah hadis munkar

mohamad ridhauddin bin mohd salleh

Tinggalkan komen »

Happy Family

Komen (1) »

Kembalilah…..

P049a P049b

Hari ini seharian bermesyuarat.

Bermula jam 9 pagi tadi sehinggalah jam 5 petang. Dalam sedikit ruang yang ada dalam mesyuarat tersebut, saya cuba untuk baca isu-isu semasa dunia, terjumpa satu artikel yang menarik untuk muhasabah seluruh umat Islam.

Baca baki entri ini »

Tinggalkan komen »

PESTA BUKU NEGERI SELANGOR 2009

Pesta Buku Negeri Selangor

Alhamdulillah semalam (2 hari yang lalu) saya berjaya untuk menghadirkan diri  ke Pesta Buku Negeri Selangor (PBNS)2009.

Asal agendanya tiada dalam rancangan saya untuk hadir ke PBNS ini kerana hujung minggu ini saya perlu memenuhi beberapa jemputan program, namun oleh kerana pelajar UiTM dan INTEC diberikan cuti disebabkan virus H1N1 yang semakin merebak, maka saya pun turut ‘bercuti’.

Baca baki entri ini »

Tinggalkan komen »

Bingkisan Buat Pejuang

ceramah untuk pelajar Korea

3 hari yang lalu saya mendapat email tentang beberapa isu antaranya pandangan yang kritis beberapa orang rakan  terhadap DR Asri tentang artikel terbarunya.

Berikut adalah jawapan saya terhadap pandangan itu:

Baca baki entri ini »

Komen (3) »

Check out my Slide Show!

Komen (2) »

Penghargaan Buat Yang Banyak Berkorban

” Selamat hari ulangtahun perkahwinan ye ummi” ucap saya pada isteri saya. Jam 1.35 minit pagi 27 Mei 2008. Semalam. Isnin.

Hari ini 27 Mei 2008 merupakan hari ulangtahun pertama perkahwinan saya Mohamad Ridhauddin Mohd Salleh dan isteri, Nur Arfah binti Abdul Sabian.

Pengembara Mencari Ruang Cinta Dalam RedhaNya

Semuanya sudah siap dirancang.

Saya sudah planning dalam minda saya hampir sebulan yang lalu untuk membuat kejutan buat isteri pada hari yang bersejarah buat kami ini. Bermula dari A sehingga Z, semuanya sudah siap dirancang, tetapi rupanya perancangan Allah mengatasi segalanya.

Alhamdulillah, seronok sangat. Semalam, isnin, kami diziarahi adik-adik Darul Quran dan berbuka puasa beramai-ramai, 20 orang lebih di rumah saya. Gembira kami suami isteri tidak terkata melihat suci dan mulusnya wajah adik-adik yang dada mereka tersimpan khazanah kalam Allah, yang hatinya hanya mendambakan cinta ilahi. Semoga kalian mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga dan umat Islam keseluruhannya.

” Hmmm ummi, sebenarnya baba ada nak buat suprise untuk ummi malam ni, tapi nampak gayanya tak sempat la ummi” bisik saya pada isteri saya semasa kami sedang menyiapkan makanan untuk santapan para tetamu.

” Babaa, ummi tak kisah pun. Sambutan ulangtahun bukannya apa-apa pun, bahkan nabi pun tak menganjurkan untuk buat. Taapi, nabi amat menganjurkan untuk kita mendidik adik-adik ini mengenal Allah, menganjurkan menjamu orang berpuasa dan menganjurkan bersahabat dengan mereka” jawab isteri saya, lembut sahaja. Terasa sejuk dada mendengar ucapan tulus dari seorang isteri yang solehah.

” Aah, ummi dah tahu ke suprise tu?” bisik hati saya. Persoalan itu saya biarkan berlalu dalam kesibukan meraikan tetamu. Itulah wanita, amat mengingati hari-hari yang bermakna dalam hidupnya. Tidak seperti ramai lelaki. Termasuk saya. Saat-saat kami berlalu dengan masing-masing kepenatan menyediakan makan dan mengemas rumah.

” Selamat hari ulangtahun perkahwinan ye ummi” ucap saya pada isteri saya. Jam 1.35 minit pagi 27 Mei 2008. Semalam. Isnin.

Itu sahaja yang yang sempat saya ungkapkan buat isteri yang tercinta ini, sebelum mata ini terlelap tanpa sedar. Namun pesananmu duhai isteri, akan kekal tersemat di hati.

Hari Ini, Ulangtahun perkahwinan

Juga hari ini saya tidak mampu untuk menjadikan hari ulangtahun perkahwinan kami bermakna buat isteri saya. Malam ini ada kuliah khas untuk menyelesaikan beberapa isu yang penting yang menyelubungi masyarakat. Kumpulan itu mengkafirkan kumpulan ini, orang itu membid’ahkan orang ini dan pelbagai lagi. Sedih melihat situasi ini berlaku dikalangan umat Islam. Selepas Isya’ pula, ada mesyuarat yang tidak mampu untuk dielakkan.

“Ya Allah, aku tidak mampu untuk memberikan apa-apa harta dunia mahupun memperuntukan waktu yang panjang buat isteriku ini. Ingin sekali untuk aku memberikannya sesuatu, namun apakan dayaku. Kudratku hanya satu. Kewajipanku beribu. Ya Allah, aku mohon padaMu dengan sesungguh-sungguhnya, engkau peliharalah isteri aku, engkau jadikan dia calon kekasihMu di dunia ini dan akhirat nanti, Engkau berikanlah dia harta akhirat untuknya. Engkau bahagiakanlah dia ya Allah. Engkaulah Maha Pemilik segalanya” rintih seorang pengembara yang lemah daya upayanya. Itulah saya.

Hanya bingkisan inilah yang saya saya mampu coretkan untuk kekasih, isteri, penasihat dan sahabat saya. Bingkisan ini hanya untuk menghargai orang yang banyak berkorban untuk saya.

Ridha (ridharster@gmail.com)

Komen (5) »

Kerana Seorang Ustaz

” Di mana ada ustaz, di situlah ada masalah”

Kenyataan di atas semacam kasar bunyinya.

Saya membaca kenyataan di atas dengan dua cara bacaan. Pertama tugasan seorang ustaz ialah menyelesaikan masalah yang menyelebungi masyarakat. Semua permasalahan berkaitan dengan hukum hakam agama akan dirujuk kepada mereka.

Pemahaman kedua saya ialah ustazlah punca perbalahan dan persengketaan yang berlaku dalam masyarakat. Dari masyarakat yang tenang setenang air mengalir kepada masyarakat bercambah kekeliruan mereka terhadap Islam.

Ustaz Sebagai Sumber Penenang Masyarakat

” Ustaz, tolonglah kami. Kawan bilik kami ini macam kena rasuk je. Sekejap dia meracau, sekejap dia menangis, sekejap dia ketawa. Tolong la ustaz.” rayu seorang pelajar kepada saya, bunyinya macam baru lepas menangis.

” Sekejap ye. Ustaz masih dalam perjalanan ni” jawab saya. Kemudian saya meletak telefon. Saya melihat jam di tangan. Jarum pendeknya berada di garisan dua, dan jarum panjangnya berada pada nombor 10.

” Adus,dah hampir pukul dua ni” getus hati saya. Mata ini mengantuknya semacam dah digam, nasib baik bukan dengan gam gajah,gam 20sen tu je. Boleh la buka mata lagi.

“Insyaallah, aku akan pergi juga” azam hati saya walaupun mengantuknya bukan main. Hadith nabi yang berpesan dengan mengatakan bahawa sesungguhnya pertolongan allah akan sentiasa bersama kita selagi kita bertolong bantu rakan kita.

Sesampai sahaja saya di tempat kejadian, jam menunjukan pukul 2.30 pagi. Melihat keadaan pesakit meremang bulu roma saya, hilang mengantuk saya, lemah kaki saya melihat keadaan yang sebegitu. Saya pasti, orang di sekeliling saya tidak tahu keadaan saya ketika itu. Kalau diikut hati, nak je saya lari. Hehehehe

Kenapa?

Kerana saya bukan bomoh, saya juga tidak pandai tentang perubatan Islam…..tapi saya seorang USTAZ. Kerana ustazlah saya dipanggil.

Apa-apa ayat yang datang di minda saya, semuanya alhamdulillah keluar. Kerana saya seorang ustaz. Sebelum saya masuk berubat, pesakit tidak menutup aurat, saya minta rakan-rakannya tutupkan auratnya kerana saya seorang ustaz.

Realiti sesetengah masyarakat masih lagi menghormati seorang yang bernama ustaz. Padanyalah mereka menjadi tempat rujukan masyarakat.

Ada Apa Dengan Ustaz

Semalam saya melihat salah satu laman web yang agak liberal penulisannya, memberikan pandangan berkenaan ustaz dan ustazah.

” Kepada orang yang bergelar ustaz dan ustazah, janganlah sesuka hati mengharamkan sesuatu produk atau barang. You bukan saintis, you bukan researcher, you duduk di masjid sudah la. Jangan pandai-pandai buat hukuman”

Tersenyum saya dalam kegusaran membaca kenyataan seperti itu.

” Hmm aku kena gandakan lagi usaha aku untuk memperbetulkan pemahaman masyarakat tentang isu ini. Ya Allah, engkau berikanlah keberkatan pada ilmuku, masaku dan hidupku untuk aku dapat berbuat sesuatu untuk agamamu.ameen” Doa saya.

Saya tahu kesibukan yang saya hadapi sekarang ini kalau nak dihitung dengan ni’mat yang Dia bagi, belum pun sampai 0.1%. Ya Allah, Engkau bantulah aku.

Hmm….pelik bukan dunia sekarang ini, apabila seorang engineer nak interfere urusan management syarikat, semua orang akan sependapat bahawasanya urusan pengurusan syarikat bukan kepakaran jurutera. Tak perlu masuk campur.

” Kalau dah tahu bukan bidang, tak payah la nak masuk campur urusan pengurusan syarikat” suara pengarah tempat amir, seorang jurutera semakin meninggi.

Seorang kerani syarikat tidak wajar untuk mengganggu urusan akauntan kerana ia bukan bidangnya. Seorang yang specialize dalam bidang undang-undang tidak wajar untuk masuk campur urusan teknikal bagaimana untuk design sebuah kereta baru. Rasanya semua orang akan bersetuju bukan. Setiap orang akan berperanan dalam bidang masing-masing.

Tapi apabila seorang ustaz memberikan pandangan, ramai sahaja yang ingin membangkang, dan itu semakin menular di kalangan orang yang terlalu ingin liberal dalam beragama. Ustaz tak tahu apa-apalah, bukan bidang la dan sebagainya

” Kalau tuan tanya saya, saya mengatakan STARBUCKS haram dengan dalil-dalil yang telah saya berikan dahulu” (sila lihat http://ridhauddin.wordpress.com/2008/04/)

” Ewah ewah sedap-sedap je ustaz kata haram. Apa dalil ustaz. JAKIM dah sahkan yang semua produk dia takde unsur-unsur babi” satu cetusan pandangan masuk ke kotak mesej saya.

Ustaz Pencetus Masalah?

” Sebenarnya siapa yang lebih bersetuju dengan pandangan JAKIM itu, dipersilakan untuk mengamalkan dengannya, siapa yang sependapat dengan saya, maka ia terserah padanya. Tetapi yang pasti, saya dan orang yang mengeluarkan ‘fatwa’ dari JAKIM itu akan berada dalam kandang Allah nanti, dan Allah pasti tanya kami.” Jawab saya di dalam hati.

Ustaz, kami keliru la. Tanya ustaz ni dia kata, wajib bagi orang yang solat untuk meletakkan sutrah ( meletakkan sesuatu di hadapan kita untuk menghalang orang lalu dihadapan kita semasa kita solat). Selepas itu, ustaz ni pula kata tak wajib. Aduss, pening-pening. Saya nak ikut yang mana satu ni ustaz. Kata rujukan al-Quran dan sunnah, tapi kenapa ada banyak sangat perbezaan pandangan” Tanya salah seorang ahli jemaah masjid di Gombak.

Cuba kita tengok dalam sistem perundangan di Malaysia, kita ada perlembagaan, akta-akta, common law, dan lain-lain. Untuk kes yang berkaitan dengan tanah, peguam dan hakim akan menggunakan undang-undang tanah (Land Law) sebagai sumber rujukan. Tapi kenapa mesti ada peguambela dan pendakwaraya ye?Kalau undang-undang yang digunakan itu satu sahaja, kenapa mesti ada peguambela dan pendakwaraya. Sepatutnya hanya ada peguambela sahaja kerana undang-undangnya satu je.

Sebenarnya,mereka berbeza dari segi pemahaman terhadap sumber undang-undang dan situasi anak guam yang mereka wakili. Begitu juga dalam Islam. Sesetengah ustaz mempunyai mempunyai pemahaman yang berbeza dalam dalil ini,maka beliau akan memebrikan pandangan dengan ustaz yang lain.Ini sebenarnya merupakan rahmat bagi orang awam. Pilihnya mana-mana hukum yang baginya lebih kuat untuk diamalkan dalam kehidupan sehariannya.

izzah

Yang pastinya ia tidak ada kaitan dengan Nurul ‘Izzah binti Anwar.Hehehe

Apabila semua orang ingin mengeluarkan hukum, semua orang ingin mengeluarkan fatwa, tanpa mempunyai prasyarat yang sepatutnya untuk mengeluarkan hukum,maka hilanglah nilai hukum dalam agama. Dan inilah situasi yang akan meresahkan masyarakat, bukan menenangkan mereka.

Apabila semua orang ingin dipanggil ustaz tanpa mempunyai nilai agama dan tidak beramal dengan ilmunya, hilanglah nilai mutiara seorang ustaz.

Apabila seorang ustaz yang tinggi taqarrub (hubungannya) dengan Allah tanpa mempunyai sandaran quran dan sunnah dalam amalannya, hilanglah ganjarannya amalan seorang ustaz.

Seorang ustaz ialah apabila Allah menjadi matlamatnya, Islam boleh dilihat dalam dirinya, setiap gerak gerinya bersandarkan kepada al-Quran dan Sunnah. Semoga kita salah seorang daripadanya.

Kepada semua masyakat, izinkanlah kami berperanan kerana kami seorang ustaz.

® Ridha (ridharster@gmail.com)

Komen (5) »

Welcome Home

” Assalamualaikum ustaz”

Satu panggilan telefon memecah kesunyian malam saya.

” Waalaikumusalam warahmatullah” jawab saya perlahan. ” Boleh saya bantu?”

” Ustaz, saya ada sedikit kemusykilan ni. Hari tu saya baca quran surah al-Baqarah. Sambil-sambil saya baca tu, saya tengok la makna. Tapi ada satu ayat yang saya musykil iaitu ayat 30 dan ayat 35. Allah kata Allah nak ciptakan manusia untuk dijadikan khalifah atas muka bumi, tapi kenapa dalam ayat 35 tu Allah letakkan dalam syurga?” tanya seorang pelajar selepas memperkenalkan dirinya.

AYAT YANG PENUH HIKMAT

Berikut merupakan ayat yang ditanya oleh pelajar tersebut

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi….” ayat 30

manakala ayat 35 pula berbunyi

“Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai….”

Sebebenarnya ayat tersebut panjang, cuma cukuplah saya ambil ayat yang menjadi pokok perbincangan kita.

PENGAKUAN MENYEDARI DIRI

Hakikat kita seorang hamba tidak akan mampu untuk memahami apa yang sebenarnya dikehendaki oleh Allah Ta’ala melainkan apa yang Allah ta’ala sebutkan di dalam quran secara jelas dan apa yang ‘demonstrator’ Allah iaitu Nabi Muhammad SAW terangkan secara jelas.Yang kita mampu hanya berusaha semampu mungkin untuk memahami apa yang cuba dimaksudkan Allah ta’ala. Hakikat kebenaran yang sebenar hanya Allah sahajalah yang tahu kerana Dia Maha Mengetahui.

Allah sudahpun bagi peringatan kepada kita

” Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.” al-Isra’ 85.

Menyedari kelemahan diri,dipuji ilahi.

HIKMAH

Dalam mentafsirkan ayat Allah ini ada disiplinnya yang tersendiri, ada kaedah pentafsiran yang khusus, tidak boleh tafsirkan al-quran mengikut pandangan peribadi. Dikeji Allah.

Namun wallah a’lam, di sana tersembunyi beberapa perkara yang tersirat dalam ayat tersebut.Allah tidak menciptakan sesuatu sia-sia, tanpa sebab. Begitu jugalah dalam proses penciptaan Adam dan Hawa. Allah meletakkan Nabi Allah Adam di dalam syurga supaya anak cucu Adam akan mengetahui APAKAH MATLAMAT KEHIDUPAN MEREKA.

Allah bertanya kepada roh, siapakah aku, maka semua roh mengakui bahawasanya Allah adalah Tuhan kita. Dan roh kita ketika itu berada di syurga. Itulah RUMAH KITA yang sebenar. Dan semua kita tahu,roh bukanlah urusan kita, itu adalah urusan Allah, apakah roh ada tubuh badan, telinga, tangan dan sebagainya, tiada siapa yang tahu.

Journey Begins.

Dahulu kita berkongsi ‘rumah’ dengan roh-roh yang lain, kemudian kita ingin berpindah menuju ‘rumah’ kita sendiri,pastinya semua orang inginkan privacy bukan. Untuk dapat result SPM yang gempak, kita perlu struggle, untuk mendapat kenaikkan pangkat dengan cepat, kita juga perlu struggle, jadi untuk dapatkan rumah yang khusus untuk kita, jua perlu struggle. Then, the journey begins.

Bermula dari alam roh kita singgah sebentar di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) perut ibu (PR). Barangsiapa yang pernah melalui highway pasti tahu, R&R hanyalah tempat untuk berehat, ataupun menunaikan urusan-urusan yang berbentuk temporary. Begitu juga kita di dalam perut ibu. Kita berhenti di R&R PR 9 bulan 10 hari sahaja. Tidak lama.

Kemudian kita meneruskan perjalanan dan seterusnya sampai di tempat tujuan. BUMI. Manusia yang normal apabila pergi ke sebuah negara yang asing, pastinya memerlukan peta, pemandu pelancong, sedikit buku undang-undang tentang negara itu. Dari itu, bagaimana dengan kita yang baru sahaja menjejakkan kaki ke bumi, tanpa sebarang peta, buku undang-undang, pemandu pelancong.

“Aduuh, kenapa Allah tidak sediakan semua bekalan itu” itu keluh kita barangkali, bagi yang belum mengerti.

Bekalan

Hakikatnya Allah sudah sediakan semua keperluan kita. Bagi yang mengerti. Allah sediakan buku panduan menceritakan apa tugasan yang patut dibuat, bagaimana nak makan dalam negara yang asing yang bernama bumi ini, bagaimana nak berpakaian, bersosial, berekonomi, bersukan, bermesyuarat dan sebagainya sudah Allah sediakan dalam manual bernama AL-QURAN.

‘Pemandu pelancongnya’? Saya mungkin boleh baca sendiri tapi mungkin sahaja salah faham ke tersesat ke. Hmm… tidak cukupkah nabi Muhammad sebagai petunjuk. Baginda sudah clarify semua yang samar-samar dalam al-Quran. Tak cukup dengan itu, baginda sendiri sudah tunjukkan demonstrasi bagaimana nak menguruskan diri dalam bumi ini. Cuba cek, semua sudah tersedia ada dalam manual bernama HADITH yang disediakan.Kalau tak jelas lagi, ulama’-ulama’ kan ada lagi. Cari mereka. Mereka pasti membantu.

Berlagak Sombong.

” Maaf la, saya tahu la apa yang saya nak buat. Ikut suka saya la. Dalam Islam ni itu tak boleh, ini tak boleh, adusss, susah betul”

Al-Quran datang ini sebagai manual dan peta untuk sampai ke rumah kita dengan selamat. Di lapangan kapal terbang, bagi setiap destinasi ada lorong departure yang tersendiri. Untuk yang nak berlepas ke Hong Kong, ada balai berlepasnya, untuk nak ke Jeddah ada balai berlepasnya yang tersendiri, untuk ke Afrika Selatan pun ada balai berlepasnya sendiri, bahkan kapal terbang pun berbeza-beza. Barangsiapa yang tersalah masuk lorong, pasti tidak akan sampai ke destinasi. Ataupun dia tidak tahu jalan tapi lagaknya seperti tahu kesemuanya, kebarangkalian untuk tersilap jalan pulang adalah tinggi.

Begitu juga dengan al-Quran, al-Quran datang untuk menceritakan jalan pulang. Dari itu ikutilah instruction itu. Pasti sampai ke destinasi.

Selesai membuat tugasan di bumi, kita pun ingin pulang, lalu kita singgah sebentar di R&R Kubur. Sekejap sahaja kita berhenti di R&R itu. Kemudian kita akan dihakimi oleh Allah Ta’ala dalam mahkamah Dia, apakah kita betul-betul mengikuti intruction yang Allah Ta’ala bagi atau tidak. Kalau salah ikut intruction , maka kita akan tersesat ke neraka, kalau menepati intruction kita akan selamat sampai ke rumah kita di syurga. Ameen

Welcome Home!!!!

® Ridha (ridharster@gmail.com)

Tinggalkan komen »